Monday, September 28, 2009

Milky Marble Cake

Milky marble cake ni dah lama uat..dah lupe date nyer..x set kat camera huhu..Amacam kak hana??okay x marble kite tu??hehe...cam x marble je..jadi belang2 ek...hehehe..x pass kan cikgu??huihui...kena uat lagi ni...Kak..nak copy n paste ni...( dah minta kebenaran ni..) :P

KEK MARBLE SUSU
Sumber : Chef Norzailina Nordin

Bahan-bahan
  • 250gm butter, Rinn guna majerin
  • 230gm gula caster, Rinn kurangkan kepada 200gm
  • 2 camca teh ovalette
  • 4 biji telur
  • 270gm superfine flour
  • 1 camca teh baking powder
  • 60gm susu pekat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1 camca teh chocolate emulco
Cara-cara
  1. Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
  2. Putar majerin, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memutar adunan.
  4. Kaupbalikkan tepung menggunakan spatula.
  5. Masukkan susu pekat dan putar sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiar begitu sahaja,satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar.
  7. Alas loyang bulat 22cm dengan kertas minyak.
  8. Sudukan sesenduk adunan tanpa koko ke tengah loyang. Dikuti dengan adunan koko, silih berganti antara dua adunan sehingga habis.
  9. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min - 50min atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi tester.

3 comments:

syazwaniadnan said...

alaaa comel nye belang2 dia tuu =)

Ideal Kitchen said...

Comei ek??hehe..x jd marble tu..jadi belang2...cam zebra lak kek tu wani..

hana said...

nih dj ok sesangat dh neh ngalahkan cikgu!! ehehehe... cantek cantekkk!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...