Wednesday, March 31, 2010

Udang Celup Tepung

Udang celup tepung ni idea dpt kes nak abiskan udang lam stok huhu..Not bad laa..sedap la dimulut ku tapi x tau la orang lain..huhu..Rasa dia sweet2 gitu..pastu..sedaplaa..xtau nak ckp mcm mana hehe..Yang penting laku dijual dlm umah ku huhu..Sume orang ngap2 nyer...

Bahan-bahan:-
10-15 ekor udang sederhana besar
21/2 sdb tepung gandum
2 sdb tepung jagung
11/2 sdb tepung beras
1 sdb madu
1 sdb susu pekat manis
1/2 sdb gula
Sedikit garam
Minyak utk menggoreng
Air

Cara-cara :-
  1. Bersihkan udang dan buang kepalanya. Toskan sekejap.
  2. Campurkan tepung gandum,tepung jagung, tepung beras,madu,susu pekat manis,gula, garam dan air. Kacau sehingga semuanya sebati.
  3. Pegang ekor udang dan celupkan udang tadi ke dalam adunan yg telah dicampurkan semua bahan itu.
  4. Gorengkan sehingga nampak kekuningan dan masak.
  5. Angkat dan toskan...dan boleh dihidangkan begitu saja atau ngn sos cili.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...