Ni resipi yang aku try2 sendiri bikin huhu..sedap jgk uh~ hehe..Aku namakan ni ayam nipnip..sbb aku pun x tau nak letak pe nama resipi ni..Yang ni je yg terlintas kat otak ni..hehe..Tadi uat..mmg berbaloi laa..adik2 aku suka bangat huhu..sampai tambah nasi 2x sorg huhu...Sedap la tu...hehe...
Bahan-bahan :-
2 keping dada or mana2 bahagian ayam (potong kecik2)
*1 ulas bawang putih
*3 ulas bawang merah
*1/2 inchi halia
3 sdb sos tomato
3 sdb sos cili
11/2 sdb kicap manis
11/2 sdb cili boh
1 ulas bawang besar/bawang bombay (dimayang)
2 biji tomato (potong 6)
3 biji cili padi (klu nak pedas blh ltk byk lg)
2 biji lada besar (potong serong2)
1 cawan air
1 cawan tepung jagung
2 sdb Minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :-
Untuk ayam :-
1. Panaskan minyak untuk menggoreng ayam.
2. Gaulkan ayam dengan garam dan perap sekejap.
3. Kemudian celupkan ayam tadi ke dalam tepung jagung dan goreng sampai nampak kekuningan atau nampak garing dah sikit.
Untuk kuah :-
1. Mula2 tumbuk semua bahan yang bertanda * sampai lumat.
2. Panaskan minyak. Lepas itu, masukkan semua bahan yang bertanda *.Goreng sampai nampak garing sedikit dan naik bau.
3. Kemudian, masukkan cili boh. Masak seketika.
4. Selepas itu, masukkan sos tomato,sos cili dan kicap manis.
5. Setelah semua dah sebati masukkan air,garam dan gula secukup rasa.Masak sekejap.
6. Apabila nampak dah mendidih ( ikut suke klu nak kuah banyak jgn keringkan sgt ) masukkan tomato,cili padi,lada besar dan bawang besar.
7. Last sekali boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng bersalut tepung jagung tadi.
8. Boleh dihidangkan dengan nasi putih yg panas.
No comments:
Post a Comment