Showing posts with label Eggs. Show all posts
Showing posts with label Eggs. Show all posts

Thursday, June 11, 2009

Telur Dadar

Rupe telur dadar ku hehe..ngancam x??huihui...nampak gelap skit..sb tergaring skit keke..Kes duk leka uat keje len huhu..Tapi sedap lol..Kena letak bawang merah..byk2..n bawang putih pun kala blh banyak jgk..sbb atuk sedara ku ckp..untuk ubat penyakit darah tinggi,kencing manis n etc laa..so kena bykkan la letak bawang putih..Tu ckp dia la..Aku ikut je..:p

Bahan-bahan :-
3 biji telur
5 ulas bawang merah ( dimayang )
2 ulas bawang putih ( dimayang )
1 biji lada besar merah
Garam'
Minyak

Cara-cara :-
1. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan bawang merah,bawang putih dan sedikit garam.
2. Kacau la semua bahan itu sehingga sebati.
3. Panaskan minyak dan goreng la sehingga masak.

Saturday, June 6, 2009

Telur Bungkus

Ayaa!!boleh terlupa ni satu resipi nak upload hehehe..Patutnyer tat day upload sekali ngn resipi ikan singgang and sambal tomato..Patutlaaa da something missing je here hehe..rupe2 nyer resipi telur bungkus ni..Klakar laaa..boleh tertinggal..Takpe2...kite upload la kan...Ni kes tadi tgk2 pic resipi..in wondering dah upload lom ek this resipi..Then trus check my blog..mmg blom laa..hehe...

Bahan-bahan:-
4 sdb sos tomato
2 sdb sos cili
1/4 sdt sos tiram
2 sdt kicap
4 sdb air
*2 ketul dada ayam
*2 biji tomato
*2 keping nenas
*3 ulas bawang merah besar
3 biji telur
sedikit garam
Minyak

Cara-cara :-
1. Campurkan telur dan sedikit garam. Kemudian kacau sampai sebati(xyah pukul kuat2 kacau2 je..)
2. Panaskan kuali..dan lenserkan sedikit minyak pada kuali.
3. Tuangkan telur ke dlm kuali dan buat la mcm nak buat lempeng tu..
4. Apabila dah masak angkat dan ketepikan.
5. Potong dadu bahan2 yang bertanda *.
6. Panaskan minyak. Masukkan ayam dan goreng sampai nampak garing sedikit.
7. Selepas itu masukkan bawang dan masak la sampai layu.
8. Kemudian masukkan sos tiram,sos tomato,sos cili,kicap dan air.
9. Kacau semua sampai sebati dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
10. Akhir sekali boleh la masukkan tomato dan nenas.
11. Apabila semuanya telah masak boleh la diletak didalam telur tadi untuk dibungkus.
12. Boleh la dihidangkan.

Thursday, June 4, 2009

Telur Goreng Pedas

Dah lama x buat this resipi uh~ Its really easy to make it actually but banyak keje la skit hehe..Mana nak goreng telur tu lagi..nak rebusnyer lagi..hehe..Tapi x pe..janji sedap dimakan..dan yang penting rasanya lebih sedap dari kat kedai...

Bahan-bahan :-
6 biji telur ayam
3 ulas bawang merah besar ( blend )
10 sdb cili kering ( blend )
1 sdb sos tomato
1/2 cawan air
7 sdb minyak
1 biji bawang merah besar (dimayang )
1 biji tomato

Cara-cara :-
1. Rebus telur sehingga masak.
2. Goreng kan telur itu sehingga nampak garing sedikit dan kekuningan.
3. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar. Goreng sehingga kekuningan.
4. Masukkan pula cili kering,garam dan gula secukup rasa.Masak sehingga naik minyak.
5. Last sekali masukkan telur dan bawang merah besar yang dipotong mayang dan tomato.
6. Siap untuk dihidang dengan nasi putih and apa2 nasi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...