Saturday, June 13, 2009

Ketam Masak Gulai Kuning Nenas

Ketam ni lebih kurang nak masak gulai kuning udang tu je..Cume kelainan nyer da nenas. Kalau yang suke nenas tu.. cam my mum's boleh la letak banyak skit huhu..Lagi sedap makan ngn gulai ni..lagi ngn cik tam ni hehe...Letak la timun dan lada besar lagi umpphhh~~ Makan ngn nasi putih plus sambal lak...Lagi ngancam laa...

Bahan-bahan :-
1/2 kg ketam
2 ulas bawang merah
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 sdt serbuk kunyit
1 sdb cili boh/cili kering
1/2 biji nenas ( potong 3 segi gitu)
1 batang timun
3 biji lada besar merah
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :-
1. Blend bawang merah dengan santan pekat.
2. Kemudian masukkan ke dalam periuk diikuti dengan santan cair,serbuk kunyit dan cili boh. Kacau sehingga semua sebati.
3. Lepas itu masukkan la ketam,nenas,timun,lada besar merah,garam dan gula.
4. Biarkan mendidih seketika sehingga semuanya masak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...