Wednesday, February 13, 2008

Mee Gandum

Mee gandum ni asalnyer dr chinese food. Tat day i pegi umah atuk sedara and dia uat mee gandum ni. Dia ckp menantu dia ajar.Yela menantu dia pure chinese masuk islam kan. So minta la resipi ngn dia..Mmg sedap laa..and sesuai utk diet;D

BAHAN-BAHAN :-
  • 3-4 ulas bawang putih( ketukkan aja)
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn air( bergantung pada doh)
  • 1 cwn ikan bilis besar
  • 2 batang sawi besar
  • sedikit garam
  • kicap cair

CARA-CARA :-
1. Gaulkan tepung gandum tadi bersama air( masukkan sedikit2) sehingga terbentuknya doh dan tidak melekat dijari.(air yang digunakan bergantung pada doh).Rehatkan seketika dlm 10-15minit gitula..
2. Ambil doh yang direhatkan tadi,buat bulat-bulat kecil.Masukkan dalam air.3. Tekan-tekan doh yang bulat-bulat itu sehingga leper dan nipis.4. Dalam bekas lain,masakkan air sehingga mendidih.Kemudian masukkan doh yang telah leper dan nipis itu sebentar.Kemudian terus angkat.Masukkan ke dalam air sejuk.(jangan lama-lama,nanti lembik sangat lak..)5. Rendamkan ikan bilis didalam air seketika(kasi ia lembut skit).
6. Manakala sawi itu dipatahkan-patahkan ajer guna tangan or nak hiris pun boleh.
7. Panaskan minyak,kemudian masukkan bawang putih yang telah diketuk tadi.Tumiskan bawang putih itu sehingga wangi.
8. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah direndam dalam air tadi.Kacau bersama bawang putih tadi sehingga ikan bilis itu nampak garing.
9. Selepas itu,masukkan air(ikut suka)klu suka kuah blh taruk lebih lg.Ni agak2 dalam 2 cwn air.
10. Garam secukup rasa.Tunggu sehingga kuah mendidih.
11.Last sekali boleh la masukkan sawi dan mee gandum(yg leper+nipis..tu la mee gandum) tadi.Masak seketika pastu boleh makan.

Note : Boleh dimakan bersama kicap cair+skit cili api..Hot!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...