Friday, June 26, 2009

Ayam Bakar Ideal

Wah..sedap laa..resipi mama..uat untuk buka puasa semalam jugak..Mmg simple giler nyer resipi..Tapi ngancam abis bila nak makan hehe..Kruk..krak..kruk..krak..pewut bunyi hehe..x sabar nak try ayam ni semlm..Nak hias ala2 chef konon...terabur je..kekekekeke....Xkesah la..janji da jgk seni nyer kan kan..:D

Bahan-bahan :-
2 ketul dada ayam
*1 ulas bawang besar merah ( potong dadu)
*1 biji lada benggala( potong dadu)
*3 biji cili padi ( potong kecik2)
*1 biji asam limau nipis
*5 sdb kicap manis

Cara-cara :-
  1. Bakar ayam itu sehingga masak. Ketepikan.
  2. Kemudian satu kan semua bahan yang bertanda*.
  3. Boleh la dihidangkan dengan ayambakar tadi..Boleh cicah atau pun curahkan ke atas ayam tadi.

Puding Sagu

Nyum..nyum..puding sagu untuk buka puasa semalam..Dap..dap..hehe..amacam??comei x??colourful lagi tu..Jgn jeles..hehe...Bila nampak comei xcamtu..and ceria lagi la..rasa geram nak makan hehe..Tapi mmg sedap la..dimakan sejuk2 gitu..letak lam freezer jap..pastu ngap la..:D

Bahan-bahan:-
1 cawan sagu
3 cawan air
sedikit garam
********************
2 cawan santan pekat
3 cawan air
1/2 inchi halia(dimayang)
3 ulas bawang merah (dimayang)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:-
  1. Basuhkan sagu dan toskan airnya.
  2. Masak air yang bercampur dengan garam sehingga mendidih.
  3. Apabila air mendidih masukkan sagu dan kacau sehingga jernih
  4. Kemudian basuhkan pula sagu tadi dengan air sejuk dan toskan.
  5. Letak lah ke dalam acuan dan sejukkan dalam freezer.
  6. Panaskan santan sebentar.
  7. Masukkan air ,halia,bawang dan garam dan gula secukup rasa.
  8. Lepas itu masukkan sagu tadi ke dalam kuah santan ini.
  9. Boleh la dihidangkan..
Note : Kalau nak rasa lebih sedap lagi..sejukkan dlu sagu dengan kuahyer..Baru la ngap..ngap...

Cakoi

Besh nyerrr...this time my cakoi jadi wooo...hehe..suke..suke...Pakai resipi mamafami..Thanks kat mamasbb share this resipi..Lulus dah cakoi ni hehe..mmg sedap laa..Nti kena try resipi skyblue yang dah byk kali tried x penah2 lulus hehe...Tu cakoi yg cam chinese nyer..Sedap..slu makan masa kat college dlu..Nasib baik la cakoi mamafami pun nak sama ngn skyblue nyer dah.. dapat la jugak rasa cakoi hasil tangan sendiri:D

Popia Ideal

Popia lagi hehe..Uat untuk buka puasa actually...Mmg sedap...resipi sama je ngan hari tu punyer..Tapi yang ni x hangus la sgt hehe..sempat diselamatkan dengan cepat huihui...Nak resipi click je cni Popia Ideal ni kes malas nak salin balik resipi hehe...

Kek Kismis

Dap..dap...ni resipi mama aku..amik dr buku dia yang dah usang tu hehe..dah reput2 dah tepinyer tu..I uat separuh adunan je..sbb buat byk2 takut x abis..Rakyat kat umah kurang kan..Dah abis cuti skulah..huhu..Mmg sedap laa..lgpun i suke kismis gege~!

Bahan-bahan:-
2 cawan tepung gandum ( di ayak)
6 sdb majerin
6 sudu besar gula
1 sdt serbuk penaik
5 biji telur
Kismis

Cara-cara:-
  1. Putar majerin dengan gula sehingga kembang dan keputihan warnanya.
  2. Pukul putih telur sampai naik.
  3. Masukkan putih telur tadi ke dalam majerin yang sudah kembang tadi dan kacau sehingga rata.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sampai sebati.
  5. Masukkan pula kismis dan gaul la sampai sebati.
  6. Lenserkan loyang dan alas dengan kertas serap minyak.
  7. Bakar sehingga masak lebih kurang 1 jam camtu..

Tuesday, June 23, 2009

Roti Jala

Lastly dapat juga ngap2 roti jala hehe..Aritu lagi kempunan nak makan roti jala..sbb penyakit M da tangguh la dulu hehe..Maklum la tgh berpuasa ni hehe..Ngidam macam2 laa..Bila berbuka bukan makan banyak pun kan..huhu..At least dpt jugak ilang kempunan kat roti jala ni:D tadi berbuka berkuih kan roti jala ni laa..Makan ngn gulai kerutub hati ayam mama uat..Nyum2... Nak cicah ngan kari pun boleh je...Ngan kuah manis pun boleh...:P Makansaje pun boleh gege~~!

Bahan-bahan :-
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 1/2 cawan air
Secubit garam

Cara-cara :-
  1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Buat lubang bulat ditengahnya.
  2. Kemudian masukkan telur dan air sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati.
  3. Tapiskan tepung tadi supaya tidak berbiji-biji dan letakkan pewarna kuning dan garam.
  4. Panaskan kuali dan lenserkan kuali dengan sedikit minyak.
  5. Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan khas untuk buat roti jala dan jalakan la..
  6. Buatla semua ini sehingga semua adunan digunakan.
  7. Setelah masak angkat dan lipat la ikut suke hati:P nak uat tiga segi ke..cam popia ke..ikut suke..janji boleh makan:D

Note : Boleh la dihidangkan dengan kuah kari,gulai darat ke..kerutub,kuah manis ke..aper2 kuah yang anda suke:P

Puri

Resipi puri ni dapat kat internet..Lupa la web mana..Nanti ingat balik baru tulis ok..huhu..Resipi ni pun men ingat kat otak..So kena tulis sendiri la cara2 nya...And thanks so much pada tuan punye resipi yang i lupe web mana ni..Puri ni slu dah uat b4 this...bulan2 pose sebelum ni slu je buat..Puri yang ni x muat and besh..sbb x pakai majerin...Mmg simple je resipi...Sume org dlm umah ni suke lagi2 my mum's hehe..Slu suruh i uat tuu:P

Bahan-bahan :-
1 cawan tepung gandum
10 sdb air
1 sdt susu tepung/susu segar
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :-
  1. Masukkan tepung gandum ke dalam satu mangkuk.
  2. Kemudian letak la air dah susu. Uli la sampai semuanya sebati dan menjadi doh.
  3. Rehatkan sebentar. Kemudian buat bahagi ke pada beberapa bahagian ( i mean buat bulat2) Ini ikut suke..Kalau nak puri tu size besar..Uat la bulat besar2 skit..Kalau nak size kecik sedikit..Buat la bulat kecik skit.
  4. Kemudian canaikan la doh yang telah dibulat2kan tadi ( i dapat lbh krg 15 bahagian bulat yang kecil) Jangan terlalu nipis nanti puri tu x kembang elok.
  5. Lepas itu boleh la digoreng sebiji demi sebiji sehingga kekuningan.

Note : Sedap dimakan dengan kuah kari,gulai darat,kerutub and ikut suke:P Makan saje pun sedap juga.

Popia Ideal

Ni popia resipi turun temurun lagi huhu..Mama ckp dulu2 slu tolong nenek uat jual..Mmg sedap laa...sbb still tradisional version la gitu..Yela skrg ramai pakai kulit popia yang dah siap..Yang ni pakai homemade kulit popia lak..Sedap dimakan time panas2...Fuhhhh~~ sedap laaa..cicah ngn kuah nyer lak...Ngancam abis laa..hehe..Slu gak bawa bekal pegi skulah masa kecik2 dlu laa..

Bahan-bahan :-

Kulit :-
3 cawan tepung gandum
+-3 cawan air
1 biji telur
Sedikit garam

Inti :-
6 ekor ikan selayang
5 ulas bawang putih (dimayang )
4 ulas bawang besar merah ( potong dadu)
1/2 kg tauge
4 sdb minyak
3 biji cili padi ( potong serong2)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :-

Kulit :-
  1. Mula-mula buat dulu kulit. Bancuhkan kesemua bahan2 tadi sehingga sebati.
  2. Kemudian tapiskan ia supaya tidak berketul2 dan ketepikan.
  3. Sapukan minyak pada kuali dan tuangkan adunan tadi dan golek2 kan seperti membuat lempeng/kuih ketayap itu.
  4. Apabila sudah menjadi macam lempeng itu. Boleh la masukkan inti dan gulung.
  5. Panaskan minyak dan goreng la sehingga masak.

Inti :-
  1. Bakar ikan sehingga masak/separuh masak pun boleh.
  2. Kemudian asingkan ikan dengan tulang dan tumbuk isi ikan sehingga lumat. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih tadi sehingga naik bau.
  4. Lepas tu boleh la masukkan isi ikan tadi dan goreng la sekejap.
  5. Masukkan bawang merah. Kacau sehingga bawang nampak sedikit layu. Boleh la masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah semuanya sebati masukkan pula tauge dan cili tadi. Rasai la sekali lagi. Kalau kurang rasa lagi tambah la garam dan gula ( pandai2 adjust la ek..)
Note : Boleh juga nak letak perasa ajinomoto kalau suke. I x letak sebab famili i kurang makan tok aji ni huhu...optional la..

Bihun Goreng Kicap Ideal

Bihun ni uat petang aritu..Lupe la ari ape hehe..Tapi mmg simple laa...sng sgt nak uat nyer..n sedap hehe..Ni mama i selalu uat..Yela kadang2 dia suke makan letak kicap je..Mama ckp letak sos tomato and sos cili banyak2 x sedap nanti cepat muak kata mama laa...So dah tau la buat bihun mama ku ini...

Bahan-bahan :-
1/2 paket bihun
2 ekor sotong besar
4 ulas bawang merah ( ditumbuk )
6 ulas bawang puth ( ditumbuk )
1 sdb sos tiram
+-10 sdb kicap manis
2 biji lada besar merah
Air
Garam dan gula secukup rasa
Sayur kangkung,kobis and..
Minyak

Cara-cara :-
1. Rendamkan bihun sehingga lembut.
2. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan pula bawang merah dan goreng la sehingga bawang itu nampak kekuningan.
4. Masukkan sos tiram dan diikuti dengan sotong. Masak sekejap.
5. Lepas itu masukkan pula kicap dan sedikit air. Tunggu sehingga mendidih.
6. Boleh la masukkan garam dan gula,lada besar dan sayuran. Kacau sebentar.
7. Last masukkan bihun dan goreng la sehingga semuanya sebati dan letakkan la sedikit kicap ke atas bihun yang digoreng itu ( agak2 je..sehingga semua bihun tu kena kicap dan sekata)
8. Boleh la dimakan dengan bawang goreng, cili padi,tomato dan juga daun saderi dan bawang.
( i x letak daun bawang dan saderi stok abis;P )

Vienna Cream

Konon2 nak blaja uat icing la ni..hehe..Dpt resipi ni kat mamafami nyer fotopages..Mama i ckp icing dah sedap n my deco tu je lom lulus penuh lg hehe...my deco its look really bad...huihui...1st time la katakan..hehe..xtau nak deco aper..Hentam je..Yela dah sejam lebih..duk sapu2 icing tu..xnak duk btl2 jugak..last2...biar jela x kemas sgt..nak uat border n bunga2 ats tu hehe...

VIENNA CREAM (Naseem's class)

Ingredients :
125g / 4 oz butter
1 1/2 cups icing sugar ~ sifted
2 tablespoons fresh milk
Vanilla essence

Method :
1. Beat butter till soft.
2. Add in icing sugar
3. Add in fresh milk, ONLY IF the icing is hard

Note :
It is important to sift icing sugar before using.
When I make my butter icing, I don't normally follow any recipes. I just beat enough butter, essence and add icing sugar until I am satisfied with the sweetness. I don't like my icing to be too sweet.

Saturday, June 13, 2009

Ketam Masak Gulai Kuning Nenas

Ketam ni lebih kurang nak masak gulai kuning udang tu je..Cume kelainan nyer da nenas. Kalau yang suke nenas tu.. cam my mum's boleh la letak banyak skit huhu..Lagi sedap makan ngn gulai ni..lagi ngn cik tam ni hehe...Letak la timun dan lada besar lagi umpphhh~~ Makan ngn nasi putih plus sambal lak...Lagi ngancam laa...

Bahan-bahan :-
1/2 kg ketam
2 ulas bawang merah
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 sdt serbuk kunyit
1 sdb cili boh/cili kering
1/2 biji nenas ( potong 3 segi gitu)
1 batang timun
3 biji lada besar merah
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :-
1. Blend bawang merah dengan santan pekat.
2. Kemudian masukkan ke dalam periuk diikuti dengan santan cair,serbuk kunyit dan cili boh. Kacau sehingga semua sebati.
3. Lepas itu masukkan la ketam,nenas,timun,lada besar merah,garam dan gula.
4. Biarkan mendidih seketika sehingga semuanya masak.

Sayur Masak Paprik

Ni idea datang time duk tgh pikir2 nak masak sayur pe hari ni..Hehe..yang besh nyer..sume org dalam umah ni ckp sedap..Last teringat kat nasi paprik huhu..Ape lagi..pe kata uat sayur masak paprik..So..uat jelaa...Mmg laku laa..habis sayur ni tau..Biasa susah jgk nak abis hehe..Diaorg ckp sedap..dah leh buke restoran ni huihuihui...(yela sgt..) ampu la tu...:P Menu ni sesuai juga untuk sapa2 yg diet or vegiterian.

Bahan-bahan :-
5 ekor udang ( potong dadu)
1 ketul dada ayam ( potong dadu nipis2)
10 biji fishball ( potong 2)
1 ulas bawang putih ( ditumbuk )
1 sdb sos tomato
1 sdb sos cili
1 sdb sos tiram
1 sdt kicap manis
10 sdb air
1 ulas bawang besar merah/bawang besar kuning ( dimayang )
Kobis,carrot,tomato,jagung muda,lada besar merah
Sedikit garam ( kalau perlu)
Minyak

Cara-cara :-
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan ayam dan udang dan goreng sekejap sehingga semuanya masak. Ketepikan.
2. Amik sedikit minyak lebih kurang 1 sdb. Tumiskan bawang putih dan masukkan ayam dan udang yang digoreng tadi dan fishball.
3. Kemudian masukkan sos tomato,sos cili,kicap dan sedikit air. Biarkan mendidih sekejap.
4. Lepas itu masukkan kobis,carrot,jagung muda dan lada besar merah.
5. Bila dah betul2 mendidih masukkan pula tomato dan bawang besar merah.
6. Untuk rasa sedap lagi.Perahkan sedikit asam limau nipis semasa menghidang.

Hati Masak Tomato Kicap

Wahhh..xlawa la my pic ni gege~! kes nak cepat laaa...adik2 dah tunggu nak lunch dah ni..Neway, mmg sedap laa...( diaorg kata laa..) I sendiri akui mmg sedap..Ni mama selalu masak untuk kite org masa kecik2 dlu..Lagipun kite org suke..x la pedas sgt kan..budak2 pun blh makan..Dah besar ni uat laa sendiri..hehe..mama x uat ah..retired dah hehe...

Bahan-bahan :-
1/2 kg hati ayam
4 sdb sos tomato
1 sdb sos cili
2 sdb kicap
1 biji bawang merah besar ( dimayang )
8 sdb air
Minyak

Cara-cara :-
1. Goreng hati ayam itu sehingga garing dulu. Kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak( lbh krg 2sdb camtu). Masukkan bawang merah. Goreng jgn sampai layu sgt.
3. Kemudian masukkan sos tomato,sos cili,kicap dan air.Kacau sampai sebati.
4. Lepas itu boleh la masukkan garam dan gula secukup rasa. Tunggu la sehingga kuah tadi mendidih dan nampak pekat( kalau nak kuah banyak blh tambah air dan xyah tunggu sampai kuah tu kering/pekat sgt).
5. Boleh la masukkan hati yang telah digoreng tadi dan kacau kuah sehingga menyaluti hati itu.
6. Dah siap untuk dimakan~

Friday, June 12, 2009

Sayur Air Ideal

Ni la sayur yang paling simple masak..Lebih kurang campak2 je..sapa2 je leh bikin ni...x susah sgt pun..and x take time pun..Kejap je siap...Mmg sedap..dimakan begitu saje juga~~

Bahan-bahan :-
1/2 ketul dada ayam( potong dadu )
3 ekor udang sederhana besar ( potong dadu)
8 biji fishball
1 ulas bawang putih ( diketuk2 )
2 cawan air ( ikut suke klu nak kuah byk leh letak lebih skit)
Kobis
Tomato
Lada besar merah
Garam secukup rasa
Minyak

Cara-cara :-
1. Panaskan minyak. Xperlu banyak lebih kurang 1-2sdt camtu je...
2. Masukkan bawang putih. Goreng sampai naik bau. Kemudian masukkan ayam,udang dan fishball.
3. Lepas itu boleh la masukkan air dan tunggu sehingga air itu mendidih.
4. Boleh la masukkan kobis,tomato dan lada besar.
5. Last masukkan garam secukup rasa.

Gulai Kuning Udang

Gulai kuning udang ni mmg yummiez laaa..rasa manis2 udang gitu..Lama x makan..Lastly..xtau nak uat..call mama tanyer aper yang perlu utk uat gulai ni..hehe..siap call tu hehe:P Usaha tu..At last jadi jugak gulai kuning udang ku...

Bahan-bahan :-
15-20 ekor udang sederhana besar
2 ulas bawang merah
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 sdt serbuk kunyit
1 sdb cili boh
1 batang timun
3 biji lada besar hijau
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
1. Bawang merah dan santan cair diblend sehingga lumat.
2. Campurkan semua bahan2 ke dalam periuk santan yang diblend tadi,santan pekat,serbuk kunyit,cili boh,timun,lada besar hijau dan udang dan masak la seketika.
3. Kemudian masukkan la garam dan gula secukup rasa.

Carrot Cake

Ni carrot cake..mmg besh..tapi muak skit kes minyak cam byk sgt..Next time kena kurangkan minyak..Neway,thanks tp nure@myresipi coz shared this resipi...Dah lama nak tr uat carrot cake ni..Skrg baru leh uat..Xckup masa lol..banyak hal skit...

Bahan-bahan :-
4 biji telur (dibiarkan pada suhu bilik dan diasingkan putih dan kuning)
1 1/2 cawan corn oil atau vegetable oil (kalau tiada minyak masak pun boleh)
120g gula castor
100g brown sugar
1 1/2 cawan carrot (diparut)

Bahan diayak:
250g tepung gandum
1 sudu teh serbuk cinnamon
1 1/2 sudu teh baking soda
100g walnut (dicincang sedikit)
1 sudu teh garam

utk topping :-
120g butter
250g creamcheese
120g icing sugar

Cara-cara :-
1. Pukul kuning telur,kemudian masukkan minyak,gula(kedua-dua jenis) dan carrot. Kacau sebati dan masukkan walnut.
2. Masukkan bahan yang diayak. Kacau akai senduk kayu. Masukkan garam.
3. Dalam mangkuk lain pukul telur putih sampai kembang(soft peak form) step ni penting dan masukkan dalam adunan tadi.
4. Bakar pada suhu 170c selama 50 minit.
5. Tips : Bila dah masak cucuk dengan lidi. Kadang2 bila cucuk tak melekat lagi tapi ada nampak berminyak lagi means belum masak betul. Kurangkan suhu ke 150c~160cdan bakar lagi selama beberapa minit sehingga kek masak.
6. Untuk Topping : Pukul semua bahan2 sehingga sebati da ringan. Hias atas kek yang disejukkan pada suhu bilik kemudian tabur dengan hirisan almond atau kelapa kering yang digoreng tanpa minyak sekejap terlebih dahulu(optional)

Note : I pakai almond je ganti walnut tu..and x letak cinnamon sbb krg suke;p topping pun xuat..penyakit M da hehe..

Thursday, June 11, 2009

Agar-agar Tiga Lapis

Ni resipi dr buku resipi mama ku..Sedap dimakan sejuk gitu huhu.Lagi2 cam musim panas gini..Sedap la makan agar2 ni..Tapi mesti kena sejuk laa...Agar2 tu mama ckp..depend pada jenis nyer..Air tu kena pandai2 adjust la mama ckp..klu x jadi keras nanti x besh lama makan..1st time tau blaja uat agar2 ni..huhu..Tapi terkeras skit..x ckup air lagi..xpe..dah adjust dah..Nanti x keras dah la pasni..

Bahan-bahan :-
1/2 tahil agar-agar
8 cawan air ( klu nampak keras lagi leh tambah skit lg air nya )
1 cawan gula
2 keping gula melaka
2 biji telur
1 sdt esen vanilla
Susu

Cara-cara :-
1. Masak agar2 . Kemudian asingkan secawan darinya.
2. Masukkan gula melaka kemudian ditapis. Bahagikan kpd 2 bahagian.
3. Bahagian pertama dicampurkan kuning telur dan susu.
4. Bahagian yang kedua dimasukkan dalam acuan dan dibiarkan keras.
5. Kemudian tuangkan bahagian yang pertama ke atas agar2 yang kedua tadi.
6. Pukul putih telur sehingga kembang ( i mean jd spt meringue ).
7. Masukkan gula dan campurkan agar2 yang secawan tadi.
8. Tuangkan keatas kedua2 agar2 tadi.
9. Biarkan keras sebelum dipotong.

Nasi Goreng Ideal

Ni nasi goreng..slu bikin masa mama aku lam pantang..Yela masak sendiri maa..Independent girl jap laaa...kes x da org nak layan..Tu nenek aku ajar aku nyer..sampai skrg aku igt pe dia ajar laa.. Huhu..Mmg senang nak uat..makan ngn sambal n telur dadar mmg ngam laaa...:P

Bahan-bahan :-
1 ketul dada ayam or ape2 part pun blh
3 ulas bawang merah ( ditumbuk )
2 ulas bawang putih ( ditumbuk )
2 sdb cili boh
4 mangkuk nasi putih
Sayuran kobis,kacang panjang n etc ( optional )
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa ajinomoto ( optional )

Cara-cara :-
1. Panaskan minyak dan goreng kan ayam itu sehingga garing sedikit. Ketepikan
2. Ambil sedikit minyak goreng ayam tadi untuk menumis.
3. Masukkan pula bawang merah dan putih yang elah ditumbuk tadi dan goreng sampai naik bau.
4. Selepas itu masukkan cili boh,garam dan gula secukup rasa dan goreng sampai naik minyak.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sampai sebati.
6. Boleh la masukkan nasi putih tadi dan goreng la sehingga semuanya sebati.
7. Angkat dan hidangkan la dgn telur dadar n sambal( optional).

Note : i x letak serbuk perasa sbb x makan..Tapi resipi nenek i tu mmg dia letak..

Sambal Simple

Haa..ni yang paling aku suke..sambal ni simple je..bahan pun x banyak and sedap dicicah ngn ulam and makan ngn nasi panas n ikan goreng ke aper ke..Fuhhh~~mmg berapi la hehe..Tapi x leh makan pedas sgt... kes mama aku mare..nti aku gastrik x pasal2...Makan skit2 jela amik rasa..pun jadi la kan:P dari x leh makan langsung...

Bahan-bahan :-
20 biji cili padi
2 sdb gula
1 sdt garam

Cara-cara :-
1. Buangkan batang cili padi tu...( i mean kepala dia tu la..) Pastu cuci sampai bersih.
2. Masukkan cili padi ke dalam lesung untuk ditumbuk.
3. Kemudian masukkan garam dan gula dan tumbuk la sehingga lumat.


Telur Dadar

Rupe telur dadar ku hehe..ngancam x??huihui...nampak gelap skit..sb tergaring skit keke..Kes duk leka uat keje len huhu..Tapi sedap lol..Kena letak bawang merah..byk2..n bawang putih pun kala blh banyak jgk..sbb atuk sedara ku ckp..untuk ubat penyakit darah tinggi,kencing manis n etc laa..so kena bykkan la letak bawang putih..Tu ckp dia la..Aku ikut je..:p

Bahan-bahan :-
3 biji telur
5 ulas bawang merah ( dimayang )
2 ulas bawang putih ( dimayang )
1 biji lada besar merah
Garam'
Minyak

Cara-cara :-
1. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan bawang merah,bawang putih dan sedikit garam.
2. Kacau la semua bahan itu sehingga sebati.
3. Panaskan minyak dan goreng la sehingga masak.

Wednesday, June 10, 2009

Tembosa

Ni resipi mama aku..aku dpt dr buku masak dia yg dah lama tu...dah reput2 dah tepinyer tu hehe..Kire resipi lama la ni...Skali tgk cam karipapnyer resipi..dah lama nak try uat..tapi x berkesempatan nak uat..Xpela..janji skrg ni dah uat...Gud lol;P Tapi sedap lol.huhu..bulat gitu..and bab kelim nyer..dah lulus mama ckp..tp kena improve lg la...x halus sangat lg:D

Bahan-bahan :-
Doh :-
185 gm tepung gandum
60 g majerin
Garam
Air sejuk

Inti :-
*2 ketul dada ayam
*1 ulas bawang besar
*1 biji ubi kentang
1 sdb serbuk kari
2 sdb minyak penumis
Sedikit garam
Sedikit santan

Cara-cara :-
Doh :-
1. Gaul tepung dan majerin. Kemudian masukkan air dan uli la sehingga menjadi doh.
2. Terap bulat setelah dicanai dan masukkan inti dan lapis dua.
3. Tepinya dikelim supaya bulat.
4. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.

Inti :-
1. Potong dadu bahan2 yang bertanda * itu.
2.Masukkan air ke dlm serbuk kari supaya basah.
3. Panaskan minyak dan tumis kari tadi.
4. Masukkan ayam dan sedikit air.
5. Kemudian masukkan ubi kentang dan santan.
6. Apabila lembut boleh la angkat. Intinya mestla kering.

Sayur Goreng Campur

Sayur goreng ni mmg besh lol..sedap dimakan begitu sj jgk huhu..Sesuai la utk sapa2 yg vegeterian ni..or yg tgh berdiet huhu..included me la tu..hehe...

Bahan-bahan :-
1 sdb sos tiram
2 sdb kicap
Kobis
Kacang panjang
Lada merah besar
Tomato
1 sdt minyak
4 sdb air
Garam dan gula

Cara-cara :-
1. Panaskan minyak. Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau sekejap.
2. Masukkan sayuran tadi kobis,kacang panjang,lada merah,tomato dan air.
3. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Kacau la sampai sebati dan masak sekejap.
5. Boleh dimakan begitu saja atau dgn nasi putih.

Tuesday, June 9, 2009

Kung Pao Chicken

Sedap giler laaa.this resipi..Mmg delicious lol..sume org dlm umah ni suke..Siap suruh uat lagi hehe..Ape lg..si tukang masak nyer..pun suke laa..Bila da org suke makan kan hehe..thanks la kat rai@myresipi.com share this resipi.. mg sedap uh~

Bahan-bahan :-

Bahan A
600 gm ayam
tepung jagung
garam

Bahan B
100 gm kacang gajus- goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering- pilih yg lebar dan potong dlm 1-1.5 inchi
2 biji bawag besar( kuning)- potong dadu besar2
4 ulas bawang putih-ditumbuk halus
1 biji lada benggala-potong lebar2 sedikit
3 sdm sos tiram
2 sdm sos cili
1/4 cawan air
Minyak untuk menumis
garam-jika perlu
2 inchi halia ditumbuk halus

Cara-cara :-
1. Untuk Bahan A tadi- isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung
2. Kemudian goreng dan toskan.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali
4. Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan.
5. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
6. Masukkan lada benggala,sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
7. Biarkan kering dan masukkan kacang gajus kacau dan matikan api.

Note : rai x letak kacang gajus sy pun x let jgk hehe..Tapi sedap jgk uh~

Jemput Manis

Nyum2..lama x makan jemput manis ni..Dlu2 masa kecik2 mama slu uat huhu..Wendu la zaman kecik2 lu..Mmg besh laa..Lagipun senang je..Sapa2 pun blh buat ini jemput uh~ sedap dimakan time panas2..mmg besh lol..

Bahan-bahan :-
2 cawan tepung gandum
3 sdb gula
sedikit garam
+- 11/2 cawan air
Minyak

Cara-cara :-
1. Masukkan tepung gandum ke dalam satu mangkuk.
2. Kemudian masukkan gula dan sedikit garam dan air. Kacau la sehingga sebati.
3. Panaskan minyak dan goreng la sampai kekuningan.
4. Siap untuk dimakan.

Bihun Goreng Ideal

Bihun goreng ni..uat bekfast tat day..Lambat upload this resipi kes malas nak type hehe..Xpe at least i letak jgk kan huhu..Mmg yummiez laaa..mmg laku jgk hehe..Berbaloi ku memasaknyer..Skrg mama x yah sgt dha uat keje dapo..sbb aku yg boikot dah satu dapo tu hehe...

Bahan-bahan :-
1 paket bihun
300 gm ayam ( potong kecik2 )
15 ekor udang serderhana besar
2 ulas bawang merah besar ( ditumbuk )
2 biji lada besar merah ( blend )
1 sdb cili boh
1 sdb sos tiram
6 sdb sos tomato
6 sdb sos cili
4 sdb kicap
4 sdb minyak
Garam dan gula
Sayuran
Air
Bawang goreng
Daun bawang dan saderi

Cara-cara :-
1. Rendamkan bihun dgn air sehingga lembut.
2. Panaskan minyak. Kemudian masukkan bawang merah. Goreng sehingga bawang itu nampak kekuningan.
3. Masukkan pula cili boh dan lada besar merah. Masak sehingga naik minyak.
4. Selepas itu masukkan sedikit garam dan gula,ayam dan udang.Masak sekejap.
5. Kemudian boleh masukkan sos tiram,1 sdb sos tomato, 1sdb sos cili dan 2sdb kicap.Goreng la sehingga semuanya sebati dan masukkan air( depend pd bihun da setgh pakai air byk dan da skit).
6. Selepas perasakan skali lagi masukkan garam dan gula secukup rasa dan sayuran.
7. Toskan air bihun tadi dan masukkan ke dalam kuali. Gaulkan sehingga semuanya sebati.
8. Semasa menggoreng bihun itu masukkan 2 sdb kicap,5 sdb sos cili dan 5 sdb sos tomato. Goreng sehingga semuanya sebati..( jika bihun ini sedikit tawar dan krg rasa blh la masukkan garam dan gula secukup rasa lagi)
9. Boleh la dihidangkan dan dihias dgn daun bawang&saderi,bawang goreng,lada besar dan asam limau nipis.

Saturday, June 6, 2009

Nasi Kerabu

Ni nasi kerabu versi ideal huhu...Ni resipi my mum's punyer..Tgh praktis actually..nti kan kawin susah lak..asik men tunjuk je..x besh jgk kan..So..skrg ni da masa..blaja je dlu...Nanti esok2 senang dah kan. Pe2 pun nasi kerabu my mum's ni mmg umphhh~ ;P Try laa..jgn x try yaa....

Bahan-bahan :-
Nasi :-
3 cawan beras
3 cawan air ( masak mcm nasi biasa klu nak lembik lebihkan air klu nak keras skit kurangkan air)
1 sdt serbuk kunyit ( klu mahu da caler2)

Sambal Tumis :-
*6 ulas bawang merah besar
*1/2 inchi halia ( dimayang )
*11/2 cawan santan
*4 sdb cili boh
*10 biji cili kering
*Air ( agak2 jelaa..)
1 keping asam keping
1 batang serai ( diketuk2 )
Minyak

Sambal Ikan :-
7 ekor ikan selayang
210 gm kelapa parut goreng( i beli yg dah siap )
3 ulas bawang merah besar
20 biji lada hitam
1 sdt garam
11/2 sdb gula

Kerabu :-
Taugeh
Daun kesum
Pucuk pengaga
Kacang panjang
Timun

Optional :-
Ikan goreng celup tepung
Ayam goreng kunyit/celup tepung
Keropok
Telur masin
Solok lada
Budu
Sambal

Cara-cara :-
Nasi :-
1. Cuci beras dan masak la seperti memasak nasi cam biasa. Klu nak caler leh letak serbuk kunyit untuk da caler2.

Sambal Tumis :-
1. Blend semua bahan yang bertanda * sehingga lumat
2. Panaskan minyak dan masukkan la bahan2 yang telah diblend itu. ( minyak tu letak byk skit)
3. Selepas itu masukkan pula asam keping dan serai. Tumis bahan2 ini sehingga naik minyak.

Sambal Ikan :-
1. Bakarkan ikan sehingga masak
2. Asingkan ikan dengan tulang dan tumbuk la isi ikan sehingga lumat. Ketepikan sekejap
3. Selepas itu tumbuk semua bawang merah sehingga lumat
4. Kemudian masukkan lada hitam dan tumbuk lagi
5. Masukkan pula garam dan gula. Tumbuk sehingga semuanyer sebati dan nampak berair gitu.
6. Lepas itu boleh la masukkan isi ikan tadi dan tumbuk sehingga semuanya sebati dan lumat. Ketepikan.
7. Tumbuk kelapa parut kering tadi sehingga halus.
8. Campurkan isi ikan dengan kelapa parut goreng sehingga sebati.

Kerabu :-
1. Hiriskan semua sayur2 tadi

Cara makan :-
1. Ambil sikit2 semua sayur tadi,sambal ikan dan sambal tumis ke atas nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan2 lain untuk menambahkan lagi kesedapan nasi kerabu ini.
Note :- Sedap juga dimakan dengan budu dan perahan air asam limau nipis;P

Ikan Goreng Celup Tepung

Ni ikan goreng celup tepung..nyum2..Makan ngn nasi kerabu..Lunch untuk hari ini..Lama x uat nasi kerabu..Asik beli je..x sama dengan air tangan sendiri huhu..Lagi sedap sendiri bikin..tul x??;D Mmg besh laa..meletup..bila combine ngn nasi kerabu hehe..

Bahan-bahan :-
5 ekor ikan selayang or ape2 ikan pun blh
1 cawan tepung beras
3/4 cawan air
1/4 sdt garam
2 sdt gula
Sedikit kapur
Minyak

Cara-cara :-
1. Campurkan tepung beras,air,garam,gula dan kapur. Kacau sebati.
2. Panaskan minyak. Apabila minyak dah panas.
3. Celupkan ikan tadi ke dalam tepung tadi dan goreng la sehingga masak.

Ikan Masak Kicap

Ala..kantoi laa..da date lak kat sebelah pic..lupa off date huhu..x lawa la skit pic..:P xpe..next time..kena tgk settings lu..Baru snap pic huhu..Ni versi nak cepat..ikan masak kicap hehe..Mmg mudah disediakan..dan cpt siap..and cepat masuk pewut hehe...

Bahan-bahan :-
2 sdb minyak masak
5 sdb kicap
1 ulas bawang merah besar ( dimayang )
1 biji lada besar merah
Garam dan gula

Untuk Ikan :-
4 ekor ikan ( ape2 jenis ikan )
1 sdb serbuk kunyit
Sedikit garam

Cara-cara :-
1. Bersihkan ikan dahulu. Kemudian letakkan serbuk kunyit dan sedikit garam. Gaul sebati.
2. Perap sekejap. Baru la digoreng.
3. Apabila dah masak ketepikan.
4. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah dan masak sampai layu sedikit.
5. Masukkan kicap,garam dan gula secukup rasa. Masak la sampai sebati ( Jgn lama2 sgt nanti kicap tu hangus and x sedap makan..) Kire kena cpt2 la masak.
6. Selepas itu boleh la masukkan ikan yg telah digoreng dan kacau la ikan itu sampai sebati dgn kicap tadi. Last sekali masukkan lada besar merah.
7. Boleh la dihidangkan dengan nasi putih.

Telur Bungkus

Ayaa!!boleh terlupa ni satu resipi nak upload hehehe..Patutnyer tat day upload sekali ngn resipi ikan singgang and sambal tomato..Patutlaaa da something missing je here hehe..rupe2 nyer resipi telur bungkus ni..Klakar laaa..boleh tertinggal..Takpe2...kite upload la kan...Ni kes tadi tgk2 pic resipi..in wondering dah upload lom ek this resipi..Then trus check my blog..mmg blom laa..hehe...

Bahan-bahan:-
4 sdb sos tomato
2 sdb sos cili
1/4 sdt sos tiram
2 sdt kicap
4 sdb air
*2 ketul dada ayam
*2 biji tomato
*2 keping nenas
*3 ulas bawang merah besar
3 biji telur
sedikit garam
Minyak

Cara-cara :-
1. Campurkan telur dan sedikit garam. Kemudian kacau sampai sebati(xyah pukul kuat2 kacau2 je..)
2. Panaskan kuali..dan lenserkan sedikit minyak pada kuali.
3. Tuangkan telur ke dlm kuali dan buat la mcm nak buat lempeng tu..
4. Apabila dah masak angkat dan ketepikan.
5. Potong dadu bahan2 yang bertanda *.
6. Panaskan minyak. Masukkan ayam dan goreng sampai nampak garing sedikit.
7. Selepas itu masukkan bawang dan masak la sampai layu.
8. Kemudian masukkan sos tiram,sos tomato,sos cili,kicap dan air.
9. Kacau semua sampai sebati dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
10. Akhir sekali boleh la masukkan tomato dan nenas.
11. Apabila semuanya telah masak boleh la diletak didalam telur tadi untuk dibungkus.
12. Boleh la dihidangkan.

Friday, June 5, 2009

Orange Cake

Orange cake yang pic nyer x lawa sgt..Kes nak cepat..tamu da datang umah..xleh posing maut2 la skit gege~~!Takpela..janji sempat snap a pic kan;P Resipi mama ku ni..hehe..Dah lama nak uat skrg baru dpt bikin huhu..Siap uat jamu utk tetamu2 lagi hehe...

Bahan-bahan :-
5 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula castor
170 gm mentega
2 sdb susu pekat manis
1 sdt baking powder
1sdt esen vanilla
1 biji limau ( diparut)


Cara-cara :-
1. Putih telur dicampur dengan baking powder dan dipukul sampai kembang( jadi meringue )
2. Masukkan gula sedikit kemudian masukkan merah telur.
3. Pukul mentega dengan esen vanilla sampai putih.
4. Kemudian campurkan ke dalam adunan No.1
5. Masukkan tepung gandum sedikit selepas itu masukkan pula susu dan kulit limau yang diparut dan kacau la sampai sebati.
6. Bakar sampai masak lebih kurang 1jam gitu..bergantung pada oven masing2.

Sambal Tomato

Sambal ini lama x makan..Last arini dpt bikin jgk..Usaha jgk tau..kuar g carik asam limau nipis kat supermarket hehe...Balik2 trus mula projek la didapur nyer..Ni la hasil drpd projek gua didapur huhu..Mmg hot&spicy gitu...

Bahan-bahan :-
20 biji cili padi
1 sdb gula
1/2 sdt garam
1 biji asam limau nipis
2 ulas bawang merah besar ( dimayang )
2 biji tomato ( potong dadu )

Cara-cara :-
1. Tumbuk cili padi tadi sehingga lumat.
2. Kemudian masukkan garam dan gula dan tumbuk sekejap.
3. Masukkan pula air limau nipis dan tumbuk lagi.
4. Masukkan separuh bawang merah dan separuh tomato dan tumbuk. ( jgn sampai lumat ya..)
5. Last masukkan bawang merah dan tomato yang selebihnya. Gaulkan dengan bahan yang ditumbuk tadi.
6. Boleh la dihidangkan.

Ikan Singgang

Ni resipi paling simple..org2 bujang pun blh buat..its so easy lol..huhu..Men campak2 je..Janji bahan2 ada boleh la nak campak2 huhu..;p Klu xda bahan2 nyer x leh la nak men campak2... Men tgk2 je blh la...hehe...Mmg sedap la dimakan ngn nasik putih ngn ape2 sambal..Nak umphh~~ sambal belacan huhu...

Bahan-bahan :-
4-5 ekor ikan ( blh je ape2 jenis ikan )
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1/2 inchi lengkuas
*2 keping asam keping
5 biji cili padi
3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :-
1. Hiris mayang bahan yang bertanda *.
2. Letakkan semua bahan yang bertanda * cili padi,ikan,asam keping,garam dan gula secukup rasa ke dalam periuk.
3. Kemudian letakkan sedikit air ke dalam periuk tadi. Jgn banyak sgt..kire2 dapat menenggelam kan semua ikan itu ok laa...dan tunggu la sehingga mendidih.
4. Selepas itu boleh la masukkan air yang selebihnya dan adjust la rasa nyer..i mean garam dan gula nyer..
5.Boleh la dihidangkan.

Thursday, June 4, 2009

Mee Curry

Dah lama tau x makan mee curry ni. Lastly dpt jugak buatnyer hehe..yahoooo!! My fav lol..nyum2 hehe..Mmg sedap lol..Tapi x leh pedas giler..My mum's mare oh~ sbb nanti aku gastrik hehe..Xpela..janji da rasa pedas jugak kan..lalala...

Bahan-bahan :-
1 paket mee kuning
2 keping dada ayam ( potong nipis2 )
200 gm daging lembu ( potong nipis2 )
1 paket fishball
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 paket seruk kari
11/2 cawan air
Sayuran,kobis dan nenas
Daun bawang dan saderi
1 biji cili merah besar
4 biji telur rebus
Bawang goreng


Cara-cara :-
1. Tumiskan bawang putih dan merah sehingga kekuningan.
2. Masukkan fishball dan gorengla sehingga fishball tu garing sedikit.
3. Masukkan la serbuk kari yang yg telah dikacau dengan 2 sdb air.
4. Masak la sehingga naik minyak.
5. Selepas itu masukkan ayam dan daging dan sedikit garam masak seketika.
6. Masukkan pula air dan tunggu sehingga mendidih. Lepas itu boleh la masukkan pula garam dan gula secukup rasa. 
7. Last sekali boleh la masukkan sayuran dan kobis yang telah dipotong.
8. Celupkan mee tadi ke dalam air panas sekejap.
9. Letakkan mee dan curahkan kuah kari ke atas mee.
10. Boleh la dihidangkan dengan telur rebus,bawang goreng,cili besar dan daun saderi dan bawang.

Ayam Masak Cili

Ayam masak cili ni mmg sedap dimakan ngn nasi putih,nasi minyak or ape2 nasi laa..mmg nyum2 laa..hehe..Ni fav. satu rumah...i mean my siblings lol huhu...Nasi pun cpt abis klu masak ayam masak cili ni hehe..So hepi laaa..sbb laku dijual kekeke..

Bahan-bahan :-
1/2 ekor ayam
3 ulas bawang merah besar ( blend )
4 sdb besar cili boh/cili giling
1 sdb gula
+-1/2 cawan minyak
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
1 ulas bawang merah besar ( dimayang )
1 biji tomato ( potong 6 )

Untuk ayam goreng :-
2 ulas bawang putih
3 sdb serbuk kunyit
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:-
1. Cuci ayam itu sehingga bersih.
2. Selepas itu, letak la bawang putih tadi,serbuk kunyit dan garam dan perap sekejap.
3. Panaskan minyak dan masukkan ayam. Gorengla sampai kekuningan or garing.
4. Angkat dan toskan minyak nyer.
5. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah sehingga kekuningan.
6. Masukkan pula cili boh dan masukkan garam dan gula secukup rasa.Kacau sekejap dan tunggu la sehingga naik minyak.
7. Setelah naik minyak masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau la sampai sebati.
8. Sambil2 kacau itu masukkan la sos tomato,bawang merah yang dimayang dan tomato.
9. Masak seketika dan boleh la dihidangkan.

Ayam Goreng Kunyit

Pic ni x clear sgt lol..so sorry nak cepat..sbb budak2 ni tunggu nak ngap hehe..Xpe nti tkr new pic later ya..Pe2 pun..ayam ini sedap dimakan begitu saja hehe..Mmg simple resipi.Sapa2 pun can make it..So..aper tunggu lagi..jom masak uh~

Bahan-bahan :-
1/2 ekor ayam
2 ulas bawang putih ( ditumbuk )
3 sdb serbuk kunyit
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :-
1. Cuci ayam itu sehingga bersih.
2. Selepas itu, letak la bawang putih,serbuk kunyit dan garam dan perap sekejap.
3. Panaskan minyak dan masukkan ayam tadi. Gorengla sampai kekuningan or garing.
4. Boleh la dihidangkan.

Telur Goreng Pedas

Dah lama x buat this resipi uh~ Its really easy to make it actually but banyak keje la skit hehe..Mana nak goreng telur tu lagi..nak rebusnyer lagi..hehe..Tapi x pe..janji sedap dimakan..dan yang penting rasanya lebih sedap dari kat kedai...

Bahan-bahan :-
6 biji telur ayam
3 ulas bawang merah besar ( blend )
10 sdb cili kering ( blend )
1 sdb sos tomato
1/2 cawan air
7 sdb minyak
1 biji bawang merah besar (dimayang )
1 biji tomato

Cara-cara :-
1. Rebus telur sehingga masak.
2. Goreng kan telur itu sehingga nampak garing sedikit dan kekuningan.
3. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar. Goreng sehingga kekuningan.
4. Masukkan pula cili kering,garam dan gula secukup rasa.Masak sehingga naik minyak.
5. Last sekali masukkan telur dan bawang merah besar yang dipotong mayang dan tomato.
6. Siap untuk dihidang dengan nasi putih and apa2 nasi.

Hati&Pedal Ayam Goreng Kunyit

Hati & pedal ayam goreng kunyit ni untuk lunch kite org..very simple resipi and fast. Cam fast food lak huhu..tp bukan yer..ni banyak la keje skit..tp xla byk sgt...Time dtg penyakit 'M' boleh la try resipi ni...

Bahan-bahan :-
1/2 kg hati & pedal ayam
21/2 sdt serbuk kunyit
2 ulas bawang merah besar ( dimayang )
7 sdb minyak masak
Garam secukup rasa

Cara-cara :-
1. Cuci hati ayam itu hingga bersih.
2. Masukkan ke dalam kuali hati ayam tadi. Letak sedikit garam dan kunyit masak seketika.
3. Apabila nampak air hati ayam tu dah hampir kering. Masukkan pula minyak masak.
4. Last sekali masukkan la bawang merah yang telah dimayang.
5. Gorengla sehingga nampak garing sedikit.
6. Boleh la dihidang dengan nasi putih.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...