Saturday, April 25, 2009

Puding Gula Melaka

Puding ni mmg besh..tapi manis skit..next time kena kurang kan sirap gula melaka tu..huhu..mmg besh bila dimakan sejuk2 gitu..melegkan tekak di musim2 panas gini..Tapi sorry la comot skit pic ni nampak hehe..kes susah nak kuarkan puding dr acuan nyer...

Bahan-bahan:-
140ml sirap gula melaka
4 biji telur
360ml fresh milk/susu cair
butter
sirap gula melaka
*****************************
>>sirap gula melaka
- 150g gula melaka
- 200ml(1 cwn) air

Cara-cara:-
  1. Sediakan sirap gula melaka : Campurkan gula melaka dengan 200ml air. Masak sehingga gula melaka cair. Sejuk dan ketepikan.
  2. Panaskan susu dengan api kecil sehingga suhu badan manusia. Kemudian padamkan api. Masukkan sirap gula melaka dan kacau.
  3. Dalam mangkuk lain pukul telur dengan perlahan. Jangan sampai berbuih.
  4. Tapis campuran susu tadi dan masukkan ke dalam telur. Kacau biar sebati
  5. Sapukan cup puding dengan butter. Lepastu isikan campuran ke dalam cup puding. Susunkan ke atas dulang oven. Masukkan air suam ke dalam dulang oven (double-boiler)
  6. Masukkan ke dalam oven. Bakar dengan suhu 160C selama 30~35 minit.
  7. Keluarkan dari oven dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah simpan dalam peti sejuk.
  8. Tuangkan sedikit sirap gula melaka ke atas puding bila nak makan.
Note :- Da versi pakai gelas cam kak yani nyer..huhu..seb bek x pecah gelas mama ku ni hehe..tawakal je masukkan lam oven huhu...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...