Thursday, June 11, 2009

Nasi Goreng Ideal

Ni nasi goreng..slu bikin masa mama aku lam pantang..Yela masak sendiri maa..Independent girl jap laaa...kes x da org nak layan..Tu nenek aku ajar aku nyer..sampai skrg aku igt pe dia ajar laa.. Huhu..Mmg senang nak uat..makan ngn sambal n telur dadar mmg ngam laaa...:P

Bahan-bahan :-
1 ketul dada ayam or ape2 part pun blh
3 ulas bawang merah ( ditumbuk )
2 ulas bawang putih ( ditumbuk )
2 sdb cili boh
4 mangkuk nasi putih
Sayuran kobis,kacang panjang n etc ( optional )
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa ajinomoto ( optional )

Cara-cara :-
1. Panaskan minyak dan goreng kan ayam itu sehingga garing sedikit. Ketepikan
2. Ambil sedikit minyak goreng ayam tadi untuk menumis.
3. Masukkan pula bawang merah dan putih yang elah ditumbuk tadi dan goreng sampai naik bau.
4. Selepas itu masukkan cili boh,garam dan gula secukup rasa dan goreng sampai naik minyak.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sampai sebati.
6. Boleh la masukkan nasi putih tadi dan goreng la sehingga semuanya sebati.
7. Angkat dan hidangkan la dgn telur dadar n sambal( optional).

Note : i x letak serbuk perasa sbb x makan..Tapi resipi nenek i tu mmg dia letak..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...