Wednesday, April 15, 2009

Tang Yuan (Glutinous Rice Ball Dessert)

Ni la rupe Tang Yuan ku..hehe..kuih ni lebih kurang onde-onde dan butir nangka je..Cume kuah nyer tu je..lain..Kuahnyer air syrup..Pe2 pun..yummy~! Cuma manis la kit..sesapa yg x suke manis sgt tu..leh la kurang kan gula...Thanks to shen @ myresipi.com for the resipi ya~!;D

Bahan-bahan :-
300g Tepung pulut
1/2 cup air panas
1 cup air suhu bilik
Inti - ikut selera masing2. Cth: kacang merah, gula melaka, kacang tanah dll.Untuk air syrup: Air secukup nya, gula batu/gula melaka/gula pasir, daun pandan, secebis hirisan halia.

Cara-cara :-
1. Dengan sudu kayu, gaulkan tepung dengan 1/2 cup air panas sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan 1 cup air suhu bilik sedikit2 sambil gaul. Uli dengan tangan sehingga menjadi doh.
2. Uli sehingga doh tak melekat pada tangan. Tambahkan sedikit tepung jika masih melekit. Bahagikan kepada 3 bahagian untuk mewarnakan mengikut citarasa. saya menggunakan pandan paste, warna pink, dan satu bahagian biar warna asal. (sy guna 2 caler je..sbb..xda caler merah..)
3. Uli lagi sehingga warna pada doh sebati. Selepas itu bolehlah memulakan proses uli bebola dan masukkan inti. Buat hingga habis. Saya masukkan inti gula melaka.
4. Rebuskan bebola dalam air yg sedang mendidih. bila dah masak, bebola akan timbul dan terapung. Angkat dan pindahkan kedalam air sejuk (air minum) sebentar. Langkah ini adalah untuk menyejukkan dan supaya bebola tak terlalu masak (overcooked) dan tekstur bebola lebih kenyal dan sedap.
5. Untuk air syrup. Masukkan lebih kurang 1 liter air dan masak dengan gula batu atau gula melaka bersama sehiris halia dan daun pandan. Rasa manis mengikut suka. Saya suka syrup yg manis.. Hidang bebola bersama dengan air syrup yg telah sejuk. Lepastu silakan lah glurrrp...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...