Showing posts with label Bihun. Show all posts
Showing posts with label Bihun. Show all posts

Tuesday, December 2, 2014

Mihun Goreng Simple&Spicy


Selamat petang semua...Wahhh..so so lama x on blog huhu..Okla..kali ni..Elyne post la skit entry utk permulaan..setelah sekian lama menyepi...Ni tadi..pagi punyer menu..Alahaiii...pepagi masak mihun ni...untuk husband Elyne bawa bentou ke office...Dia keje shifted..so nak tak nak..kena masak laa... jage perut suami..Baru suami sayang kita banyak kan huhu..

Okla..disebabkan hushband Elyne jenis timing keje x sama ngan orang..Pepagi lagi..dah kena bangun..Tadi pagi dia keje pukul 6am..so kul 4.30am dah kena bangun la..nak masak..huhu..pukul 5am hushband Elyne dah kena gerak ke office..Pepagi ni masak..susah gak kekadang..sebab pe..lidah macam xda rasa gitu..Tapi ku gagahkan diri juga untuk en.suami bentou..Menu utk breakfast hari ini..Mihun goreng simple&spicy...tu yg terlintas pagi tadi..



Bahan-bahan:-
1 keping dada ayam (potong empat segi kecik2)
1 keping Mihun siam (blh je guna ape2 jenis mihun)
2 biji bawang putih
1 biji bawang merah bombay
1 biji cili padi
2sdb  cili kering (yg telah dikisar)
2sdb kicap manis
2sdb kicap masin
1sdb sos ikan
1sdb sos cili
2sdb minyak masak
Sedikit kiub ayam
Garam dan gula secukup rasa
Sayur-sayuran yg digemari..
Dan sedikit keropok

Cara-cara:-
1. Tumbuk bawang putih,merah dan cili padi tadi..dan letakkan sedikit garam.
2. Potong ayam kecik2 macam petak gitu...then bersihkan..
3. Panaskan minyak, masukkan bahan2 yg ditumbuk tadi..masak sampai naik wangi.
4. Masukkan cili kering..kacau2..sampai naik minyak.Masukkan ayam tadi. Masak seketika. Barulah masukkan air.
5. Mihun yang telah direndam dalam air sekejap utk dilembutkan.Toskan dan masukkan dalam bahan2 tadi.Kacau sampai sebati.
6. Lepas itu masukkan sayur2 dan perasakan mihun tadi dengan kicap manis,kicap masin,sos ikan,sos cili dan kiub ayam.
7. Perasakan semua secukup rasa dan kacau sampai sebati..Untuk lembutkan mihun..Tudung kan mihun sekejap dengan tudung periuk...Lepas tu buka dan gaul sebati dan boleh dihidangkan.


Elyne..buat untuk dua orang makan je tau...mihun siam biasa dia da empat keping kan..Amik sekeping je.untuk dua orang makan..Kalau ramai double triple kan resipi...Resipi ni..buat la sesedap rasa...klu rasa nak tambah kicap lagi ke..sos lagi ke..xda masalah..letak je..sbb kita je nak makan kan^^ janji sodapp...

Okla...Elyne pun..dah penat ni seharian rasa x berhenti buat keje..Pagi tadi siapkan kek..DFCC kek..masak la..kemas umah laa..banyak lagi nak settle barang2 dalam rumah ni..Yela..baru pindah ke sini kan..barang2 Elyne pun x habis kemas lagi...nti Elyne share lagi k..^^

Wednesday, March 31, 2010

Bihun Goreng Kampung

Ni resipi yang paling simple utk sapa2 yang nak cepat and malas hehe...(macam aku ni..) kekeke..mmg senang giler laaa...campak2 je...

Bahan-bahan:-
1/2 paket bihun
1 keping dada ayam( potong dadu)
1 ulas bawang merah besar(ditumbuk)
2 ulas bawang putih(ditumbuk)
10 sdb cili kering (blend)
Garam dan gula secukup rasa.
Kobis,carrot,tomato n timun.
Minyak
Air

Cara-cara:-
  1. Rendamkan bihun dengan air sehingga lembut.
  2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga kekuningan.
  3. Masukkan cili kering dan kacau sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Boleh la masukkan ayam dan kacau sebati seketika.
  6. Masukkan air dan sayuran tadi.
  7. Akhir sekali masukkan bihun dan kacau la sehingga sebati dan sekata.
  8. Boleh dihidangkan.

Mihun Rebus Ala Kampung

Resipi ni mmg sesuai la utk org demam and sakit cam yg Kak Nor@MR ckp..Mmg betul laaa...Lagipun mmg gud for our health jugak..Lagi satu..sesuai la jgk utk sapa2 tgh diet tu.. Pe2 pun thanks kat Kak Nor ats resipi yg besh ni...

Saturday, October 31, 2009

Thursday, July 30, 2009

Easy Bihun Sup

Mmg sng je nak uat...sapa2 je blh uat..pe org kta..kacang jeee...hehe...campak2 kan..mmg sng la uh~ Resipi later ek...

Bahan-bahan :-
1/2 paket bihun
2 ketul dada ayam ( potong dadu n nipis2)
2 ulas bawang putih ( ditumbuk lumat)
1/2 inchi halia ( ditumbuk )
1 biji lada besar merah
Kobis
Sedikit garam
Minyak
Air

Cara-cara :-
  1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih.
  2. Kemudian masukkan ayam dan halia. Masak seketika.
  3. Letakkan air ( ikut suke..nak kuah byk..ltk byk skit..)
  4. Masukkan lada besar merah yang dipotong serong,kobis dan garam secukup rasa.
  5. Letakkan sedikit bihun dalam mangkuk dan curahkan kuah tadi ke atas bihun.
  6. Boleh la dihidangkan dengan bawang goreng,white pepper,limau nipis dan daun sup&bawang (optional)

Wednesday, July 15, 2009

Bihun Kuah Kicap

Mmg senang je uat bihun ni..and sedap dimakan..Bahan2 pun senang je nak cari and kemungkinan sudah ada di dapur masing2 hehe..Perah asam limau nipis fuhh~~ lagi ngancam laa..

Bahan-bahan :-
300 gm ayam ( ikut suke part mana nak amik n potong la kecik2)
1 paket bihun
3 ulas bawang putih( ketuk2 je..)
15 sdb kicap manis
2 sdb sos tiram
10 cwn air
Garam dan gula secukup rasa
Sayuran kobis, carrot n etc
Bawang goreng
Daun saderi and sup
Lada besar merah

Cara-cara:-
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan sos tiram.
  2. Kemudian masukkan ayam dan masak sehinga ayam itu separuh masak.
  3. Masukkan air dan diikuti dengan kicap manis ( ni depend jugak nak masukkan byk or krg blh je..)
  4. Tunggu sehinga mendidih dan masukkan la sayuran kobis n carrot n etc.
  5. Celurkan bihun ke dalam air panas.
  6. Hidangkan bihun dan curahkan kuah tadi ke atas bihun.
  7. Hiaskan dengan bawang goreng,daun saderi n sup dan lada besar merah.
Note : Nak sedap lagi..perahkan asam limau nipis..:P

Tuesday, June 23, 2009

Bihun Goreng Kicap Ideal

Bihun ni uat petang aritu..Lupe la ari ape hehe..Tapi mmg simple laa...sng sgt nak uat nyer..n sedap hehe..Ni mama i selalu uat..Yela kadang2 dia suke makan letak kicap je..Mama ckp letak sos tomato and sos cili banyak2 x sedap nanti cepat muak kata mama laa...So dah tau la buat bihun mama ku ini...

Bahan-bahan :-
1/2 paket bihun
2 ekor sotong besar
4 ulas bawang merah ( ditumbuk )
6 ulas bawang puth ( ditumbuk )
1 sdb sos tiram
+-10 sdb kicap manis
2 biji lada besar merah
Air
Garam dan gula secukup rasa
Sayur kangkung,kobis and..
Minyak

Cara-cara :-
1. Rendamkan bihun sehingga lembut.
2. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan pula bawang merah dan goreng la sehingga bawang itu nampak kekuningan.
4. Masukkan sos tiram dan diikuti dengan sotong. Masak sekejap.
5. Lepas itu masukkan pula kicap dan sedikit air. Tunggu sehingga mendidih.
6. Boleh la masukkan garam dan gula,lada besar dan sayuran. Kacau sebentar.
7. Last masukkan bihun dan goreng la sehingga semuanya sebati dan letakkan la sedikit kicap ke atas bihun yang digoreng itu ( agak2 je..sehingga semua bihun tu kena kicap dan sekata)
8. Boleh la dimakan dengan bawang goreng, cili padi,tomato dan juga daun saderi dan bawang.
( i x letak daun bawang dan saderi stok abis;P )

Tuesday, June 9, 2009

Bihun Goreng Ideal

Bihun goreng ni..uat bekfast tat day..Lambat upload this resipi kes malas nak type hehe..Xpe at least i letak jgk kan huhu..Mmg yummiez laaa..mmg laku jgk hehe..Berbaloi ku memasaknyer..Skrg mama x yah sgt dha uat keje dapo..sbb aku yg boikot dah satu dapo tu hehe...

Bahan-bahan :-
1 paket bihun
300 gm ayam ( potong kecik2 )
15 ekor udang serderhana besar
2 ulas bawang merah besar ( ditumbuk )
2 biji lada besar merah ( blend )
1 sdb cili boh
1 sdb sos tiram
6 sdb sos tomato
6 sdb sos cili
4 sdb kicap
4 sdb minyak
Garam dan gula
Sayuran
Air
Bawang goreng
Daun bawang dan saderi

Cara-cara :-
1. Rendamkan bihun dgn air sehingga lembut.
2. Panaskan minyak. Kemudian masukkan bawang merah. Goreng sehingga bawang itu nampak kekuningan.
3. Masukkan pula cili boh dan lada besar merah. Masak sehingga naik minyak.
4. Selepas itu masukkan sedikit garam dan gula,ayam dan udang.Masak sekejap.
5. Kemudian boleh masukkan sos tiram,1 sdb sos tomato, 1sdb sos cili dan 2sdb kicap.Goreng la sehingga semuanya sebati dan masukkan air( depend pd bihun da setgh pakai air byk dan da skit).
6. Selepas perasakan skali lagi masukkan garam dan gula secukup rasa dan sayuran.
7. Toskan air bihun tadi dan masukkan ke dalam kuali. Gaulkan sehingga semuanya sebati.
8. Semasa menggoreng bihun itu masukkan 2 sdb kicap,5 sdb sos cili dan 5 sdb sos tomato. Goreng sehingga semuanya sebati..( jika bihun ini sedikit tawar dan krg rasa blh la masukkan garam dan gula secukup rasa lagi)
9. Boleh la dihidangkan dan dihias dgn daun bawang&saderi,bawang goreng,lada besar dan asam limau nipis.

Saturday, April 25, 2009

Bihun Singapore

Lastly dapat jugak uat bihun singapore ni huhu..B4 this x tau lak da bihun masak camni. Dapat tau kes p anta adik masuk hostel aritu..pastu school dia..bagi kite menjamu selera bihun ni.. try search kat internet..pastu da bihun ni hehe..Pe2 pun tq kat sofinar@myresipi.com Tapi kena kurangkan blackpepper...sbb rasa blackpepper kuat sgt gege~~!

Bahan-bahan:-
  • 1 bungkus bihun - direndam dulu
  • 300g daging - dipotong kecil2
  • 3-4 keping fish cake
  • sayuran campur - carrot, jangung dan kacang pis
  • 3 sudu makan cuka
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan lada hitam / lada putih
  • 2 biji tomato - potong nipis jika suka
  • garam dan gula secukupnya
  • cili api- potong nipis + kicap sebagai sos

Cara-cara:-
  1. lada hitam ditumbuk halus bersama dengan bawang putih
  2. panaskan minyak, goreng daging hingga lembut, bubuh air jika masih liat
  3. masukkan fish cake, dan goreng lagi. Kemudian masukkan lada dan bawng putih, goreng hingga naik bau, boleh di tambah sedikit air untuk melembutkan bihun nanti. Kemudian masukkan cuka
  4. Kemudian masukkan pula sayuran campur tadi, gaul sekejap. Masukkan gula dan garam
  5. Masukkan bihun, gaulkan hingga bihun masak
  6. Apabila bihun masak, tabur tomato, gaul sekejap dan tutup api. Saya tak bubuh tomato sebab anak dan hb tak suka
  7. Sedia dihidang bersama sos kicap (sambal kicap)
Note : Sy letak daging ayam,tauhu yg dah digoreng(potong nipis) dan bunga kobis da rasa manis2 la skit sbb da bunga kobis ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...