Tuesday, May 26, 2009

Bubur Nasi Simple

Bubur nasi simple..i buat sendiri..untuk sendiri makan time sakit2 camni.Lama giler nak masak nasik tu..tambah2 air tau hehe..al-maklum laa 1st time bikin bubur ni. Yela dah xleh nak telan benda2 keras..so ni creativity sendiri laa..Camne nak makan..

Bahan-bahan :-
1/2 cawan beras
10 cawan air ( depend )

Kuah :-

1 ketul dada ayam ( cincang halus )
*2 ulas bawang putih
*1/2 inchi halia
1/2 sdb minyak
Air
Garam secukup rasa

Cara-cara :-
1. Masak beras dengan10 cawan air sehingga mendidih dah masak. Lebih kurang 1/2 jam gitu
2. Sementara menunggu nasi itu masak. Boleh la sediakan kuahnya.
3. Tumbuk bahan yang bertanda * itu sehingga lumat.
4. Kemudian panaskan minyak. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Goreng sehingga naik bau.
5. Masukkan ayam yang telah dicincang halus tadi. Kacau sampai ayam itu masak.
6. Akhir sekali masukkan air ( ikut suka) dan garam secukup rasa.
7. Boleh la dihidang dengan nasi tadi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...