Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Thursday, June 4, 2009

Mee Curry

Dah lama tau x makan mee curry ni. Lastly dpt jugak buatnyer hehe..yahoooo!! My fav lol..nyum2 hehe..Mmg sedap lol..Tapi x leh pedas giler..My mum's mare oh~ sbb nanti aku gastrik hehe..Xpela..janji da rasa pedas jugak kan..lalala...

Bahan-bahan :-
1 paket mee kuning
2 keping dada ayam ( potong nipis2 )
200 gm daging lembu ( potong nipis2 )
1 paket fishball
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 paket seruk kari
11/2 cawan air
Sayuran,kobis dan nenas
Daun bawang dan saderi
1 biji cili merah besar
4 biji telur rebus
Bawang goreng


Cara-cara :-
1. Tumiskan bawang putih dan merah sehingga kekuningan.
2. Masukkan fishball dan gorengla sehingga fishball tu garing sedikit.
3. Masukkan la serbuk kari yang yg telah dikacau dengan 2 sdb air.
4. Masak la sehingga naik minyak.
5. Selepas itu masukkan ayam dan daging dan sedikit garam masak seketika.
6. Masukkan pula air dan tunggu sehingga mendidih. Lepas itu boleh la masukkan pula garam dan gula secukup rasa. 
7. Last sekali boleh la masukkan sayuran dan kobis yang telah dipotong.
8. Celupkan mee tadi ke dalam air panas sekejap.
9. Letakkan mee dan curahkan kuah kari ke atas mee.
10. Boleh la dihidangkan dengan telur rebus,bawang goreng,cili besar dan daun saderi dan bawang.

Wednesday, May 27, 2009

Mee Goreng Kicap

Ni la rupe homemade mee tadi yang telah siap digoreng hehe..Nyum2..Besh sendiri bikin mee ni kan..Pastu sendiri masak huhu..Mee goreng kicap ni very simple..Boleh la sapa yang slu rush time tu huhu..

Bahan-bahan :-
1 kg mee kuning
2 keping dada ayam ( potong dadu)
3 ulas bawang putih ( ketuk2 je )
2 sdb cili boh/cili kering blend
5-6 sdb besar kicap manis cap kipas udang@apa2 jenis kicap
2 sdb minyak
Sayuran (depend)
Air
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :-
1. Basuh mee kuning itu dulu dan toskan.
2. Panaskan minyak.Masukkan bawang putih dan goreng sehingga naik bau.
3. Lepas itu masukkan pulak cii boh/cili kering. Goreng sekejap sehingga naik minyak.
4. Masukkan pula ayam tadi. Biarkan seketika.
5. Masukkan kicap ( sy letak byk lebih dr5-6sdb) garam dan gula secukup rasa.
6. Kemudian masukkan mee tadi. Goreng sekejap dan last sekali masukkan sayur.
7. Boleh la dihidangkan.

Homemade Mee Kuning

Tak sangka jadi jgk mee aku ni..even pakai tgn uat gege~~! Since tat day lagi..geram nak uat..lantak la pakai tgn pun tgn laa..Lenguh2 abis jari nn pedih2 mata duk ngadap nak uat mee ni..Leceh la skit nak uat sbb xda pasta maker.Next time kena beli machine n dlu baru bikin mee sendiri. Xlarat dah ku nak uli and uat garis2 one by one huhu..Sakit bdn abis hehe..mee mee..Neway thanks la kat tuntung15@myresipi.com share this resipi.Mmg mee ni gud for health also xda bahan awet kan:P mmg selamat dan terjamin halal.

Bahan-bahan :-
  • 500gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Air (sukatan lihat dibawah cara-cara ye)
  • Sedikit kunyit serbuk
Cara-cara :-
  1. Masukkan tepung gandum kedalam pasta mixer.
  2. P9070090
    Masukkan adunan cecair (1 biji telur + serbuk kunyit + air = 220ml). 'On' kan mesin.
  3. P9070093
    Nah! sekarang mee kuning dah keluar.
  4. P9070094
    Rebus mee kuning dalam air mendidih selama 2-3 minit. Jangan rebus lama nanti mee akan kembang.
  5. P9070095
    Tapiskan mee kuning dan cuci dengan air paip.
    P9070091
  6. Gaul mee dengan sedikit minyak untuk mengelakkan mee melekat.
  7. Itu jer la caranyer. Mee ni tidak bergaram. Jadi pandai-pandai lah adjust garam masa memasak nanti.
Note : i uat pakai tangan je full by hand xda machine2 pun jadi.. Sapa2 yg xda pasta maker leh jgk nak pakai tangan uat mee ni..Cume leceh la skit..Kalau rajin blh try;P

Wednesday, February 13, 2008

Mee Gandum

Mee gandum ni asalnyer dr chinese food. Tat day i pegi umah atuk sedara and dia uat mee gandum ni. Dia ckp menantu dia ajar.Yela menantu dia pure chinese masuk islam kan. So minta la resipi ngn dia..Mmg sedap laa..and sesuai utk diet;D

BAHAN-BAHAN :-
  • 3-4 ulas bawang putih( ketukkan aja)
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn air( bergantung pada doh)
  • 1 cwn ikan bilis besar
  • 2 batang sawi besar
  • sedikit garam
  • kicap cair

CARA-CARA :-
1. Gaulkan tepung gandum tadi bersama air( masukkan sedikit2) sehingga terbentuknya doh dan tidak melekat dijari.(air yang digunakan bergantung pada doh).Rehatkan seketika dlm 10-15minit gitula..
2. Ambil doh yang direhatkan tadi,buat bulat-bulat kecil.Masukkan dalam air.3. Tekan-tekan doh yang bulat-bulat itu sehingga leper dan nipis.4. Dalam bekas lain,masakkan air sehingga mendidih.Kemudian masukkan doh yang telah leper dan nipis itu sebentar.Kemudian terus angkat.Masukkan ke dalam air sejuk.(jangan lama-lama,nanti lembik sangat lak..)5. Rendamkan ikan bilis didalam air seketika(kasi ia lembut skit).
6. Manakala sawi itu dipatahkan-patahkan ajer guna tangan or nak hiris pun boleh.
7. Panaskan minyak,kemudian masukkan bawang putih yang telah diketuk tadi.Tumiskan bawang putih itu sehingga wangi.
8. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah direndam dalam air tadi.Kacau bersama bawang putih tadi sehingga ikan bilis itu nampak garing.
9. Selepas itu,masukkan air(ikut suka)klu suka kuah blh taruk lebih lg.Ni agak2 dalam 2 cwn air.
10. Garam secukup rasa.Tunggu sehingga kuah mendidih.
11.Last sekali boleh la masukkan sawi dan mee gandum(yg leper+nipis..tu la mee gandum) tadi.Masak seketika pastu boleh makan.

Note : Boleh dimakan bersama kicap cair+skit cili api..Hot!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...