Saturday, June 13, 2009

Sayur Masak Paprik

Ni idea datang time duk tgh pikir2 nak masak sayur pe hari ni..Hehe..yang besh nyer..sume org dalam umah ni ckp sedap..Last teringat kat nasi paprik huhu..Ape lagi..pe kata uat sayur masak paprik..So..uat jelaa...Mmg laku laa..habis sayur ni tau..Biasa susah jgk nak abis hehe..Diaorg ckp sedap..dah leh buke restoran ni huihuihui...(yela sgt..) ampu la tu...:P Menu ni sesuai juga untuk sapa2 yg diet or vegiterian.

Bahan-bahan :-
5 ekor udang ( potong dadu)
1 ketul dada ayam ( potong dadu nipis2)
10 biji fishball ( potong 2)
1 ulas bawang putih ( ditumbuk )
1 sdb sos tomato
1 sdb sos cili
1 sdb sos tiram
1 sdt kicap manis
10 sdb air
1 ulas bawang besar merah/bawang besar kuning ( dimayang )
Kobis,carrot,tomato,jagung muda,lada besar merah
Sedikit garam ( kalau perlu)
Minyak

Cara-cara :-
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan ayam dan udang dan goreng sekejap sehingga semuanya masak. Ketepikan.
2. Amik sedikit minyak lebih kurang 1 sdb. Tumiskan bawang putih dan masukkan ayam dan udang yang digoreng tadi dan fishball.
3. Kemudian masukkan sos tomato,sos cili,kicap dan sedikit air. Biarkan mendidih sekejap.
4. Lepas itu masukkan kobis,carrot,jagung muda dan lada besar merah.
5. Bila dah betul2 mendidih masukkan pula tomato dan bawang besar merah.
6. Untuk rasa sedap lagi.Perahkan sedikit asam limau nipis semasa menghidang.

2 comments:

Anonymous said...

Kemain lagi byk makanan kat sini...boleh habis ke nie.? esh..terpaksa la kak ijan tompang skaki makan ni....boleh ek...hehe...ketam tue nampak lazat berkrim betol.terliur i.

Ideal Kitchen said...

Hehe..byk la kak..Cuti skulah..Kaki2 makan ader..tu rajin tu masak hehe:P Boleh je kak..Meh jemput makan:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...