
Bahan-bahan :-
- 4 cawan nasi putih
- 1 cawan santan ( jgn pekat sgt nti muak)
- 1 ulas bawang merah ( dimayang)
- sedikit halia ( dipotong panjang2 )
- sedikit garam
Untuk Sambal :-
- Segenggam ikan bilis
- 4 sdb cili giling/cili boh( nak pedas ltk la byk skit)
- *3/4 biji cili padi
- *6 ulas bawang merah
- *3 ulas bawang putih
- 1/4 cawan santan
- 1/2 cawan air
- 1 keping asam keping
- sedikit gula dan garam
- Minyak
Cara-cara :-
- Kukuskan nasi tadi bersama santan+sedikit garam. Gaulkan sampai sebati.
- Kemudian letakkan bawang merah dan halia yang telah dipotong mayang tadi.
- Kukus la nasi itu seketika. Supaya semua bahan yang digaul tadi terasa aroma nyer
Untuk Sambal :-
- Tumbuk semua bahan yang bertanda* sampai lumat( nak blend pun blh) Tapi sedap ditumbuk lagi..tradisional gitu.
- Goreng ikan bilis tadi sampai garing sikit.
- Panaskan minyak untuk menumis. Dalam 3 4 sdb gitu laa..
- Masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi. Goreng la sampai naik bau dan bawang tu nampak masak.
- Selepas itu, masukkan cili boh tadi. Goreng lagi..sampai naik minyak.
- Kemudian letakkan santan dan asam keping. Masak seketika sehingga nampak mendidih.
- Lepas itu, letakkan la sedikit air, gula dan garam secukup rasa.
- Masak la lagi sehingga naik minyak..
- Boleh la dihidangkan dengan nasi lemak.
No comments:
Post a Comment