Saturday, June 6, 2009

Nasi Kerabu

Ni nasi kerabu versi ideal huhu...Ni resipi my mum's punyer..Tgh praktis actually..nti kan kawin susah lak..asik men tunjuk je..x besh jgk kan..So..skrg ni da masa..blaja je dlu...Nanti esok2 senang dah kan. Pe2 pun nasi kerabu my mum's ni mmg umphhh~ ;P Try laa..jgn x try yaa....

Bahan-bahan :-
Nasi :-
3 cawan beras
3 cawan air ( masak mcm nasi biasa klu nak lembik lebihkan air klu nak keras skit kurangkan air)
1 sdt serbuk kunyit ( klu mahu da caler2)

Sambal Tumis :-
*6 ulas bawang merah besar
*1/2 inchi halia ( dimayang )
*11/2 cawan santan
*4 sdb cili boh
*10 biji cili kering
*Air ( agak2 jelaa..)
1 keping asam keping
1 batang serai ( diketuk2 )
Minyak

Sambal Ikan :-
7 ekor ikan selayang
210 gm kelapa parut goreng( i beli yg dah siap )
3 ulas bawang merah besar
20 biji lada hitam
1 sdt garam
11/2 sdb gula

Kerabu :-
Taugeh
Daun kesum
Pucuk pengaga
Kacang panjang
Timun

Optional :-
Ikan goreng celup tepung
Ayam goreng kunyit/celup tepung
Keropok
Telur masin
Solok lada
Budu
Sambal

Cara-cara :-
Nasi :-
1. Cuci beras dan masak la seperti memasak nasi cam biasa. Klu nak caler leh letak serbuk kunyit untuk da caler2.

Sambal Tumis :-
1. Blend semua bahan yang bertanda * sehingga lumat
2. Panaskan minyak dan masukkan la bahan2 yang telah diblend itu. ( minyak tu letak byk skit)
3. Selepas itu masukkan pula asam keping dan serai. Tumis bahan2 ini sehingga naik minyak.

Sambal Ikan :-
1. Bakarkan ikan sehingga masak
2. Asingkan ikan dengan tulang dan tumbuk la isi ikan sehingga lumat. Ketepikan sekejap
3. Selepas itu tumbuk semua bawang merah sehingga lumat
4. Kemudian masukkan lada hitam dan tumbuk lagi
5. Masukkan pula garam dan gula. Tumbuk sehingga semuanyer sebati dan nampak berair gitu.
6. Lepas itu boleh la masukkan isi ikan tadi dan tumbuk sehingga semuanya sebati dan lumat. Ketepikan.
7. Tumbuk kelapa parut kering tadi sehingga halus.
8. Campurkan isi ikan dengan kelapa parut goreng sehingga sebati.

Kerabu :-
1. Hiriskan semua sayur2 tadi

Cara makan :-
1. Ambil sikit2 semua sayur tadi,sambal ikan dan sambal tumis ke atas nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan2 lain untuk menambahkan lagi kesedapan nasi kerabu ini.
Note :- Sedap juga dimakan dengan budu dan perahan air asam limau nipis;P

4 comments:

hana said...

salam ziarah dan salam kenal ye... nih ekeiyna my.resipi kan? sajer jln2 nih nk skodeng resepi! hehehe

CoolandEasy said...

Iya...itula sy kak hana ;P

blogresipi said...

sedapnye nasi kerabu... teringin nak makan dengan ayam goreng ke, daging bakar ke... aduhai..

CoolandEasy said...

Keinginan kak ijan dah termakbul nampaknyer tu hehe..:P sy dah tgk page kak ijan...dah menjelma dah nasi kerabu tu...Pe2 pun makan tu jgn lupe sy ya kak:P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...