Ni 1st time uat...mmg btl2 kaww...laaa...huhu..Xsangka la sedap gilerr...Tapi satu je... Kena kurangkan manis..Macam manis sgt je..huhu..Pe2 pun..mmg besh..kejap je licin..Thanks kat mama kastam tioman @MR
Bahan-bahan ( 4 orang makan )
- 2 1/2 cawan tepong gandum
- 250 gm kurma
- 2 sudu makan susu pekat manis
- 1/2 sudu kecil soda bicabanate
- 1 1/2 sudu kecil garam
- 2 cawan air
- Minyak masak secukupnya untuk mengoreng
Cara-cara
- Kurma dihiris halus secara memanjang.
- Satukan semua bahan. Semasa mengaul, tekan2kan senduk pada hirisan kurma supaya ianya agak sebati dengan adunan tepong.
- Tak perlu terlalu hancur. Biar sebahagian hirisan kurma masih nampak.
- Panaskan minyak didalam kuali. Bolihlah digoreng seperti membuat jemput-jemput biasa.
- Makanlah bila dah agak suam-suam gitu..dah sejuk pun masih lagi lembut.
No comments:
Post a Comment