Saturday, April 5, 2014

DAPAT JUGAK MASUK BLOG NI...

Alhamdulillah dapat jugak masuk blog ini...

Wahhhh...puas den duk godek2...ape la email n pass this blog...
At last dpt jugak membuka nyer dengan jitu huhu...Hasil penat lelah selama ini..
Tula...kan..sape suruh lama x on this blog...
dah lebih daripada bersarang dah...

Tengok sume blogger lama2 dah jd otai2 dah skrg...
Teringin gak nak on blog yg dah lama duk sepi ni...
Tapi x tergerak2 lagi nak on..Hari ini baru jadi keje nyer hehe..
Niat nak aktifkan balik this blog..insyallah im try my best huhu..
^___^

Bertemu lagi kite kembali...
Nantikan resipi2 dan kesah2 yg latest huhu...
dan intro2 yg menarik...^_^

Monday, April 5, 2010

Petua Di Dapur

Elak Semut Pada Bekas Gula
Untuk mengelak semut dari masuk bekas gula,sapukan sekeliling minyak masak pada bekas gula.Insyallah masalah semut dlm gula boleh diatasi.

Mesin Pengisar Kembali Tajam
Untuk menajamkan kembali pisau mesin pengisar,kisar satu cawan garam kasar sehingga halus. Insyallah pisau mesin itu akan menjadi tajam.

Hilangkan Bau Cili Pada Mesin Pengisar.
Sementara itu,untuk menghilangkan bau cili dari mesin pengisar,kisar beberapa keping biskut untuk beberapa minit. Bau cili akan diserap oleh biskut.

Kentang Tahan Lama
Kentang akan layu sekiranya terlalu lama disimpan.Untuk mengatasnya,belilah kentang yang segar dan baik.Setelah itu,rendam kentang dalam air panas sebentar. Angat dan keringkan. Insyallah kentang anda akan tetap segar meskipun telah lama disimpan.

Sedapkan Ayam Goreng
Perapkan ayam bersama kunyit,halia dan beberapa ulas bawang putih yang sudah ditumbuk lumat.Tambah sedikit garam dan serbuk perasa. Biarkan beberapa minit.Goreng ayam dengan api perlahan sehingga masak dan ranggup.Lagi bertambah menyelerakan jika dihidangkan dengan nasi putih dan sedikit sayur campur.

Kelapa Parut Hilangkan Bau Nasi Hangit
Nasi yang hangit memang tidak enak lagi dimakan tetapi jangan pula cepat dibuang.Ambil sedikit kelapa parut,ikat dalam kain putih yang bersih. Timbuskan ke dalam nasi. Perlahankan api,denga cara ini nasi boleh dimakan dan ia masak dengan sempurna.

Goreng Hati Ayam.
Sesetengah kita takut untuk menggoreng kerana percikan minyak yang panas terutama sekali apabila menggoreng hati ayam.Untuk mengelakkan ini terjadi,cubalah petua ini.Hati ayam hendaklah dibasuh bersih. Kemudian biarkan berendam dalam air perahan asam jawa seketika. Selepas itu,bilas semula dengan air bersih. Insyallah pasti hati ayam tidak meletup ketika digoreng.

Hilangkan Bau Rebung
Untuk menghilangkan bau rebung yang kurang meyenangkan,cuba petua ini. Mula-mula campurkan kira-kira satu sudu teh kapur sirih ke dalam air. Biarkan beberapa minit. Selepas itu, ambil air jernih untuk mencuci rebung.Insyallah bau rebung hilang dan rasanya enak.

Cara Meyimpan Udang
Sekiranya tidak mempunyai peti ais,tentu menjadi masalah untuk menyimpan bahan-bahan dapur khususnya bahan basah seperti udang. Tapi jangan risau,anda boleh mencuba petua ini. Langkah pertama,cuci udang sehingga bersih dan toskan sehingga airnya kering.Gaulkan udang dengan sedikit gula dan simpankan didalam bekas yang tertutup rapat. Insyallah udang itu akan tetap segar meskipun disimpan sehingga dua hari.

Mengupas Telur
Rebus telur itu dalam jumlah yang banyak. Masukkan kulit kentang dan kulit bawang merah bersama kentang dalam air rebusan. Rebus seperti biasa. Pasti telur itu lebih mudah dikupas.

Bersihkan Kesan Hangus
Campurkan sedikit serbuk penaik bersama sedikit air di dalam sebuah bekas. Biarkan selama beberapa jam. Kemudian bolehlah digunakan untuk mencuci periuk seperti biasa.Selamat tinggal kerja-kerja menyental!

SayurKembali Segar
Jika sayur disimpan beberapa hari dalam peti ais,kesegaran sayur itu akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya,rendam sayur ke dalam air yang dicampurkan sedikit cuka selama beberapa minit. Kotoran pada sayur juga dapat dihilangkan.

Membuang Bau Ikan
Sebelum memasak apa-apa jenis ikan,perlulah kita membuang bau hanyir ikan.Caranya ialah dengan memerah limau kasturi dan lumurkan pada badan ikan selama 2 minit. Selepas itu,basuh dengan dengan bersih.Insyallah bau hanyir itu akan hilang.

Hilangkan Lumpur Pada Kerang
Untuk membersihkan satu persatu sememangnya mengambil masa yang lama. Untuk memudahkan kerja-kerja pembuangan lumpur yang melekat ini,caranya ialah dengan memasukkan kerang ke dalam besen yang berisi air dan kemudian ramas kerang tadi dengan menggunakan surat khabar. Ramas dalam masa 5-10minit dan bilas.Insyallah lumpur tadi akan hilang keseluruhannya.

Hilangkan Bau Hanyir Hati Ayam
Bersihkan hati ayam. Letakkan semua hati ayam itu ke dalam satu bekas dan letakkan sedikit tepung gandum dan gaulkan. Biarkan seketika. Kemudian bersihkan dengan air sehingga tiada kesan tepung tadi. Boleh la digoreng hati tadi atau dimasak apa pun.

Wednesday, March 31, 2010

Chocolate Chip Cookies

Mau tau sume2 resipi diatas n dibwh ni??Tomolow continue ek..dah so sleepy dah ni hehe.. Ni la kes orang malas nak upload pic hari2 kan..dah byk2 camni..baru nakupload..Padan muke!hehe...

Continue it now...hehe..baru skrg..really sorry lol..huhu..Resipi choc chips ni amik kat joy of baking..Mmg fav page la sana..pic pun cun2 je..i je nyer x cun2..huhu..(still learning) biasala kan..huhu...Kalau nak resipi tgk jela sini ek...Choc Chips Cookies. Ampunkan gue iyea...kes cookes ni x nak meleper..tapi mengembang x mcm Joy punyer..hehehe..Maybe terlebih pukul kot...i think laa...

Nasi Lemak Ayam Berempah

Nasi lemak utk bekfast aritu..Mmg lemak laa..huhu..gemuk la adeh..Erm..Ni lagi sedap klu kukus da dimakan dgn ayam berempah fuhhh~!Ngancam gituw~...huhu..Tapi nasi ni..terlupa beli timun..hehe..balik umah baru perasan yang lupe beli timun..pe2 pun..jalan jelaa..walau xda timun pun...Resipi ni amik dari koleksi buku resipi mama ku juga huhu..

Bahan-bahan :-
500 gm beras panjang
1 helai daun pandan
2 sm halia ( ditumbuk perah airnya)
1/2 cwn santan pekat
1 cwn santan cair
5 ulas bawang merah(dimayang)
Secubit garam

Sambal ikan bilis:-
11/2 cwn ikan bilis ( rendam dgn air sekejap)
10 sdb cili kering(blend)
2 sdb cili boh
3 ulas bawang merah besar
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak

Cara-cara:-
  1. Rendam beras selama 8jam.( i x rendam selama ni pun juz 1-2jam gitu je..)
  2. Kukuslah dengan kukusan selama 40minit.
  3. Perah santan.Masukkan air halia.
  4. Apabila nasi masak gaulkan bersama santan dan air halia.
  5. Kukuskan semula.Letakkan daun pandan dan bawang.
Sambal ikan bilis :-
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah yang diblend tadi sehingga kekuningan.
  2. Masukkan cili kering dan cili boh. Masaklah sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air,air asam jawa dan garam dan gula secukup rasa
  4. Dlm kuali lain gorengkan ikan bilis sekejap.
  5. Masukkan ikan bilis tadi ke dalam kuah tadi dan gaul sebati.
  6. Tunggu sehingga pecah minyak dan boleh diangkat.
Note:- Semasa mengukus nasi alaskan dengan kain jarang.

Rojak Idaman

Rojak idaman ni lama dah nak uat cume baru berkesempatan je uat huhu..ni amik dari koleksi buku resipi yang mama aku punya..not bad la jugak rasanya..nyum2..cume lagi sedap letak la keropok huhu..dlm resipi x da suh letak keropok..tapi pandai2 la adjust nak bagi kasi umphh~!:D

Bahan-bahan:-
1 biji ubi sengkuang (dihiris halus)
2 biji timun (dihiris halus)
1 paket mee ( rendam dgn air panas.Lembut toskan)
2 keping tauhu(digoreng hingga kuning)
3 biji telur direbus(dipotong-potong)
6 keping cucur udang(potong 4@6)
2 cawan taugeh(dicelur dgn air mendidih 2minit)

Kuah:-
350 gm keledek jenis kuning
6 cwn air
3 cwn air utk blend keledek
4 sdb cili kering(blend)
100 gm kacang tanah(blend)
3 sdb cuka
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:-
  1. Rebus ubi keledek yang dipotong setebal 1cm hingga empuk dan toskan.
  2. Lecek keledek hingga halus@blend ubi bersama 3cwn air hingga halus.
  3. Panaskan 6 cwn air dgn cili kering tadi hingga mendidih.
  4. Masukkan ubi keledek dan kacang tanah.
  5. Kemudian masukkan cuka,garam dan gula secukup rasa.
  6. Tunggu sehingga semuanya mendidih dan kacau sehingga nampak pekat sikit.
  7. Boleh la hidangkan dengan bahan2 tadi.
Cara menghidangkan :-
  • Letakkan 1/2 cwn mee,sedikit timun,sengkuang,tauhu,cucur udang,taugeh dan telur.
  • Tuangkan kuah ke atasnya. Taburkan dengan kacang tanah.

Cucur Udang

Cucur udang nak makan dgn rojak huhu..kuning menyerlah sgt la..huhuhu...kes terlebih letak pewarna huhu..Ape2 pun janji da cucur udang utk mkn ngn rojak:D

Bahan-bahan:-
2 cwn tepung gandum
11/2 cwn air
10-15 ekor udang sederhana(potong 2)
1 ulas bawang merah besar(dimayang)
Sedikit taugeh dan kangkung
Sedikit garam

Cara-cara:-
  1. Gaulkan semua bahan2 diatas sehingga sebati dan perapkan seketika.
  2. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
  3. Angkat dan toskan utk dihidang.



Bayam Masak Putih

Lama x masak bayam masak putih ni..actually kuah tu putih tepi dah letak bayam x jadi la putih dah..dah jadi merah dah huhu..Tapi nama dia tetap bayam masak putih..Mmg simple resipi nih..Sapa2 pun leh uat..mmg x susah...

Bahan-bahan:-
2 ulas bawang merah(ditumbuk)
5-6 biji lada hitam(ditumbuk)
2 biji ubi keledek
1 cwn taugeh
1/2 cwn santan pekat
1 cwn air
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:-
  1. Masukkan air,santan,bawang merah,ubi keledek ke dlm periuk dan masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa.Kacau sekejap.
  3. Masukkan taugeh dan bayam. Masakla sehingga nampak layu.
  4. Boleh dihidangkan.

Ayam Masak Pedas

Ni resipi dapat dari buku resipi keluarga mama aku..Dah lama dah buku ni..Since zaman aku kecil2 lagi dah da huhu..Resipi later...ngntuk ni..upload pic dlu ya...

Delay ni..hehe..baru nak tulis resipi..jangan mare iyeaa..huhu...2 3 arini krg sehat skit..tu x masuk sini nak complete kan sume ini...xpe..arini..kite tulis ini resipi..gege~!

Bahan-bahan:-
1/2 ekor ayam
3 ulas bawang merah besar(blend)
2 ulas bawang putih(blend)
10 sdb cili kering(blend)
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Minyak
Air

Utk ayam:-
2 ulas bawang putih (blend)
1 sdb serbuk kunyit
Sedikit garam

Cara-cara:-
  1. Perapkan ayam dgn bawang putih,serbuk kunyit dan garam dalam 10-15minit.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.Toskan
  3. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah dan putih.Tumis sehingga masak.
  4. Masukkan pula cili kering,air,asam keping dan garam dan gula secukup rasa.
  5. Tumis sehingga pecah minyak dan boleh masukkan ayam tadi.
  6. Gaul sehingga sebati dan dihidangkan.