Tuesday, June 9, 2009

Bihun Goreng Ideal

Bihun goreng ni..uat bekfast tat day..Lambat upload this resipi kes malas nak type hehe..Xpe at least i letak jgk kan huhu..Mmg yummiez laaa..mmg laku jgk hehe..Berbaloi ku memasaknyer..Skrg mama x yah sgt dha uat keje dapo..sbb aku yg boikot dah satu dapo tu hehe...

Bahan-bahan :-
1 paket bihun
300 gm ayam ( potong kecik2 )
15 ekor udang serderhana besar
2 ulas bawang merah besar ( ditumbuk )
2 biji lada besar merah ( blend )
1 sdb cili boh
1 sdb sos tiram
6 sdb sos tomato
6 sdb sos cili
4 sdb kicap
4 sdb minyak
Garam dan gula
Sayuran
Air
Bawang goreng
Daun bawang dan saderi

Cara-cara :-
1. Rendamkan bihun dgn air sehingga lembut.
2. Panaskan minyak. Kemudian masukkan bawang merah. Goreng sehingga bawang itu nampak kekuningan.
3. Masukkan pula cili boh dan lada besar merah. Masak sehingga naik minyak.
4. Selepas itu masukkan sedikit garam dan gula,ayam dan udang.Masak sekejap.
5. Kemudian boleh masukkan sos tiram,1 sdb sos tomato, 1sdb sos cili dan 2sdb kicap.Goreng la sehingga semuanya sebati dan masukkan air( depend pd bihun da setgh pakai air byk dan da skit).
6. Selepas perasakan skali lagi masukkan garam dan gula secukup rasa dan sayuran.
7. Toskan air bihun tadi dan masukkan ke dalam kuali. Gaulkan sehingga semuanya sebati.
8. Semasa menggoreng bihun itu masukkan 2 sdb kicap,5 sdb sos cili dan 5 sdb sos tomato. Goreng sehingga semuanya sebati..( jika bihun ini sedikit tawar dan krg rasa blh la masukkan garam dan gula secukup rasa lagi)
9. Boleh la dihidangkan dan dihias dgn daun bawang&saderi,bawang goreng,lada besar dan asam limau nipis.

2 comments:

Anonymous said...

Sedapnye bihun goreng.. lama dah tak buat ni...

Ideal Kitchen said...

Nti boleh la uat tu kak..:P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...