Wednesday, March 31, 2010

Nasi Lemak Ayam Berempah

Nasi lemak utk bekfast aritu..Mmg lemak laa..huhu..gemuk la adeh..Erm..Ni lagi sedap klu kukus da dimakan dgn ayam berempah fuhhh~!Ngancam gituw~...huhu..Tapi nasi ni..terlupa beli timun..hehe..balik umah baru perasan yang lupe beli timun..pe2 pun..jalan jelaa..walau xda timun pun...Resipi ni amik dari koleksi buku resipi mama ku juga huhu..

Bahan-bahan :-
500 gm beras panjang
1 helai daun pandan
2 sm halia ( ditumbuk perah airnya)
1/2 cwn santan pekat
1 cwn santan cair
5 ulas bawang merah(dimayang)
Secubit garam

Sambal ikan bilis:-
11/2 cwn ikan bilis ( rendam dgn air sekejap)
10 sdb cili kering(blend)
2 sdb cili boh
3 ulas bawang merah besar
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak

Cara-cara:-
  1. Rendam beras selama 8jam.( i x rendam selama ni pun juz 1-2jam gitu je..)
  2. Kukuslah dengan kukusan selama 40minit.
  3. Perah santan.Masukkan air halia.
  4. Apabila nasi masak gaulkan bersama santan dan air halia.
  5. Kukuskan semula.Letakkan daun pandan dan bawang.
Sambal ikan bilis :-
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah yang diblend tadi sehingga kekuningan.
  2. Masukkan cili kering dan cili boh. Masaklah sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air,air asam jawa dan garam dan gula secukup rasa
  4. Dlm kuali lain gorengkan ikan bilis sekejap.
  5. Masukkan ikan bilis tadi ke dalam kuah tadi dan gaul sebati.
  6. Tunggu sehingga pecah minyak dan boleh diangkat.
Note:- Semasa mengukus nasi alaskan dengan kain jarang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...