Saturday, June 13, 2009

Hati Masak Tomato Kicap

Wahhh..xlawa la my pic ni gege~! kes nak cepat laaa...adik2 dah tunggu nak lunch dah ni..Neway, mmg sedap laa...( diaorg kata laa..) I sendiri akui mmg sedap..Ni mama selalu masak untuk kite org masa kecik2 dlu..Lagipun kite org suke..x la pedas sgt kan..budak2 pun blh makan..Dah besar ni uat laa sendiri..hehe..mama x uat ah..retired dah hehe...

Bahan-bahan :-
1/2 kg hati ayam
4 sdb sos tomato
1 sdb sos cili
2 sdb kicap
1 biji bawang merah besar ( dimayang )
8 sdb air
Minyak

Cara-cara :-
1. Goreng hati ayam itu sehingga garing dulu. Kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak( lbh krg 2sdb camtu). Masukkan bawang merah. Goreng jgn sampai layu sgt.
3. Kemudian masukkan sos tomato,sos cili,kicap dan air.Kacau sampai sebati.
4. Lepas itu boleh la masukkan garam dan gula secukup rasa. Tunggu la sehingga kuah tadi mendidih dan nampak pekat( kalau nak kuah banyak blh tambah air dan xyah tunggu sampai kuah tu kering/pekat sgt).
5. Boleh la masukkan hati yang telah digoreng tadi dan kacau kuah sehingga menyaluti hati itu.
6. Dah siap untuk dimakan~

2 comments:

blogresipi said...

Kite pun kate sedap jugak...:)

CoolandEasy said...

hehe...:P Mmg sedap kak ijan..budak2 pun suke makan sb x pedas sgt ( terigt zmn kanak2 dlu) huhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...