Showing posts with label Vegetables. Show all posts
Showing posts with label Vegetables. Show all posts

Wednesday, March 31, 2010

Bayam Masak Putih

Lama x masak bayam masak putih ni..actually kuah tu putih tepi dah letak bayam x jadi la putih dah..dah jadi merah dah huhu..Tapi nama dia tetap bayam masak putih..Mmg simple resipi nih..Sapa2 pun leh uat..mmg x susah...

Bahan-bahan:-
2 ulas bawang merah(ditumbuk)
5-6 biji lada hitam(ditumbuk)
2 biji ubi keledek
1 cwn taugeh
1/2 cwn santan pekat
1 cwn air
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:-
  1. Masukkan air,santan,bawang merah,ubi keledek ke dlm periuk dan masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa.Kacau sekejap.
  3. Masukkan taugeh dan bayam. Masakla sehingga nampak layu.
  4. Boleh dihidangkan.

Monday, September 28, 2009

Acar Timun

Nyum2...besh makan begitu saje~~ Lagi besh makan ngn nasi minyak ke..nasi tomato ke..nasi hujan panas ke..n yang sewaktu dengannya:D

Bahan-bahan :-
*3 batang timun ( potong panjang2)
*1 biji kobis ( diracik halus )
*4-5 ulas bawang merah ( dimayang )
*2 biji lada besar merah ( potong panjang2 gituw)
*1 biji carrot ( potong panjang2)
Sedikit cuka makan
Garam dan gula

Cara-cara :-
  1. Satukan semua bahan2 yang bertanda * ke dalam mangkuk.
  2. Letakkan sedikit cuka,garam dan gula secukup rasa.
  3. Gaulkan sehingga semuanya sebati.
  4. Boleh dihidangkan.
Note : I x letak carrot sbb abis stok..uat ape yg da dlm esbox je ni..nak sedap lagi..letak laa..^_^

Friday, August 28, 2009

Kerabu Timun

Huhu..baru nak upload resipi gege~~ Ni kes busy menggiler time pose aritu :D xpe..skrg dah free skit da...leh la spend time kat sini..

Bahan-bahan :-
3 ekor ikan selayang ( boleh je ape2 ikan)
2 batang timun
3 ulas bawang merah besar
5 biji lada hitam
Santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:-
  1. Bakar ikan itu sehingga masak. Lepas itu, asingkan isi dengan tulangnya itu.
  2. Tumbuk bawang merah dan lada hitam sehingga lumat.
  3. Kemudian masukkan garam dan gula..( i lebihkan gula..nti manis2 skit gitu..sedap..)
  4. Masukkan ikan yang telah diasingkan tulangnyer itu dan tumbuk sehingga semuanya sebati.
  5. Cincang timun semua timun itu..(macam dadu gitu)
  6. Gaulkan ikan tadi dengan timun dan letakkan sedikit santan ( agak2 la gitu..sbb nti ia kan berair lagi..)
  7. Boleh la dihidangkan..makan saja pun boleh ngan nasi pun boleh..

Saturday, June 13, 2009

Sayur Masak Paprik

Ni idea datang time duk tgh pikir2 nak masak sayur pe hari ni..Hehe..yang besh nyer..sume org dalam umah ni ckp sedap..Last teringat kat nasi paprik huhu..Ape lagi..pe kata uat sayur masak paprik..So..uat jelaa...Mmg laku laa..habis sayur ni tau..Biasa susah jgk nak abis hehe..Diaorg ckp sedap..dah leh buke restoran ni huihuihui...(yela sgt..) ampu la tu...:P Menu ni sesuai juga untuk sapa2 yg diet or vegiterian.

Bahan-bahan :-
5 ekor udang ( potong dadu)
1 ketul dada ayam ( potong dadu nipis2)
10 biji fishball ( potong 2)
1 ulas bawang putih ( ditumbuk )
1 sdb sos tomato
1 sdb sos cili
1 sdb sos tiram
1 sdt kicap manis
10 sdb air
1 ulas bawang besar merah/bawang besar kuning ( dimayang )
Kobis,carrot,tomato,jagung muda,lada besar merah
Sedikit garam ( kalau perlu)
Minyak

Cara-cara :-
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan ayam dan udang dan goreng sekejap sehingga semuanya masak. Ketepikan.
2. Amik sedikit minyak lebih kurang 1 sdb. Tumiskan bawang putih dan masukkan ayam dan udang yang digoreng tadi dan fishball.
3. Kemudian masukkan sos tomato,sos cili,kicap dan sedikit air. Biarkan mendidih sekejap.
4. Lepas itu masukkan kobis,carrot,jagung muda dan lada besar merah.
5. Bila dah betul2 mendidih masukkan pula tomato dan bawang besar merah.
6. Untuk rasa sedap lagi.Perahkan sedikit asam limau nipis semasa menghidang.

Friday, June 12, 2009

Sayur Air Ideal

Ni la sayur yang paling simple masak..Lebih kurang campak2 je..sapa2 je leh bikin ni...x susah sgt pun..and x take time pun..Kejap je siap...Mmg sedap..dimakan begitu saje juga~~

Bahan-bahan :-
1/2 ketul dada ayam( potong dadu )
3 ekor udang sederhana besar ( potong dadu)
8 biji fishball
1 ulas bawang putih ( diketuk2 )
2 cawan air ( ikut suke klu nak kuah byk leh letak lebih skit)
Kobis
Tomato
Lada besar merah
Garam secukup rasa
Minyak

Cara-cara :-
1. Panaskan minyak. Xperlu banyak lebih kurang 1-2sdt camtu je...
2. Masukkan bawang putih. Goreng sampai naik bau. Kemudian masukkan ayam,udang dan fishball.
3. Lepas itu boleh la masukkan air dan tunggu sehingga air itu mendidih.
4. Boleh la masukkan kobis,tomato dan lada besar.
5. Last masukkan garam secukup rasa.

Wednesday, June 10, 2009

Sayur Goreng Campur

Sayur goreng ni mmg besh lol..sedap dimakan begitu sj jgk huhu..Sesuai la utk sapa2 yg vegeterian ni..or yg tgh berdiet huhu..included me la tu..hehe...

Bahan-bahan :-
1 sdb sos tiram
2 sdb kicap
Kobis
Kacang panjang
Lada merah besar
Tomato
1 sdt minyak
4 sdb air
Garam dan gula

Cara-cara :-
1. Panaskan minyak. Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau sekejap.
2. Masukkan sayuran tadi kobis,kacang panjang,lada merah,tomato dan air.
3. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Kacau la sampai sebati dan masak sekejap.
5. Boleh dimakan begitu saja atau dgn nasi putih.

Saturday, June 6, 2009

Nasi Kerabu

Ni nasi kerabu versi ideal huhu...Ni resipi my mum's punyer..Tgh praktis actually..nti kan kawin susah lak..asik men tunjuk je..x besh jgk kan..So..skrg ni da masa..blaja je dlu...Nanti esok2 senang dah kan. Pe2 pun nasi kerabu my mum's ni mmg umphhh~ ;P Try laa..jgn x try yaa....

Bahan-bahan :-
Nasi :-
3 cawan beras
3 cawan air ( masak mcm nasi biasa klu nak lembik lebihkan air klu nak keras skit kurangkan air)
1 sdt serbuk kunyit ( klu mahu da caler2)

Sambal Tumis :-
*6 ulas bawang merah besar
*1/2 inchi halia ( dimayang )
*11/2 cawan santan
*4 sdb cili boh
*10 biji cili kering
*Air ( agak2 jelaa..)
1 keping asam keping
1 batang serai ( diketuk2 )
Minyak

Sambal Ikan :-
7 ekor ikan selayang
210 gm kelapa parut goreng( i beli yg dah siap )
3 ulas bawang merah besar
20 biji lada hitam
1 sdt garam
11/2 sdb gula

Kerabu :-
Taugeh
Daun kesum
Pucuk pengaga
Kacang panjang
Timun

Optional :-
Ikan goreng celup tepung
Ayam goreng kunyit/celup tepung
Keropok
Telur masin
Solok lada
Budu
Sambal

Cara-cara :-
Nasi :-
1. Cuci beras dan masak la seperti memasak nasi cam biasa. Klu nak caler leh letak serbuk kunyit untuk da caler2.

Sambal Tumis :-
1. Blend semua bahan yang bertanda * sehingga lumat
2. Panaskan minyak dan masukkan la bahan2 yang telah diblend itu. ( minyak tu letak byk skit)
3. Selepas itu masukkan pula asam keping dan serai. Tumis bahan2 ini sehingga naik minyak.

Sambal Ikan :-
1. Bakarkan ikan sehingga masak
2. Asingkan ikan dengan tulang dan tumbuk la isi ikan sehingga lumat. Ketepikan sekejap
3. Selepas itu tumbuk semua bawang merah sehingga lumat
4. Kemudian masukkan lada hitam dan tumbuk lagi
5. Masukkan pula garam dan gula. Tumbuk sehingga semuanyer sebati dan nampak berair gitu.
6. Lepas itu boleh la masukkan isi ikan tadi dan tumbuk sehingga semuanya sebati dan lumat. Ketepikan.
7. Tumbuk kelapa parut kering tadi sehingga halus.
8. Campurkan isi ikan dengan kelapa parut goreng sehingga sebati.

Kerabu :-
1. Hiriskan semua sayur2 tadi

Cara makan :-
1. Ambil sikit2 semua sayur tadi,sambal ikan dan sambal tumis ke atas nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan2 lain untuk menambahkan lagi kesedapan nasi kerabu ini.
Note :- Sedap juga dimakan dengan budu dan perahan air asam limau nipis;P

Sunday, May 10, 2009

Petola Masak Lemak Putih

Ni lak..masak lemak putih..Ni sayur panggil 'petola' betul ke x eja hehe..Haa..camtu laa..nti refer balik..Betul ke x yaa..I pun x kenal sgt sayur ni gegege~~!( malu sey..) Tu pun my mum's beli..Dia ckp nak masak lemak putih..So..i tlg la mama uat..Then jadi la sayur lemak putih versi ku...

Bahan-bahan :-
1 ekor ikan sederhana besar(ikut la ikan aper2 pun)
2 ulas bawang merah
1 sdt lada hitam
1 cwn santan
2 biji lada besar ( potong mayang )
Air
Sayuran ( ikut la apa sj sayur yg anda suke)
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:-
1. Tumbuk bawang merah dan lada hitam.
2. Masukkan sedikit garam dan gula.
3. Panaskan 1/4 cwn air. Kemudian masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi.
4. Selepas itu masukkan santan. Tunggu sehingga ia mendidih.
5. Boleh la masukkan sayur-sayuran tadi. Tunggu la sampai ia layu sedikit.
6. Boleh la letak garam dan gula sedikit lagi klu ia terasa tawar.
7. Boleh dihidang dengan nasi putih.

Note : I letak sayur 'petola' tu...timun batang dan lada besar je..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...