Wahh..jadi jugak double choco doughnut ku..hehe..thank a lot to kak yani@myresipi.com Tapi yang lawaknyer..lepas fries it...asal donut ni tawar ya??Opsss!!ku lupe letak gula hahaha..Klakar betul..leh terlupa..Pastu..at tat time my bf da call..then told him..lupe letak gula..Pastu dia suggest suh celup coklat then letak choc rice...Lastly,dapat jugak ku cover donut ku tu hehe..Abis licin jugak huhuhu..Bangga jap~~! Thanks to my bf too..sbb bg idea hehe...
Bahan-bahan :-
1 biji telur
50g gula halus
4 sudu besar susu segar
80g tepung naik sendiri atau (80g tepung gandum + 1sk baking powder)
30g serbuk koko
50g coklat masakan(white chocolate or milk chocolate)
minyak secukupnya
kelapa kering secukupnya
Cara-cara :-
- Ayak tepung dan serbuk koko.
- Kemudian masukkan susu, telur dan gula ke dalam no.1 tadi. Kacau sehingga sebati.
- Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, ceduk adunan tadi dengan sudu kecil dan masukkan ke dalam minyak panas. (kalau nak senang guna 2 btg sudu - lebih kurang macam buat jemput2lah).
- Gorenglah sehingga masak.
- Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler. Bila coklat dah cair. Padamkan api. Masukkan donut yg dah siap digoreng tadi. Gaul sehingg a rata. Kemudian cover pulak dengan kelapa kering.
- Siap utk dihidang.
No comments:
Post a Comment