Friday, June 26, 2009

Puding Sagu

Nyum..nyum..puding sagu untuk buka puasa semalam..Dap..dap..hehe..amacam??comei x??colourful lagi tu..Jgn jeles..hehe...Bila nampak comei xcamtu..and ceria lagi la..rasa geram nak makan hehe..Tapi mmg sedap la..dimakan sejuk2 gitu..letak lam freezer jap..pastu ngap la..:D

Bahan-bahan:-
1 cawan sagu
3 cawan air
sedikit garam
********************
2 cawan santan pekat
3 cawan air
1/2 inchi halia(dimayang)
3 ulas bawang merah (dimayang)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:-
  1. Basuhkan sagu dan toskan airnya.
  2. Masak air yang bercampur dengan garam sehingga mendidih.
  3. Apabila air mendidih masukkan sagu dan kacau sehingga jernih
  4. Kemudian basuhkan pula sagu tadi dengan air sejuk dan toskan.
  5. Letak lah ke dalam acuan dan sejukkan dalam freezer.
  6. Panaskan santan sebentar.
  7. Masukkan air ,halia,bawang dan garam dan gula secukup rasa.
  8. Lepas itu masukkan sagu tadi ke dalam kuah santan ini.
  9. Boleh la dihidangkan..
Note : Kalau nak rasa lebih sedap lagi..sejukkan dlu sagu dengan kuahyer..Baru la ngap..ngap...

2 comments:

blogresipi said...

Nie faveret mak kak ijan mase puasa... tiap2 hari lah die nak kueh nie ada. :p

CoolandEasy said...

Hehe..yeke akak??sy pun suke ini kuih..Sedap slurrrpppp..time ia sejuk2:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...