Friday, June 12, 2009

Carrot Cake

Ni carrot cake..mmg besh..tapi muak skit kes minyak cam byk sgt..Next time kena kurangkan minyak..Neway,thanks tp nure@myresipi coz shared this resipi...Dah lama nak tr uat carrot cake ni..Skrg baru leh uat..Xckup masa lol..banyak hal skit...

Bahan-bahan :-
4 biji telur (dibiarkan pada suhu bilik dan diasingkan putih dan kuning)
1 1/2 cawan corn oil atau vegetable oil (kalau tiada minyak masak pun boleh)
120g gula castor
100g brown sugar
1 1/2 cawan carrot (diparut)

Bahan diayak:
250g tepung gandum
1 sudu teh serbuk cinnamon
1 1/2 sudu teh baking soda
100g walnut (dicincang sedikit)
1 sudu teh garam

utk topping :-
120g butter
250g creamcheese
120g icing sugar

Cara-cara :-
1. Pukul kuning telur,kemudian masukkan minyak,gula(kedua-dua jenis) dan carrot. Kacau sebati dan masukkan walnut.
2. Masukkan bahan yang diayak. Kacau akai senduk kayu. Masukkan garam.
3. Dalam mangkuk lain pukul telur putih sampai kembang(soft peak form) step ni penting dan masukkan dalam adunan tadi.
4. Bakar pada suhu 170c selama 50 minit.
5. Tips : Bila dah masak cucuk dengan lidi. Kadang2 bila cucuk tak melekat lagi tapi ada nampak berminyak lagi means belum masak betul. Kurangkan suhu ke 150c~160cdan bakar lagi selama beberapa minit sehingga kek masak.
6. Untuk Topping : Pukul semua bahan2 sehingga sebati da ringan. Hias atas kek yang disejukkan pada suhu bilik kemudian tabur dengan hirisan almond atau kelapa kering yang digoreng tanpa minyak sekejap terlebih dahulu(optional)

Note : I pakai almond je ganti walnut tu..and x letak cinnamon sbb krg suke;p topping pun xuat..penyakit M da hehe..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...