Tuesday, June 23, 2009

Popia Ideal

Ni popia resipi turun temurun lagi huhu..Mama ckp dulu2 slu tolong nenek uat jual..Mmg sedap laa...sbb still tradisional version la gitu..Yela skrg ramai pakai kulit popia yang dah siap..Yang ni pakai homemade kulit popia lak..Sedap dimakan time panas2...Fuhhhh~~ sedap laaa..cicah ngn kuah nyer lak...Ngancam abis laa..hehe..Slu gak bawa bekal pegi skulah masa kecik2 dlu laa..

Bahan-bahan :-

Kulit :-
3 cawan tepung gandum
+-3 cawan air
1 biji telur
Sedikit garam

Inti :-
6 ekor ikan selayang
5 ulas bawang putih (dimayang )
4 ulas bawang besar merah ( potong dadu)
1/2 kg tauge
4 sdb minyak
3 biji cili padi ( potong serong2)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :-

Kulit :-
  1. Mula-mula buat dulu kulit. Bancuhkan kesemua bahan2 tadi sehingga sebati.
  2. Kemudian tapiskan ia supaya tidak berketul2 dan ketepikan.
  3. Sapukan minyak pada kuali dan tuangkan adunan tadi dan golek2 kan seperti membuat lempeng/kuih ketayap itu.
  4. Apabila sudah menjadi macam lempeng itu. Boleh la masukkan inti dan gulung.
  5. Panaskan minyak dan goreng la sehingga masak.

Inti :-
  1. Bakar ikan sehingga masak/separuh masak pun boleh.
  2. Kemudian asingkan ikan dengan tulang dan tumbuk isi ikan sehingga lumat. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih tadi sehingga naik bau.
  4. Lepas tu boleh la masukkan isi ikan tadi dan goreng la sekejap.
  5. Masukkan bawang merah. Kacau sehingga bawang nampak sedikit layu. Boleh la masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah semuanya sebati masukkan pula tauge dan cili tadi. Rasai la sekali lagi. Kalau kurang rasa lagi tambah la garam dan gula ( pandai2 adjust la ek..)
Note : Boleh juga nak letak perasa ajinomoto kalau suke. I x letak sebab famili i kurang makan tok aji ni huhu...optional la..

2 comments:

blogresipi said...

Camane nak buat kulit popia tue? lepas bancuh tepung kena tuang dlm kuali ala buat ketayap ke? kalau blh wat sendiri best gak nie.. takde jual yg ready made kat sini...

CoolandEasy said...

Sorry kak ijan..x abis tulis semlm..tenet slow kekeke..n terlupa huihui..aa..cam nak kuih ketayap tu...Oo..xda yg ready made ek..nanti boleh la uat:P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...