Thursday, May 21, 2009

Ayam Panggang Ideal Style

Ni ayam panggang versi sendiri lak hehe..adjust drpd resipi ayam yang ada and tgk apa yang ada kat umah huhu..So jadi la ayam panggang ideal style ni gege!;P Uat lunch arini untuk my famili. Jadi chef ku kat umah skrg ni kekeke...

Bahan-bahan :-
1/2 kg ayam
*1/2 sdb ketumbar
*1/4 sdb jintan manis
*1/2 sdb jintan putih
*3 biji cili kering
3 ulas bawang merah besar ( blend)
1/2 sdb serbuk kari
1/4 sdb serbuk cili
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :-
1. Bakar/goreng tanpa minyak semua bahan yang bertanda *
2. Kisar sampai halus bahan2 yang dibakar/goreng tadi.
3. Gaulkan ayam dengan serbuk kari,serbuk cili dan bahan yang dikisar tadi.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan sedikit santan. Perap seketika.
5. Kemudian rebus ayam yang telah sebati dengan rempah2 tadi dengan santan yang selebihnya. Masukkan sekali bahan2 yang diperap tadi semasa merebus.
6. Rebus ayam tadi lebih kurang 10-15 minit camtu. Bagi ia lembut sedikit.
7. Angkat ayam tadi dan bakar dengan oven sehingga ayam itu masak.
8. Semasa membakar ayam siram la dengan air rebusan tadi sehingga habis.
9. Boleh la dihidangkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...