Monday, May 11, 2009

Kuih Tiram

Haa..ni lak resipi famili..Dapat sama nenek i..hehe..Oklaa..x susah sgt nak uat nyer..Dah banyak kali uat kan huhu..Mmg ranggup dan sedap dikunyah time tgk tv ke..time boring2 ke..time raya2 ke..time aper2 jela..ia adalah sejenis kerepek yang besh..Tapi di panggil kuih tiram..Aku sendiri x tau kenapa..??hehe..maybe pusaran dia tu kot..Ape2 jela..Janji makan hehe..

Bahan-bahan :-
2 cawan tepung gandum
1 cawan air ( agak2 laa...sampai jadi doh )
1/4 sdt garam
1 biji telur

Untuk pes :-
2 sdb minyak masak
2 sdb tepung jagung

Cara-cara :-
1. Pes : Campurkan minyak dah tepung jagung tadi. Kacau sampai sebati. Ketepikan.
2. Campurkan gandum,telur,garam dan air. Masukkan air sedikit2 dan uli la sehingaa doh tidak melekat di tangan.
3. Rehatkan doh lebih kurang 5-10 minit (untuk kasi lembut dan senang dicanai )
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan canai la ia nipis2 ( bahagi 7-8 bahagian gitu sbb nak dapat tiram yang kecik2 )
5. Canaikan doh tadi sampai nipis dan memanjang.
6. Selepas itu sapukan la pes tadi ke atas doh yang dicanai itu.
7. Kemudian gulung la macam nak uat kek swiss roll tu dengan kemas dan ketat2 skit.
8. Potong la dalam1.5cm dan canai la sedikit ( jangan lenyek banyak kali 2 3kali dah cukup nanti tiram nyer x lawa dah )
9. Boleh la digoreng dengan minyak sederhana panas sehingga kekuningan ( tarik2 la skit supaya tiram ni panjang skit )
10. Apabila dah masak. Toskan minyak tadi dan salut la dengan gula aising.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...