Wednesday, February 13, 2008

Mee Gandum

Mee gandum ni asalnyer dr chinese food. Tat day i pegi umah atuk sedara and dia uat mee gandum ni. Dia ckp menantu dia ajar.Yela menantu dia pure chinese masuk islam kan. So minta la resipi ngn dia..Mmg sedap laa..and sesuai utk diet;D

BAHAN-BAHAN :-
  • 3-4 ulas bawang putih( ketukkan aja)
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn air( bergantung pada doh)
  • 1 cwn ikan bilis besar
  • 2 batang sawi besar
  • sedikit garam
  • kicap cair

CARA-CARA :-
1. Gaulkan tepung gandum tadi bersama air( masukkan sedikit2) sehingga terbentuknya doh dan tidak melekat dijari.(air yang digunakan bergantung pada doh).Rehatkan seketika dlm 10-15minit gitula..
2. Ambil doh yang direhatkan tadi,buat bulat-bulat kecil.Masukkan dalam air.3. Tekan-tekan doh yang bulat-bulat itu sehingga leper dan nipis.4. Dalam bekas lain,masakkan air sehingga mendidih.Kemudian masukkan doh yang telah leper dan nipis itu sebentar.Kemudian terus angkat.Masukkan ke dalam air sejuk.(jangan lama-lama,nanti lembik sangat lak..)5. Rendamkan ikan bilis didalam air seketika(kasi ia lembut skit).
6. Manakala sawi itu dipatahkan-patahkan ajer guna tangan or nak hiris pun boleh.
7. Panaskan minyak,kemudian masukkan bawang putih yang telah diketuk tadi.Tumiskan bawang putih itu sehingga wangi.
8. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah direndam dalam air tadi.Kacau bersama bawang putih tadi sehingga ikan bilis itu nampak garing.
9. Selepas itu,masukkan air(ikut suka)klu suka kuah blh taruk lebih lg.Ni agak2 dalam 2 cwn air.
10. Garam secukup rasa.Tunggu sehingga kuah mendidih.
11.Last sekali boleh la masukkan sawi dan mee gandum(yg leper+nipis..tu la mee gandum) tadi.Masak seketika pastu boleh makan.

Note : Boleh dimakan bersama kicap cair+skit cili api..Hot!

Udang Masak Sechuan

BAHAN- BAHAN :-
600 gm udang besar
20 tangkai biji cili kering jenis panjang
25 gm asam jawa campur 1/2 cwn air
1 cwn minyak
2 labu bawang besar disagat halus
2 sudu kecil cuka
1/2 sudu teh gula
2 sudu kicap cair
1 sudu teh sos tiram kalau suka
1/2 sudu serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk cili

CARA-CARA :-
1. Bersihkan udang.Toskan.Kemudian gaulkan garam dan serbuk kunyit.
2. Hiriskan cili nipis-nipis(menyerong)
3. Panaskan minyak.Tumiskan bwang besar yang telah disagat itu.
4. Masukkan serbuk cili dan cili yang dipotong-potong.
5. Kacaulah sehingga cili wangi.
6. Masukkan udang.Kacau rata-rata.Manakala udang kemerahan masukkan air asam,cuka,kicap cair dan sos tiram.
7. Kacaulah sehingga sebati.Apabila kuahnya berminyak angkat.
8. Hidangkan panas-panas.

Golden Ring

BAHAN-BAHAN:-
340 gm mentega
200 gm gula castor
370 gm tepung gandum(diayak bersama tepung jagung)
2 sdteh baking powder
1 sdteh vanilla
1 biji telur
sedikit badam flakes

CARA-CARA :-
1. Kacau gula,telur,baking powder,vanilla sampai kembang.
2. Masukkan tepung yang telah diayak bersama tepung jagung.
3. Jika adunan lembik,tambah tepung gandum.
4. Kemudian gunakan acuan berbentuk bunga dahlia dan bentukkan seperti cincin.
5. Selitkan badam flakes ditepinya.
6. Setelah itu barulah dibakar sehingga masak.
7. Bakar lebih krg 10-15minit macam tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...