Thursday, June 4, 2009

Telur Goreng Pedas

Dah lama x buat this resipi uh~ Its really easy to make it actually but banyak keje la skit hehe..Mana nak goreng telur tu lagi..nak rebusnyer lagi..hehe..Tapi x pe..janji sedap dimakan..dan yang penting rasanya lebih sedap dari kat kedai...

Bahan-bahan :-
6 biji telur ayam
3 ulas bawang merah besar ( blend )
10 sdb cili kering ( blend )
1 sdb sos tomato
1/2 cawan air
7 sdb minyak
1 biji bawang merah besar (dimayang )
1 biji tomato

Cara-cara :-
1. Rebus telur sehingga masak.
2. Goreng kan telur itu sehingga nampak garing sedikit dan kekuningan.
3. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar. Goreng sehingga kekuningan.
4. Masukkan pula cili kering,garam dan gula secukup rasa.Masak sehingga naik minyak.
5. Last sekali masukkan telur dan bawang merah besar yang dipotong mayang dan tomato.
6. Siap untuk dihidang dengan nasi putih and apa2 nasi.

No comments: