Delay ni..hehe..baru nak tulis resipi..jangan mare iyeaa..huhu...2 3 arini krg sehat skit..tu x masuk sini nak complete kan sume ini...xpe..arini..kite tulis ini resipi..gege~!
Bahan-bahan:-
1/2 ekor ayam
3 ulas bawang merah besar(blend)
2 ulas bawang putih(blend)
10 sdb cili kering(blend)
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Minyak
Air
Utk ayam:-
2 ulas bawang putih (blend)
1 sdb serbuk kunyit
Sedikit garam
Cara-cara:-
- Perapkan ayam dgn bawang putih,serbuk kunyit dan garam dalam 10-15minit.
- Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.Toskan
- Panaskan minyak. Masukkan bawang merah dan putih.Tumis sehingga masak.
- Masukkan pula cili kering,air,asam keping dan garam dan gula secukup rasa.
- Tumis sehingga pecah minyak dan boleh masukkan ayam tadi.
- Gaul sehingga sebati dan dihidangkan.
No comments:
Post a Comment