Wednesday, May 27, 2009

Puding Roti

Puding roti..lama giler x uat puding ni..Resipi pun ingat2 lupe hehe..Takpe..refer balik buku resipi..Actually ni resipi famili huhu..Mmg yummiezzz laa...Slu je bikin..Ader ummph~ gitu hehe..Sedap dimakan begitu saja..Its to sweet skit..Sbb i men sukat je tadi agak2..Tapi x pe kat sini i dah refer balik dah resipi nyer..Boleh la diuat nanti.

Bahan-bahan :-
1 buku roti ( i pakai roti yg da bulat2 atas tu)
2 biji telur
2 3/4 cwn gula kasar
3-4 cawan susu pekat cair/pekat manis
1/2 cawan majerin

Cara-cara :-
1. Potong roti tu dalam bentuk 4segi gitu.
2. Rendamkan roti tadi kedalam susu tadi seketika.
3. Dalam mangkuk lain. Pukul majerin dan gula sehingga kembang sedikit dan masukkan telur.
4. Masukkan roti yang direndam dgn air susu tadi ke dalam No.3
5. Kacau la sehingga sebati.
6. Leserkan loyang dengan sedikit majerin dan masukkan roti tadi.
7. Bakar la sehingga masak lebih kurang 1 jam gitu bergantung pada oven.

Note : Kalau pakai susu pekat manis. Gula tu kurangkan sedikit dalam 21/2 cawan.

Mee Goreng Kicap

Ni la rupe homemade mee tadi yang telah siap digoreng hehe..Nyum2..Besh sendiri bikin mee ni kan..Pastu sendiri masak huhu..Mee goreng kicap ni very simple..Boleh la sapa yang slu rush time tu huhu..

Bahan-bahan :-
1 kg mee kuning
2 keping dada ayam ( potong dadu)
3 ulas bawang putih ( ketuk2 je )
2 sdb cili boh/cili kering blend
5-6 sdb besar kicap manis cap kipas udang@apa2 jenis kicap
2 sdb minyak
Sayuran (depend)
Air
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :-
1. Basuh mee kuning itu dulu dan toskan.
2. Panaskan minyak.Masukkan bawang putih dan goreng sehingga naik bau.
3. Lepas itu masukkan pulak cii boh/cili kering. Goreng sekejap sehingga naik minyak.
4. Masukkan pula ayam tadi. Biarkan seketika.
5. Masukkan kicap ( sy letak byk lebih dr5-6sdb) garam dan gula secukup rasa.
6. Kemudian masukkan mee tadi. Goreng sekejap dan last sekali masukkan sayur.
7. Boleh la dihidangkan.

Homemade Mee Kuning

Tak sangka jadi jgk mee aku ni..even pakai tgn uat gege~~! Since tat day lagi..geram nak uat..lantak la pakai tgn pun tgn laa..Lenguh2 abis jari nn pedih2 mata duk ngadap nak uat mee ni..Leceh la skit nak uat sbb xda pasta maker.Next time kena beli machine n dlu baru bikin mee sendiri. Xlarat dah ku nak uli and uat garis2 one by one huhu..Sakit bdn abis hehe..mee mee..Neway thanks la kat tuntung15@myresipi.com share this resipi.Mmg mee ni gud for health also xda bahan awet kan:P mmg selamat dan terjamin halal.

Bahan-bahan :-
  • 500gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Air (sukatan lihat dibawah cara-cara ye)
  • Sedikit kunyit serbuk
Cara-cara :-
  1. Masukkan tepung gandum kedalam pasta mixer.
  2. P9070090
    Masukkan adunan cecair (1 biji telur + serbuk kunyit + air = 220ml). 'On' kan mesin.
  3. P9070093
    Nah! sekarang mee kuning dah keluar.
  4. P9070094
    Rebus mee kuning dalam air mendidih selama 2-3 minit. Jangan rebus lama nanti mee akan kembang.
  5. P9070095
    Tapiskan mee kuning dan cuci dengan air paip.
    P9070091
  6. Gaul mee dengan sedikit minyak untuk mengelakkan mee melekat.
  7. Itu jer la caranyer. Mee ni tidak bergaram. Jadi pandai-pandai lah adjust garam masa memasak nanti.
Note : i uat pakai tangan je full by hand xda machine2 pun jadi.. Sapa2 yg xda pasta maker leh jgk nak pakai tangan uat mee ni..Cume leceh la skit..Kalau rajin blh try;P

Tuesday, May 26, 2009

Ideal Rice Balls

Haa..ni la Ideal rice balls hehe..resipi sendiri bikin. Nak bikin kueh lain actually tapi tersilap sikit maka tercipta la rice balls ni huhuhu..But not bad laa..stil nice and crunchy lol..Tapi penat nak buat bulat2 tu hehe..One by one kan..Sedap jugak disalut dengan bijan or tidak diletak bijan pun besh jugak..:p

Bahan-bahan :-
500 gm tepung beras
3/4 cawan gula kasar
1 cawan santan
2 biji telur
Minyak

Cara-cara :-
1. Gaulkan tepung beras tadi dengan gula sehingga sebati lebih kurang sejam.
2. Kemudian masukkan santan dan telur. Kacau sehingga menjadi doh.
3. Panaskan minyak dan buat bulat2. Goreng la sehingga nampak garing dan angkat.
4. Boleh la dimakan bila2 masa.

Bubur Nasi Simple

Bubur nasi simple..i buat sendiri..untuk sendiri makan time sakit2 camni.Lama giler nak masak nasik tu..tambah2 air tau hehe..al-maklum laa 1st time bikin bubur ni. Yela dah xleh nak telan benda2 keras..so ni creativity sendiri laa..Camne nak makan..

Bahan-bahan :-
1/2 cawan beras
10 cawan air ( depend )

Kuah :-

1 ketul dada ayam ( cincang halus )
*2 ulas bawang putih
*1/2 inchi halia
1/2 sdb minyak
Air
Garam secukup rasa

Cara-cara :-
1. Masak beras dengan10 cawan air sehingga mendidih dah masak. Lebih kurang 1/2 jam gitu
2. Sementara menunggu nasi itu masak. Boleh la sediakan kuahnya.
3. Tumbuk bahan yang bertanda * itu sehingga lumat.
4. Kemudian panaskan minyak. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Goreng sehingga naik bau.
5. Masukkan ayam yang telah dicincang halus tadi. Kacau sampai ayam itu masak.
6. Akhir sekali masukkan air ( ikut suka) dan garam secukup rasa.
7. Boleh la dihidang dengan nasi tadi.

Kuah Yong Tau Fu

Thanks to minami133@myresipi.com huhu..Mmg besh kuah nyer..But its very spicy uh!Neway like it lol huhu..Sorry la pose lg yong tau fu i..Kuah je baru menjelma hehe..Mlm ni baru uat kuah nyer..So..sesi ngap2 nyer esok la yer..Tapi aku x leh makan lol..Sakit tekak+kerongkong sempit..dah baper minggu terseksa hehe..Its okla..rmi lagi yg blh makan kan..So..kasi uat utk org2 yang blh makan gege~~!;D

Bahan-bahan :-
  • 10 tangkai cili kering
  • gula melaka atau kurozato
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • sedikit ajinomoto
Cara-cara :-
  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

Thursday, May 21, 2009

Black Lagoon Cupcakes

Ni resipi amik dari baking bites. Tapi aku x letak slime-filled nyer and frosting hehe..Penyakit 'M' datang kan hehe...So nama dia pun aku potong la skit hehe..dari slime-filled cupcakes frm black lagoon jadi black lagoon cupcakes je..hehe..Neway, its still yummiezzz~~! Sedap dimakan begitu saje..cam iklan roti gardenia lak huhuhu..Tapi rasa sweet skit..dah agak dah masa letak gula tadi. Next time kena kurangkan gula maybe 3/4 cwn sj..

Ingredients :-
Black Lagoon (Vanilla) Cupcakes:

1 1/3 cups all purpose flour
1 tsp baking powder
1/4 tsp salt
1 cup sugar
1/3 cup butter, melted and cooled
2 large eggs
1 tsp vanilla extract
3/4 cup milk (low fat is ok)

Methods :-
1. Preheat oven to 350F. Line a 12-cup muffin pan with paper liners.
2. In a large bowl, whisk together flour, baking powder, salt and sugar.
3. In a medium bowl, whisk together cooled, melted butter, eggs, vanilla and milk.
4. Pour into flour mixture and stir until just combined and no streaks of flour remain.
5. Distribute batter evenly into prepared muffin cups.
6. Bake for 16-19 minutes, until a toothpick inserted into the center of a cupcake comes out clean.
7. Cool completely on a wire rack before filling and frosting.
8. Makes 12-cupcakes.

Ayam Panggang Ideal Style

Ni ayam panggang versi sendiri lak hehe..adjust drpd resipi ayam yang ada and tgk apa yang ada kat umah huhu..So jadi la ayam panggang ideal style ni gege!;P Uat lunch arini untuk my famili. Jadi chef ku kat umah skrg ni kekeke...

Bahan-bahan :-
1/2 kg ayam
*1/2 sdb ketumbar
*1/4 sdb jintan manis
*1/2 sdb jintan putih
*3 biji cili kering
3 ulas bawang merah besar ( blend)
1/2 sdb serbuk kari
1/4 sdb serbuk cili
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :-
1. Bakar/goreng tanpa minyak semua bahan yang bertanda *
2. Kisar sampai halus bahan2 yang dibakar/goreng tadi.
3. Gaulkan ayam dengan serbuk kari,serbuk cili dan bahan yang dikisar tadi.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan sedikit santan. Perap seketika.
5. Kemudian rebus ayam yang telah sebati dengan rempah2 tadi dengan santan yang selebihnya. Masukkan sekali bahan2 yang diperap tadi semasa merebus.
6. Rebus ayam tadi lebih kurang 10-15 minit camtu. Bagi ia lembut sedikit.
7. Angkat ayam tadi dan bakar dengan oven sehingga ayam itu masak.
8. Semasa membakar ayam siram la dengan air rebusan tadi sehingga habis.
9. Boleh la dihidangkan.

Ayam ala Sate

Haa...ni ayam ala sate ku..hehe..Ni sbb dia cam rasa nak sate skit and baked with oven. Tapi sedap cam sate rasa dia...hehe..Sume suke..yang tu uat aku hepi..Diaorg suke and kata sedap huhu..Ni resipi adjust skit dr resipi sate mama ku tu hehe..

Bahan-bahan:-
1/2 kg ayam ( i amik part tulang2 sedap) (potong kecik2)
1 sdb cili kering ( blend)
11/2 sdb serbuk kunyit
1/2 sdt garam
1/2 keping manisan/gula melaka

**************************************************************************************
Bahan-bahan Untuk Blend :-
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 keping manisan/gula melaka
1 sdb jintan manis
1 sdb jintan putih
1 sdb gula

Cara-cara :-
1. Gaulkan ayam dengan cili kering,serbuk kunyit,garam dan gula melaka tu tadi. Perap seketika dalam 10-20 minit.
2. Kemudian ambil bahan-bahan yang sudah di blend tadi. Gaulkan sampai sebati dengan ayam tadi. Perap semalaman.
3. Bakar la ayam yang telah diperap itu dengan oven selama 1 jam atau lebih sehingga ayam itu masak.
4. Setelah ayam itu masak. Masukkan balik ke dalam lebihan bahan2 yang diperap itu seketika.
5. Boleh la dihidang dengan nasi putih or makan begitu saja.

Sunday, May 17, 2009

Kuih Sagu

Dah lama ngidam nak makan kuih ni tau..Susah la nak dapat skrg kuih ni..Last2 carik resipi kat tenet..Dah jumpa salin je...Perap dlu 3 4 hari hehe..Hari ni baru berkesempatan uat. Mmg sedap laa..lembut gitu..Menjadi suke laaa..Dlu penah jugak uat..Hancur laa..xda biji2 dah..akibat nyer..i trus kacau dalam periuk..Ni lak versi kukus..Mmg sagu tu..duk diam2 laa..da lagi bulat2 nyer tu hehe..Suke la..cam kat kedai nyer huhu..I prefer kukus laa..Nanti leh dapat kuih sagu yang elok..and thanks kat tuan punyer resipikat resipi.net i..lupe sapa nyer resipi..Tapi yang igt dapat kat sana la..;D

Bahan-bahan :-
2 cawan sagu - rendam 10 minit dan toskan
1 cawan gula
3 cawan air
1 cawan kelapa parut
sedikit garam untuk diletak dalam kelapa parut

Cara-cara :-
1. Masak air dengan gula hingga mendidih dan tutup api.
2. Masukkan pewarna dengan sagu kacau sebentar.
3. Masukkan dalam acuan lompang dan kukus lebih kurang 10 minit.

Pandan Muffin

Ni la pandan muffin ku..Ia rasa lemak2 gitu skit huhu..Ku punyer kurang eno..Sbb akuuar double ingredients kan..So..muffin tu merekah2 jugak atas nyer even krg eno..hehe..Yang penting ia laku dimakan sume org dalam umah ni gege~!;D Yang tu is very important tau..Yang len tu belakang kira laa..Tapi mmg sedap laa..Pandan muffin dengan eno ni..Mmg satu kelainan laa..Biasa pandan muffin pakai butter and gula camtu laa..ni x pakai butter..Thanks to Joayee@myresipi.com Haa..lg satu lupa..Pandan muffin patutnyer hijau..Tapi caler hijau abis kat umah..So..taruk yellow caler;D

Bahan-bahan :-
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula (manis..bole kurangkan ikut selera)
  • 1/2 sudu kecil soda bicarb
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 cawan santan pekat (kurangkan sedikit kalau santan cair)
  • 1 sudu besar Andrews Liver Salt/antacid or di malaysia-ENO
  • sedikit perasa Pandan + Warna hijau( i tukar caler sbb caler hijau abis..so jd yellow caler)
Cara-cara :-
  1. campurkan bahan kering (tepung, gula, soda bicarb, baking powder) kedalam satu bekas.
  2. Campurkan bahan basah (santan, minyak, colour, perasa pandan) kedalam satu bekas.
  3. Masukkan (2) ke dalam (1), sambil dikacau dengan garpu.
  4. Images
    akhir sekali, ayakkan Andrew Liver Salt/ ENO. Kacau dengan garpu, biar sebati, tapi jangan terlebih kacau. Bole dibeli di Tesco tempat ubat atau di chemist.
  5. rehatkan 5 min.( cukup masa untuk ENO bertindak mengngeluarkan bubble)- mungkin tak berapa nampak, tapi mixture akan kurang likatnya.
  6. masukkan kedalam bekas muffin, bakar selama 30 min, 160 deg C. Untuk perasa lain bole try contoh di bawah. Actually kukus lg best kalau nak try option di bawah. kalau bakar kering sgt la pulak.
  7. Dscn6610-1
    OPTION1: @Banana Muffin@: 2 biji pisang size kecil, 3/4 cawan susu soya [x]
  8. OPTION2: @Apple Muffin@: 4 sudu besar Bramley apple source, 3/4 cawan susu soya
  9. Dari resepi ni, macam2 perasa bole buat. Selamat mencuba.

Saturday, May 16, 2009

Vanilla Cupcakes

Vanilla cupcakes ni mmg gebus laa..Sedap dimakan begitu saja without frosting..Actually da frosting nyer..aku xletak hehe..Xpe next time letak ek..x sempat. Kes nak cepat kan..Makan begitu saje jela..hehe...Pe2pun mmg lembut lol..

Bahan-bahan :-
12 tbsp butter, room temperature
1 2/3 cups sugar
2 large eggs
2 2/3 cups all purpose flour
1 1/2 teaspoons baking powder
1/4 teaspoon salt
1 cup buttermilk
1 tbsp vanilla extract

Method :-
1. Preheat oven to 350F.
2. Place 20 muffin wrappers (if using the stiff kind pictured above) on a baking sheet, or line 20 muffin cups with paper liners.
3. In a large mixing bowl, cream together butter and sugar. When light and fluffy, beat in the eggs one at a time.
4. In a medium mixing bowl, whisk together flour, baking powder and salt. In a measuring cup, combine the buttermilk and vanilla extract.
5. With the mixer on low speed (or by hand), stir one third of the flour mixture into the butter mixture.
6. Blend in half of the buttermilk, followed by another third of the flour mixture.
7. Stir in remaining buttermilk/vanilla and the rest of the flour, mixing only until no streaks of flour remain.
8. Divide evenly into prepared muffin cups, filling each about 2/3 full.

Bake for 22-24 minutes, until a tester inserted into the center comes out clean and the top springs back when lightly pressed. Cool in pan for 2-3 minutes, then transfer to a wire rack to cool completely before frosting.

Makes 20 cupcakes.

Monday, May 11, 2009

Kuih Tiram

Haa..ni lak resipi famili..Dapat sama nenek i..hehe..Oklaa..x susah sgt nak uat nyer..Dah banyak kali uat kan huhu..Mmg ranggup dan sedap dikunyah time tgk tv ke..time boring2 ke..time raya2 ke..time aper2 jela..ia adalah sejenis kerepek yang besh..Tapi di panggil kuih tiram..Aku sendiri x tau kenapa..??hehe..maybe pusaran dia tu kot..Ape2 jela..Janji makan hehe..

Bahan-bahan :-
2 cawan tepung gandum
1 cawan air ( agak2 laa...sampai jadi doh )
1/4 sdt garam
1 biji telur

Untuk pes :-
2 sdb minyak masak
2 sdb tepung jagung

Cara-cara :-
1. Pes : Campurkan minyak dah tepung jagung tadi. Kacau sampai sebati. Ketepikan.
2. Campurkan gandum,telur,garam dan air. Masukkan air sedikit2 dan uli la sehingaa doh tidak melekat di tangan.
3. Rehatkan doh lebih kurang 5-10 minit (untuk kasi lembut dan senang dicanai )
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan canai la ia nipis2 ( bahagi 7-8 bahagian gitu sbb nak dapat tiram yang kecik2 )
5. Canaikan doh tadi sampai nipis dan memanjang.
6. Selepas itu sapukan la pes tadi ke atas doh yang dicanai itu.
7. Kemudian gulung la macam nak uat kek swiss roll tu dengan kemas dan ketat2 skit.
8. Potong la dalam1.5cm dan canai la sedikit ( jangan lenyek banyak kali 2 3kali dah cukup nanti tiram nyer x lawa dah )
9. Boleh la digoreng dengan minyak sederhana panas sehingga kekuningan ( tarik2 la skit supaya tiram ni panjang skit )
10. Apabila dah masak. Toskan minyak tadi dan salut la dengan gula aising.

Sunday, May 10, 2009

Petola Masak Lemak Putih

Ni lak..masak lemak putih..Ni sayur panggil 'petola' betul ke x eja hehe..Haa..camtu laa..nti refer balik..Betul ke x yaa..I pun x kenal sgt sayur ni gegege~~!( malu sey..) Tu pun my mum's beli..Dia ckp nak masak lemak putih..So..i tlg la mama uat..Then jadi la sayur lemak putih versi ku...

Bahan-bahan :-
1 ekor ikan sederhana besar(ikut la ikan aper2 pun)
2 ulas bawang merah
1 sdt lada hitam
1 cwn santan
2 biji lada besar ( potong mayang )
Air
Sayuran ( ikut la apa sj sayur yg anda suke)
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:-
1. Tumbuk bawang merah dan lada hitam.
2. Masukkan sedikit garam dan gula.
3. Panaskan 1/4 cwn air. Kemudian masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi.
4. Selepas itu masukkan santan. Tunggu sehingga ia mendidih.
5. Boleh la masukkan sayur-sayuran tadi. Tunggu la sampai ia layu sedikit.
6. Boleh la letak garam dan gula sedikit lagi klu ia terasa tawar.
7. Boleh dihidang dengan nasi putih.

Note : I letak sayur 'petola' tu...timun batang dan lada besar je..

Sugar Donut Muffins

Wah..not expected lol.. This muffins naik giler!!hehe...suke...suke.. Resipi kat Bakingbites ni mmg umphh~~ laa..hehe..Mmg lembut gitu..Di letak lak..dengan melt butter and icing powder wahh..mmg mengancam laaa...hehe..i gantu sugar tu dgn icing powder.I dapat lam 20muffins gitu..double ingredients hehe..Tu pun still not enough uh~ Kena uat triple next time..

Ingredients :-
3/4 cup sugar
1 large egg
1 1/2 cups all purpose flour
2 tsp baking power
1/4 tsp salt
1/4 tsp ground nutmeg
1/4 cup vegetable oil
3/4 cup milk (low fat is fine)
1 tsp vanilla extract

2 tbsp butter, melted
1/2 cup sugar, for rolling


Methods :-

1. Preheat oven to 350F. Lightly grease a muffin tin with cooking spray or vegetable oil.
2. In a large bowl, beat together sugar and egg until light in color.
3. In a small bowl, whisk together flour, baking powder, salt and nutmeg. Pour into egg mixture and stir to combine. Pour in vegetable oil, milk and vanilla extract.
4. Divide batter evenly into 10 muffin cups, filling each about 3/4 full.
5. Bake for 15-18 minutes, until a tester inserted into the center comes out clean.

While muffins are baking, melt butter and pour remaining sugar into a small bowl.
When muffins are done, lightly brush the top of each with some melted butter, remove from the pan and roll in sugar. Cool on a wire rack.

Makes 10 muffins.

Saturday, May 9, 2009

Kek Pisang Chocolate Rice

Ni tah kali ke baper la uat kek ni.Mmg sedap lol..huhu..Tapi i adjust skit resipi ni..I letak chocolate rice..Mmg yummiez laaa..Sume org ckp sedap..Ni resipi dpt dari umi_e kat myresipi.com Mmg marvellous laaa..Cuma tambah lg ngan chocolate rice..Lagi la sedap hehe..Nak abiskan stok chocolate rice actually hehe..Tu men taruk jelaa..Jadi la resipi kek pisang yang pada asal nyer..Kepada kek pisang chocolate rice hehe..

Bahan-bahan :-
  • 4 biji pisang sederhana besar
  • 3 biji telur sederhana besar
  • 1 3/4 cawan tepung naik sendiri
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak
  • 1 sudu teh bicarbonat soda
  • secubit garam
Cara-cara :-
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang
  2. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan gaul
  3. Kemudian masukkan tepung dan gaul lagi
  4. Akhir sekali masukkan minyak dan kaup balikkan adunan hingga sebati
  5. Masukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit margerin dan dialas dengan kertas minyak
  6. Bakar hingga masak selama 45mins dengan api sederhana atau pastikan kek telah masak dengan mencucukkan lidi dan jika lidi bersih bermakna kek telah masak
Note : Kalau xda tepung naik sendiri. Boleh jgk pakai tepung gandum+ 1 sdt baking powder.

Nasi Lemak+Sambal Ikan Bilis

Haaa..ni nasi lemak aku masak untuk adik aku..uat lunch hehe..Sendiri bikin..Menjadi uh~ Adik cakap sedap hehe..Senyum2 la ku..yelaa..pe lg..bila org ckp sedap kan..Mesti suke nyer laaa..Nti leh uat lg laaa..gegege~~!Aku pakai nasi yg semalam nyer..sbb elok lagi..Yela pakai beras siam kan hehe..Nanti membazir lak..Lagipun Ok lagi..Beras tu lambat basi..Bagus la katakan hehe..

Bahan-bahan :-
  • 4 cawan nasi putih
  • 1 cawan santan ( jgn pekat sgt nti muak)
  • 1 ulas bawang merah ( dimayang)
  • sedikit halia ( dipotong panjang2 )
  • sedikit garam

Untuk Sambal :-
  • Segenggam ikan bilis
  • 4 sdb cili giling/cili boh( nak pedas ltk la byk skit)
  • *3/4 biji cili padi
  • *6 ulas bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • 1/4 cawan santan
  • 1/2 cawan air
  • 1 keping asam keping
  • sedikit gula dan garam
  • Minyak

Cara-cara :-

  1. Kukuskan nasi tadi bersama santan+sedikit garam. Gaulkan sampai sebati.
  2. Kemudian letakkan bawang merah dan halia yang telah dipotong mayang tadi.
  3. Kukus la nasi itu seketika. Supaya semua bahan yang digaul tadi terasa aroma nyer

Untuk Sambal :-
  1. Tumbuk semua bahan yang bertanda* sampai lumat( nak blend pun blh) Tapi sedap ditumbuk lagi..tradisional gitu.
  2. Goreng ikan bilis tadi sampai garing sikit.
  3. Panaskan minyak untuk menumis. Dalam 3 4 sdb gitu laa..
  4. Masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi. Goreng la sampai naik bau dan bawang tu nampak masak.
  5. Selepas itu, masukkan cili boh tadi. Goreng lagi..sampai naik minyak.
  6. Kemudian letakkan santan dan asam keping. Masak seketika sehingga nampak mendidih.
  7. Lepas itu, letakkan la sedikit air, gula dan garam secukup rasa.
  8. Masak la lagi sehingga naik minyak..
  9. Boleh la dihidangkan dengan nasi lemak.
Note : Nasi lemak ni sambal ikan bilis tu..i letak jgk telur rebus yg telah digoreng nyum2 laa..

Blueberry Jem Muffin

Haa..ni 1st muffin ku hehe..Xpenah buat tau..Skali buat jadi trus..Bangga jap hehe..Yelaa...pastu laku cam pisang goreng lak hehe..Lagi la suke hati~~ Ni resipi carik kat myresipi.com Kak yani nyer resipi..Besh lol..Mmg gebu gitu hehe..Lembut lak tu...

Bahan-bahan :-
70g butter-suhu bilik
60g gula
1 biji telur-suhu bilik
2-3 titik esen vanila
4 sudu besar susu segar
100g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
blueberry jem secukupnya.

Cara-cara :-
  1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula pukul sehingga putih.
  2. Masukkan pula telur dan kacau. Diikuti dgn esen vanila dan susu segar. Pukul sehingga sebati.
  3. Ayakkan tepung + baking powder ke dalam no.2. Kacau dengan spatula.
  4. Isikan 1/2 bekas muffin dengan adunan tadi. Kemudian isikan 1/2 sudu jem. Masukkan 1 sudu besar lagi adunan muffin.
Note : Kalau guna jem yang siap beli tu mungking lebih manis..so perlu kurangkan sedikit gula dalam adunan muffin tu..

Chocolate Cake

Mmg yummy!! laa..this cake..Sedap uh~ X muak laaa klu mkn byk pun..Tapi xleh mkn byk nanti gemuk hehe even x pakai butter.Sedap laa..mmg moist laa..Lagi2 klu perap semalam..Mmg rasa la moist nyer tu..Dah banyak kali dah buat kek ni..Siap buat bisnes lagi..gege~~! Mmg menguntungkan laa...huhu..Baru skrg amik pic hehe..Soriilaa...slu je buat..dah beratus kali dah bikin this cake..Skrg baru snap pic..Ni pun kes da org order hehe..Pastu tiba2 terigt nak snap a pic..Pe lagi cpt2 laaa..amik camera and snap a pic..b4 tuan punyer amik kek ni..( my customer laa..) hehe..Thanks la kat fendy@myresipi for this cake..:P Gambar kurang lawa la..Nanti replace yg len next time..


Bahan-bahan :-
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasirJustify Full
  • 1 cawan gula perang

Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara :-
  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Friday, May 8, 2009

Biskut Batang Buruk ( Kacang Hijau )

Wahh..sonok giler jadi uh~ My fav. cookies time raya ni hehe..Lama giler mencari resipi ni..Rupa2nyer resipi ni dah lama da dah kat umah..Lam buku resipi mama ku..Tapi tu Batang Buruk versi kacang tanah..Yang versi kacang hijau ni..Aku dapat kat internet ni..setelah lama uat research resipi batang buruk tradisional ni..Baru jumpa skrg ni hehe..Lemah semangat duk nunggu n cari resipi ni..Coz mostly people now..uat batang buruk ala moden..Yela la pakai kulit popia..um~ xbesh laa..nak yang tradisonal nyer..Cari punyer cari..jumpe gak..Hepi..resipi ni dah lama simpan lat year lg..Tahun ni baru gerak..1st time uat trus jadi lol..Hepi giler!!hehe..Sume org lam umah ni suke..kekeke..termasuk aku;D Mama ckp "leh uat jual dah ni.."\o/ sonok!! Klu sampai dah bunyi camtu..Mmg lulus A+++ dah la tu kekeke...Bangga jap..hehe...

Bahan-Bahan :-

Bahan Kulit:-
  • 400g tepung gandum
  • 200g kelapa parut putih – digoreng keperangan, biar sejuk & kisar halus
  • 2 camb tepung beras
  • 1 biji telur - dipukul
  • 2 camt serbuk penaik
  • garam secukupnya
  • 4 camb marjerin
  • air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng

Bahan Inti:-
  • 200g kacang hijau
  • 180g gula kaster
Cara-cara :-

Untuk inti: -
  1. Goreng kacang hijau tanpa minyak hingga berbau harum.
  2. Bila sejuk, kisar dengan gula hingga hancur, ketepikan.
Untuk Doh :-
  1. Gaul tepung, kelapa goreng, tepung beras, telur, serbuk penaik, garam dan marjerin hingga sebati.
  2. Masukkan air dan uli menjadi doh. Tutup dengan kain lembab dan biar 30 min.
  3. Ambil sedikit, canai hingga nipis. Kemudian potong lebar anggaran 2cm (panjang 3.5-4cm).
  4. Lilit di sekeliling pelepah daun betik kemudian tanggalkan.
  5. Doh mesti keras sedikit agar gulungan tadi kekal bentuknya.
  6. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan.
  7. Bila sejuk, sumbat dengan inti.

Custard Tart With Chocolate Rice

Hehe..besh besh..ni versi tart letak custard and chocolate so yummy!!..cam pisang goreng panas je.. Skali masak..adik2 trus angkut ngap2 hehe..SUke uh~ Yela tgk 1diaorg suke..Tapi rasa dia mmg besh laaa..Mmg sedap laaa..Aku uat dua type of custard cream tu...Satu pakai telur..satu tu pakai tepung custard..Pastu bila tart dah masak.mix la both of that..Letak custard yg x da telur dlu..Pastu baru letak yg da telur..Then tabur la chocolate rice atas custard tadi..Simpan dalam freezer seketika..baru sedap utk di makan hehe..Tapi kan so lucky laa..still sempat simpan custard tart for snap a pic hehe..

Bahan-bahan :-
  • 150 gm mentega
  • 250 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 25 gm gula aising
  • secubit garam
  • air sejuk untuk bancuhan

Custard cream with eggs :-
  • 1 sdb tepung
  • 1 sdb tepung jagung
  • 4 sdb gula ( klu pakai susu pekat manis krgkan sukatan gula)
  • 1 cawan susu segar/susu pekat manis
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sdt esen vanilla

Custard cream no egss :-
  • 2 cawan susu pekat manis campur air
  • 4 sdt tepung custard
  • 3 sdt gula ( depend pada kemanisan susu pekat manis campur air )
  • 1 sdt esen vanilla
  • sedikit garam

Cara-cara :-
  1. Ayak tepung gandum,tepung jagung dan garam ke dlm mangkuk.
  2. Campurkan gula dan masukkan mentega.
  3. Gaulkan sehingga menjadi macam hanbuk roti.
  4. Kemudian campurkan air sedikit demi sedikit sehingga adunana dpt diuli.
  5. Sejukkan selama 30minit dalam freezer.
  6. Setelah disejukkan canai kan doh tadi ( jgn tebal sgt) dan terapkan dengan penerap yg bulat.
  7. Lekatkan pastry tadi ke dalam acuan tart dan tekan2 dan cucuk dgn garpu ditengah2 pastry tadi.
  8. Bakarla pastry tadi selama 10-15minit.
  9. Setelah pastry tu masak nampak cam garing2 skit.Boleh la angkat.
  10. Paipkan custard cream no egg tu dulu...Diikuti dengan custard cream with eggs.
  11. Taburkan dgn chocolate rice..(ikut suka nak letak byk mana )

Custard cream with eggs :-
  1. Campurkan tepung dan tepung jagung tadi dgn 3sdb susu. Kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan campuran tepung dan tepung jagung tadi ke dalam susu yang selebihnya tadi. Kacau seketika.
  3. Masukkan pula telur,gula dan esen vanilla dan kacau lagi.
  4. Setelah semuanya dimasukkan. Masakkan la di atas dapur dengan api sederhana.
  5. Custard cream ni kena kacau selalu supaya tidak berketul2.
  6. Kacau la sehingga nampak pekat. Angkatkan dan letak sedikit mentega.

Custard cream no egg :-
  1. Bancuhkan tepung custard tadi dengan sedikit susu.
  2. Panaskan susu yang lebih tadi dan campurkan dgn tepung custard tadi.
  3. Letakkan sedikit esen vanilla dan garam dan gula.
  4. Kacau la sehingga nampak nak pekat skit..Custard ni cair skit..Tapi sedap..

Thursday, May 7, 2009

Nasi Goreng Kampung

Hee..besh jgk nasi goreng ni..Aku bikin kasi my lil sista makan hehe..Yela dia nak makan nasi..So cari la satu resipi nak uat kat dia..Mulanya igt nak bikin nasi goreng cina..Tapi terjumpa resipi ni..nampak cam sedap je..So..bikin je la..nak kasi dia makan..Yela dia nak makan nasi kan;D Not bad uh~ Sedap jugak..nasi goreng kampung ni..Ubah selera ke kampung lak hehe..Aku just tried it just a bit coz i on diet uh~ gegege~~ :D Tapi aku dah ubah skit la ikut apa yang ada kat umah hehe..

Bahan-bahan :-
  • 2 cawan nasi sejuk( hancurkan)
  • 1 biji telur ayam ( pukul sedikit)
  • Sayur sawi ( optionals)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk :-
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 4 biji cili padi
  • sedikit belacan

Cara-cara :-
  1. Panaskan minyak dah tumiskan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
  2. Masukkan sayuran( optional) masak sehingga sedikit layu.
  3. Masukkan telur dah biarkan hancur sedikit.
  4. Masukkan nasi dan garam dan kacau la sehingga masak.
  5. Hidangkan dengan daun bawang,cili padi dan bawang goreng (optional)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...