Monday, April 5, 2010

Petua Di Dapur

Elak Semut Pada Bekas Gula
Untuk mengelak semut dari masuk bekas gula,sapukan sekeliling minyak masak pada bekas gula.Insyallah masalah semut dlm gula boleh diatasi.

Mesin Pengisar Kembali Tajam
Untuk menajamkan kembali pisau mesin pengisar,kisar satu cawan garam kasar sehingga halus. Insyallah pisau mesin itu akan menjadi tajam.

Hilangkan Bau Cili Pada Mesin Pengisar.
Sementara itu,untuk menghilangkan bau cili dari mesin pengisar,kisar beberapa keping biskut untuk beberapa minit. Bau cili akan diserap oleh biskut.

Kentang Tahan Lama
Kentang akan layu sekiranya terlalu lama disimpan.Untuk mengatasnya,belilah kentang yang segar dan baik.Setelah itu,rendam kentang dalam air panas sebentar. Angat dan keringkan. Insyallah kentang anda akan tetap segar meskipun telah lama disimpan.

Sedapkan Ayam Goreng
Perapkan ayam bersama kunyit,halia dan beberapa ulas bawang putih yang sudah ditumbuk lumat.Tambah sedikit garam dan serbuk perasa. Biarkan beberapa minit.Goreng ayam dengan api perlahan sehingga masak dan ranggup.Lagi bertambah menyelerakan jika dihidangkan dengan nasi putih dan sedikit sayur campur.

Kelapa Parut Hilangkan Bau Nasi Hangit
Nasi yang hangit memang tidak enak lagi dimakan tetapi jangan pula cepat dibuang.Ambil sedikit kelapa parut,ikat dalam kain putih yang bersih. Timbuskan ke dalam nasi. Perlahankan api,denga cara ini nasi boleh dimakan dan ia masak dengan sempurna.

Goreng Hati Ayam.
Sesetengah kita takut untuk menggoreng kerana percikan minyak yang panas terutama sekali apabila menggoreng hati ayam.Untuk mengelakkan ini terjadi,cubalah petua ini.Hati ayam hendaklah dibasuh bersih. Kemudian biarkan berendam dalam air perahan asam jawa seketika. Selepas itu,bilas semula dengan air bersih. Insyallah pasti hati ayam tidak meletup ketika digoreng.

Hilangkan Bau Rebung
Untuk menghilangkan bau rebung yang kurang meyenangkan,cuba petua ini. Mula-mula campurkan kira-kira satu sudu teh kapur sirih ke dalam air. Biarkan beberapa minit. Selepas itu, ambil air jernih untuk mencuci rebung.Insyallah bau rebung hilang dan rasanya enak.

Cara Meyimpan Udang
Sekiranya tidak mempunyai peti ais,tentu menjadi masalah untuk menyimpan bahan-bahan dapur khususnya bahan basah seperti udang. Tapi jangan risau,anda boleh mencuba petua ini. Langkah pertama,cuci udang sehingga bersih dan toskan sehingga airnya kering.Gaulkan udang dengan sedikit gula dan simpankan didalam bekas yang tertutup rapat. Insyallah udang itu akan tetap segar meskipun disimpan sehingga dua hari.

Mengupas Telur
Rebus telur itu dalam jumlah yang banyak. Masukkan kulit kentang dan kulit bawang merah bersama kentang dalam air rebusan. Rebus seperti biasa. Pasti telur itu lebih mudah dikupas.

Bersihkan Kesan Hangus
Campurkan sedikit serbuk penaik bersama sedikit air di dalam sebuah bekas. Biarkan selama beberapa jam. Kemudian bolehlah digunakan untuk mencuci periuk seperti biasa.Selamat tinggal kerja-kerja menyental!

SayurKembali Segar
Jika sayur disimpan beberapa hari dalam peti ais,kesegaran sayur itu akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya,rendam sayur ke dalam air yang dicampurkan sedikit cuka selama beberapa minit. Kotoran pada sayur juga dapat dihilangkan.

Membuang Bau Ikan
Sebelum memasak apa-apa jenis ikan,perlulah kita membuang bau hanyir ikan.Caranya ialah dengan memerah limau kasturi dan lumurkan pada badan ikan selama 2 minit. Selepas itu,basuh dengan dengan bersih.Insyallah bau hanyir itu akan hilang.

Hilangkan Lumpur Pada Kerang
Untuk membersihkan satu persatu sememangnya mengambil masa yang lama. Untuk memudahkan kerja-kerja pembuangan lumpur yang melekat ini,caranya ialah dengan memasukkan kerang ke dalam besen yang berisi air dan kemudian ramas kerang tadi dengan menggunakan surat khabar. Ramas dalam masa 5-10minit dan bilas.Insyallah lumpur tadi akan hilang keseluruhannya.

Hilangkan Bau Hanyir Hati Ayam
Bersihkan hati ayam. Letakkan semua hati ayam itu ke dalam satu bekas dan letakkan sedikit tepung gandum dan gaulkan. Biarkan seketika. Kemudian bersihkan dengan air sehingga tiada kesan tepung tadi. Boleh la digoreng hati tadi atau dimasak apa pun.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...