Wednesday, September 30, 2009

Emotions Cookies

Cute tak??mmg cute pun kan...Sume org suke..lagi2 budak2...Rmi org ckp..cute nyerrr..biskut ni..Pastu bila makan...rasanyer sedap lak...sampai i punyer sedara...mintak satu bekas utk dia sorg hehehe...sedap katanya...

Bahan-bahan :-
200 gm mentega
50 gm majerin
90 gm gula halus
1 sdt pewarna hijau
1 sdt esen vanilla
280 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung

Bahan hiasan : Coklat filling & rainbow chips

Cara-cara :-
  1. Pukul mentega bersama majerin dan gula halus hingga kembang.
  2. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla,pukul seminit sehingga ia sebati.
  3. Masukkan tepung gandum bersama tepung jagung, kacau hingga sebati.
  4. Paipkan adunan berbentuk gelang ke atas dulang pembakar. Buat sehingga habis dan hiaskan dengan rainbow chips ( utk mata )
  5. Bakar pasa suhu 180 c 15-20 minit. Biar ia sejuk.
  6. Paipkan pula coklat filling ke atas biskut tadi (emotions) ikut suke.. nak hias macam mana.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...