
Bahan-bahan:-
4 sdb sos tomato
2 sdb sos cili
1/4 sdt sos tiram
2 sdt kicap
4 sdb air
*2 ketul dada ayam
*2 biji tomato
*2 keping nenas
*3 ulas bawang merah besar
3 biji telur
sedikit garam
Minyak
Cara-cara :-
1. Campurkan telur dan sedikit garam. Kemudian kacau sampai sebati(xyah pukul kuat2 kacau2 je..)
2. Panaskan kuali..dan lenserkan sedikit minyak pada kuali.
3. Tuangkan telur ke dlm kuali dan buat la mcm nak buat lempeng tu..
4. Apabila dah masak angkat dan ketepikan.
5. Potong dadu bahan2 yang bertanda *.
6. Panaskan minyak. Masukkan ayam dan goreng sampai nampak garing sedikit.
7. Selepas itu masukkan bawang dan masak la sampai layu.
8. Kemudian masukkan sos tiram,sos tomato,sos cili,kicap dan air.
9. Kacau semua sampai sebati dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
10. Akhir sekali boleh la masukkan tomato dan nenas.
11. Apabila semuanya telah masak boleh la diletak didalam telur tadi untuk dibungkus.
12. Boleh la dihidangkan.
No comments:
Post a Comment