Wednesday, March 31, 2010

Hati Masak Berempah

Ni resipi mcm kat kedai makan yg slu aku beli...So aper lagi ni mama aku ngn aku nyer projek laa..Konon2 nak uat cam our fav menu ni..hehe..Tapi jadi jugak laa..Rasanya dah lebih kurang sama dah...Bangga sat hehehe...Dah nak sama..rasanya..Takla susah sangat nak buat...Senang je rupanya...

Bahan-bahan:-
10 ketul hati ayam
2 ulas bawang putih(diblend)
4 ulas bawang merah(diblend)
2 sdb serbuk kari ayam/daging
2 batang serai ( diketuk2)
1 sdb kicap manis
3 sdb cili boh/cili kering yg diblend
2-3sdb santan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak
Sedikit air

Cara-cara :-
  1. Panaskan minyak. Gorengkan dulu hati ayam itu sehingga masak( tak da la garing sangat)
  2. Ambil sedikit minyak dari goreng hati tadi.Tumiskan bawang putih dan merah sehingga naik minyak.
  3. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dicampurkan dgn sedikit air.Tumiskan sehingga naik minyak lagi sekali.
  4. Masukkan cili boh(klu nak pedas blh mskkan byk skit)
  5. Masukkan hati ayam yg telah digoreng tadi.Gaul sebati.
  6. Masukkan pula kicap manis,serai dan sedikit santan(lbh krg 2-3 sdb camtu) Gaul rata.
  7. Akhir sekali,masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak la sehingga naik minyak.
    (janganla..sampai kering sangat nanti x sedap pulak..)
  8. Boleh la dihidangkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...