Thursday, June 4, 2009

Mee Curry

Dah lama tau x makan mee curry ni. Lastly dpt jugak buatnyer hehe..yahoooo!! My fav lol..nyum2 hehe..Mmg sedap lol..Tapi x leh pedas giler..My mum's mare oh~ sbb nanti aku gastrik hehe..Xpela..janji da rasa pedas jugak kan..lalala...

Bahan-bahan :-
1 paket mee kuning
2 keping dada ayam ( potong nipis2 )
200 gm daging lembu ( potong nipis2 )
1 paket fishball
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 paket seruk kari
11/2 cawan air
Sayuran,kobis dan nenas
Daun bawang dan saderi
1 biji cili merah besar
4 biji telur rebus
Bawang goreng


Cara-cara :-
1. Tumiskan bawang putih dan merah sehingga kekuningan.
2. Masukkan fishball dan gorengla sehingga fishball tu garing sedikit.
3. Masukkan la serbuk kari yang yg telah dikacau dengan 2 sdb air.
4. Masak la sehingga naik minyak.
5. Selepas itu masukkan ayam dan daging dan sedikit garam masak seketika.
6. Masukkan pula air dan tunggu sehingga mendidih. Lepas itu boleh la masukkan pula garam dan gula secukup rasa. 
7. Last sekali boleh la masukkan sayuran dan kobis yang telah dipotong.
8. Celupkan mee tadi ke dalam air panas sekejap.
9. Letakkan mee dan curahkan kuah kari ke atas mee.
10. Boleh la dihidangkan dengan telur rebus,bawang goreng,cili besar dan daun saderi dan bawang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...