Haa...ni ayam ala sate ku..hehe..Ni sbb dia cam rasa nak sate skit and baked with oven. Tapi sedap cam sate rasa dia...hehe..Sume suke..yang tu uat aku hepi..Diaorg suke and kata sedap huhu..Ni resipi adjust skit dr resipi sate mama ku tu hehe..
Bahan-bahan:-
1/2 kg ayam ( i amik part tulang2 sedap) (potong kecik2)
1 sdb cili kering ( blend)
11/2 sdb serbuk kunyit
1/2 sdt garam
1/2 keping manisan/gula melaka
**************************************************************************************
Bahan-bahan Untuk Blend :-
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 keping manisan/gula melaka
1 sdb jintan manis
1 sdb jintan putih
1 sdb gula
Cara-cara :-
1. Gaulkan ayam dengan cili kering,serbuk kunyit,garam dan gula melaka tu tadi. Perap seketika dalam 10-20 minit.
2. Kemudian ambil bahan-bahan yang sudah di blend tadi. Gaulkan sampai sebati dengan ayam tadi. Perap semalaman.
3. Bakar la ayam yang telah diperap itu dengan oven selama 1 jam atau lebih sehingga ayam itu masak.
4. Setelah ayam itu masak. Masukkan balik ke dalam lebihan bahan2 yang diperap itu seketika.
5. Boleh la dihidang dengan nasi putih or makan begitu saja.
No comments:
Post a Comment