Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Monday, December 8, 2014

Nasi Tomato Dengan Ayam Masak Merah



Nasi tomato with ayam masak merah..Memang superb...Gabungan yang cukup sedap dan mengancam..Hehehe...Tapi sorry nasi x merah sangat sbb xda tomato puree...Elyne letak sos tomato je..nk merah banyak skit..ltk tomato lebih skit...Yela tengok ape yang ade di dapur je huhu..

Elyne tak berapa sehat actually today's..I cooked this Nasi tomato few days ago..Tapi Elyne x berkesempatan nak upload terus..Banyak keje lagi nak settle..and yesterday Elyne da attend Cake classes..and i have to bake cake..So x sempat la nak tayang ni as fast as possible..But today's Elyne curi sikit masa utk share it..Elyne rasa u olls should try this..Memang sedap^_^


Elyne rasa..kes kena hujan tadi kot..nak payungkan my hushband to his car..Hujan lebat sangat siang tadi..Petang ni baru terasa kepala sakit sangat..and hidung dah tersumbat rasa..Arghhh..i hate it! Tapi what can i do...dah tak sehat dah rasa badan ni..Tempat u olls lak camne??Sini asal petang je..Mesti hujan..alhamdulillah la kan..sejuk sikit...

Cuaca sekarang pun tak tentu..Ape2 hal..jage diri dan orang tersayang elok-elok. Sebab Elyne sendiri pun kekadang badan rasa nak demam pun ade..Letih pun ade..Tapi syukur juga la..Jerebu pun dan kurang sikit area sini..Hurmm..pe2 pun mana tempat yang terkena banjir tu...Hati-hati dan jage diri okay..Yela sekarang musim hujan je..yang pasti kesihatan kena jage dan juga keselamatan diri famili dan anak-anak..



Okayla..Elyne share this resipi..Nanti korang nak try..try la..tak susah pun..Senang je..Rajin-rajin kan la diri ke dapur^^ Hurmm..macam nak makan Island Steamboat lak huhu...ahaks! Island lak kan..Okay back to Nasi tomato resipi ya..^^


Bahan-bahan:-

Nasi Tomato
2 cawan beras
1 biji bunga lawang
1 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 ulas bawang merah(dimayang)
3 sdb sos tomato
2 helai daun pandan
1 sdb minyak masak
2 sdb majerin
1 sdb susu pekat manis
Sedikit garam utk perasakan
Sedikit kiub ayam

Ayam Masak Merah
4 ketul ayam(ikutla part mana suke)
1 sdb serbuk kunyit
Perasakan dengan garam

2 ulas bawang merah bombay(dikisar)
6 sdb cili kering yg telah dikisar
3 sdb minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
1 ulas bawang merah besar(dimayang)

Cara-cara:-
1. Bersihkan beras,toskan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan majerin.Tumis bunga lawang,buah pelaga,kulit kayu manis dan bawang sehingga naik bau dan bawang kekuningan.
3. Masukkan air,kiub garam,daun pandan,sos tomato dan susu pekat manis.(air tu agak2 ok..satu ruas jari saya ukur^^) Masakkan nasi sehingga masak
4. Ayam salutkan dengan garam dan kunyit. Perap sekejap dan goreng sehingga kekuningan dan ketepikan.
5. Masukan minyak goreng ayam tadi ke dalam kuali dan goreng bawang yg dikisar sehingga naik bau dan kekuningan.
6. Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar dan masak sehingga naik minyak. Perasakan dengan garam dan gula.
7. Apabila dah masak.Masukkan ayam yg digoreng tadi dan bawang yg dipotong mayang.
8. Sedia untuk dihidangkan..Hiaskan dengan cili dan daun bawang.

Selamat Mencuba!^_^

Thursday, December 4, 2014

Nasi Beriani Ayam

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Tengah bersarapan ke..?? ke tengah buat sarapan??Takpe la...janji bersarapan okay??^_^ Sarapan penting untuk kita...Yela..tak makan tak da tenaga la kan..camne nak buat keje..

Pagi-pagi camni..teringat lak..klu kat rumah mama..breakfast??Yela kat Kelantan..sarapan nyer heavy sikit..huhu..Pagi-pagi dah makan nasi..macam-macam nasi ade..Nasi berlauk ayam la..ikan laa..Nasi kerabu laa..Nasi dagang la...terliur lak..hehe..glurrpp...telan jela air liur sorang2 kat sini..xpe insyallah next week balik kampung..leh la makan-makan(makin gemukla..) adeiii...




Tapi timing makan sana..biasa Elyne sarapan..dalam 9am ke atas gitu..Yang en.hushband lak..jenis sarapan pepagi..Kekadang x tertelan..nak makan pepagi cam kul 7am gitu..Sebab pe memang dah terbiasa sarapan lewat..masa sekolah dulu pun...tak makan pagi..makan time rehat je kul 10.30am..

Okayla..sedap berceloteh pepagi kan..hehehe...Elyne ade buat Jemput2 bawang pagi tadi..tapi x snap pic lagi...takpela..jup2 lagi Elyne snap..nanti Elyne share sini k..Ni dua hari lepas punyer cerita.. Nasi Beriani Ayam..saje nak test resipi..Lama dah nak buat..tak terbuat-buat..Bile mood rerajin datang buat jela.


Ini resipi nyer..ni resipi sendiri-sendiri..sebab men campak je...^^ hehe..tapi campak-campak pun jadi..Nanti korang semua boleh la try...Kalau nak cuba la...^^

Bahan-bahan:-
300 gm beras
2 ketul daging ayam(ni ikut suke nak ltk part mana)
1 biji bunga lawang
4 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
1 ulas bawang besar bombay(potong mayang)
1 sdb majerin
1 sdb minyak masak
11/2 sdb rempah berini Meggi
1 ketul kiub ayam

Acar mentah:-
Kubis
Carrot
Jagung
Cuka
Garam dan gula secukup rasa

Sambal:-
2 biji tomato (potong dadu)
2 genggam cili padi (kisar)
2 ulas bawang besar merah (potong dadu)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

Cara-cara:-
1. Basuh beras sehingga bersih..Toskan ketepi..
2. Panaskan kuali..letakkan minyak dan majerin.Tumiskan bunga lawang,bunga cengkih,kulit kayu manis,buah pelaga sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang yang telah dimayang tadi.Kacau sehingga bawang nampak layu.
3. Masukkan rempah beriani yang telah dicampur sedikit air(jadikan pes). Masukkan sedikit air..dan kecilkan sedikit api..Tumis sehingga pecah minyak.(nak bagi rempah masak)
4. Letakkan sedikit garam..dan masukkan ayam tadi..tumis sekejap sehingga ayam nampak separuh masak.dan disaluti rempah tadi..(ni macam perap la jugak..kasi ayam rasa)
5. Masukkan pula beras dan air(ni anggar jela..lebih kurang seruas jari).Masak nasi+ayam cam biasa.
6. Sedia untuk dihidangkan



Bagi Elyne...nasi ni berkhasiat sikit..Yela ayam nyer macam rebus jugak la kan..pastu byk pakai rempah ratus..tak da la..berminyak..and my hushband pun suka...Elyne pekena dengan Acar mentah dan sambal je...acar pun buat dengan ape sayur yang ade je..sbb sayur x refill stock lagi..dah refill...cepat abis..huhu..sbb kiteorg mmg suke sayur..Setiap menu mesti ade sayur...

Okayla..hope korang enjoy it...dan Selamat mencuba okay~^_^


Wednesday, March 31, 2010

Nasi Lemak Ayam Berempah

Nasi lemak utk bekfast aritu..Mmg lemak laa..huhu..gemuk la adeh..Erm..Ni lagi sedap klu kukus da dimakan dgn ayam berempah fuhhh~!Ngancam gituw~...huhu..Tapi nasi ni..terlupa beli timun..hehe..balik umah baru perasan yang lupe beli timun..pe2 pun..jalan jelaa..walau xda timun pun...Resipi ni amik dari koleksi buku resipi mama ku juga huhu..

Bahan-bahan :-
500 gm beras panjang
1 helai daun pandan
2 sm halia ( ditumbuk perah airnya)
1/2 cwn santan pekat
1 cwn santan cair
5 ulas bawang merah(dimayang)
Secubit garam

Sambal ikan bilis:-
11/2 cwn ikan bilis ( rendam dgn air sekejap)
10 sdb cili kering(blend)
2 sdb cili boh
3 ulas bawang merah besar
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak

Cara-cara:-
  1. Rendam beras selama 8jam.( i x rendam selama ni pun juz 1-2jam gitu je..)
  2. Kukuslah dengan kukusan selama 40minit.
  3. Perah santan.Masukkan air halia.
  4. Apabila nasi masak gaulkan bersama santan dan air halia.
  5. Kukuskan semula.Letakkan daun pandan dan bawang.
Sambal ikan bilis :-
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah yang diblend tadi sehingga kekuningan.
  2. Masukkan cili kering dan cili boh. Masaklah sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air,air asam jawa dan garam dan gula secukup rasa
  4. Dlm kuali lain gorengkan ikan bilis sekejap.
  5. Masukkan ikan bilis tadi ke dalam kuah tadi dan gaul sebati.
  6. Tunggu sehingga pecah minyak dan boleh diangkat.
Note:- Semasa mengukus nasi alaskan dengan kain jarang.

Saturday, October 31, 2009

Wednesday, September 30, 2009

Lontong Goreng

Ini resipi lontong goreng dapat dr Kak fida@MR..1st time uat ni..hehe..sedap jugak huhu..Tapi men campak bahan2 yang da jela kat umah..lari skit la dari resipi sifu...huhu..Neway janji sodap okay la kan..tu penting..

Thursday, June 11, 2009

Nasi Goreng Ideal

Ni nasi goreng..slu bikin masa mama aku lam pantang..Yela masak sendiri maa..Independent girl jap laaa...kes x da org nak layan..Tu nenek aku ajar aku nyer..sampai skrg aku igt pe dia ajar laa.. Huhu..Mmg senang nak uat..makan ngn sambal n telur dadar mmg ngam laaa...:P

Bahan-bahan :-
1 ketul dada ayam or ape2 part pun blh
3 ulas bawang merah ( ditumbuk )
2 ulas bawang putih ( ditumbuk )
2 sdb cili boh
4 mangkuk nasi putih
Sayuran kobis,kacang panjang n etc ( optional )
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa ajinomoto ( optional )

Cara-cara :-
1. Panaskan minyak dan goreng kan ayam itu sehingga garing sedikit. Ketepikan
2. Ambil sedikit minyak goreng ayam tadi untuk menumis.
3. Masukkan pula bawang merah dan putih yang elah ditumbuk tadi dan goreng sampai naik bau.
4. Selepas itu masukkan cili boh,garam dan gula secukup rasa dan goreng sampai naik minyak.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sampai sebati.
6. Boleh la masukkan nasi putih tadi dan goreng la sehingga semuanya sebati.
7. Angkat dan hidangkan la dgn telur dadar n sambal( optional).

Note : i x letak serbuk perasa sbb x makan..Tapi resipi nenek i tu mmg dia letak..

Saturday, June 6, 2009

Nasi Kerabu

Ni nasi kerabu versi ideal huhu...Ni resipi my mum's punyer..Tgh praktis actually..nti kan kawin susah lak..asik men tunjuk je..x besh jgk kan..So..skrg ni da masa..blaja je dlu...Nanti esok2 senang dah kan. Pe2 pun nasi kerabu my mum's ni mmg umphhh~ ;P Try laa..jgn x try yaa....

Bahan-bahan :-
Nasi :-
3 cawan beras
3 cawan air ( masak mcm nasi biasa klu nak lembik lebihkan air klu nak keras skit kurangkan air)
1 sdt serbuk kunyit ( klu mahu da caler2)

Sambal Tumis :-
*6 ulas bawang merah besar
*1/2 inchi halia ( dimayang )
*11/2 cawan santan
*4 sdb cili boh
*10 biji cili kering
*Air ( agak2 jelaa..)
1 keping asam keping
1 batang serai ( diketuk2 )
Minyak

Sambal Ikan :-
7 ekor ikan selayang
210 gm kelapa parut goreng( i beli yg dah siap )
3 ulas bawang merah besar
20 biji lada hitam
1 sdt garam
11/2 sdb gula

Kerabu :-
Taugeh
Daun kesum
Pucuk pengaga
Kacang panjang
Timun

Optional :-
Ikan goreng celup tepung
Ayam goreng kunyit/celup tepung
Keropok
Telur masin
Solok lada
Budu
Sambal

Cara-cara :-
Nasi :-
1. Cuci beras dan masak la seperti memasak nasi cam biasa. Klu nak caler leh letak serbuk kunyit untuk da caler2.

Sambal Tumis :-
1. Blend semua bahan yang bertanda * sehingga lumat
2. Panaskan minyak dan masukkan la bahan2 yang telah diblend itu. ( minyak tu letak byk skit)
3. Selepas itu masukkan pula asam keping dan serai. Tumis bahan2 ini sehingga naik minyak.

Sambal Ikan :-
1. Bakarkan ikan sehingga masak
2. Asingkan ikan dengan tulang dan tumbuk la isi ikan sehingga lumat. Ketepikan sekejap
3. Selepas itu tumbuk semua bawang merah sehingga lumat
4. Kemudian masukkan lada hitam dan tumbuk lagi
5. Masukkan pula garam dan gula. Tumbuk sehingga semuanyer sebati dan nampak berair gitu.
6. Lepas itu boleh la masukkan isi ikan tadi dan tumbuk sehingga semuanya sebati dan lumat. Ketepikan.
7. Tumbuk kelapa parut kering tadi sehingga halus.
8. Campurkan isi ikan dengan kelapa parut goreng sehingga sebati.

Kerabu :-
1. Hiriskan semua sayur2 tadi

Cara makan :-
1. Ambil sikit2 semua sayur tadi,sambal ikan dan sambal tumis ke atas nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan2 lain untuk menambahkan lagi kesedapan nasi kerabu ini.
Note :- Sedap juga dimakan dengan budu dan perahan air asam limau nipis;P

Saturday, May 9, 2009

Nasi Lemak+Sambal Ikan Bilis

Haaa..ni nasi lemak aku masak untuk adik aku..uat lunch hehe..Sendiri bikin..Menjadi uh~ Adik cakap sedap hehe..Senyum2 la ku..yelaa..pe lg..bila org ckp sedap kan..Mesti suke nyer laaa..Nti leh uat lg laaa..gegege~~!Aku pakai nasi yg semalam nyer..sbb elok lagi..Yela pakai beras siam kan hehe..Nanti membazir lak..Lagipun Ok lagi..Beras tu lambat basi..Bagus la katakan hehe..

Bahan-bahan :-
  • 4 cawan nasi putih
  • 1 cawan santan ( jgn pekat sgt nti muak)
  • 1 ulas bawang merah ( dimayang)
  • sedikit halia ( dipotong panjang2 )
  • sedikit garam

Untuk Sambal :-
  • Segenggam ikan bilis
  • 4 sdb cili giling/cili boh( nak pedas ltk la byk skit)
  • *3/4 biji cili padi
  • *6 ulas bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • 1/4 cawan santan
  • 1/2 cawan air
  • 1 keping asam keping
  • sedikit gula dan garam
  • Minyak

Cara-cara :-

  1. Kukuskan nasi tadi bersama santan+sedikit garam. Gaulkan sampai sebati.
  2. Kemudian letakkan bawang merah dan halia yang telah dipotong mayang tadi.
  3. Kukus la nasi itu seketika. Supaya semua bahan yang digaul tadi terasa aroma nyer

Untuk Sambal :-
  1. Tumbuk semua bahan yang bertanda* sampai lumat( nak blend pun blh) Tapi sedap ditumbuk lagi..tradisional gitu.
  2. Goreng ikan bilis tadi sampai garing sikit.
  3. Panaskan minyak untuk menumis. Dalam 3 4 sdb gitu laa..
  4. Masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi. Goreng la sampai naik bau dan bawang tu nampak masak.
  5. Selepas itu, masukkan cili boh tadi. Goreng lagi..sampai naik minyak.
  6. Kemudian letakkan santan dan asam keping. Masak seketika sehingga nampak mendidih.
  7. Lepas itu, letakkan la sedikit air, gula dan garam secukup rasa.
  8. Masak la lagi sehingga naik minyak..
  9. Boleh la dihidangkan dengan nasi lemak.
Note : Nasi lemak ni sambal ikan bilis tu..i letak jgk telur rebus yg telah digoreng nyum2 laa..

Thursday, May 7, 2009

Nasi Goreng Kampung

Hee..besh jgk nasi goreng ni..Aku bikin kasi my lil sista makan hehe..Yela dia nak makan nasi..So cari la satu resipi nak uat kat dia..Mulanya igt nak bikin nasi goreng cina..Tapi terjumpa resipi ni..nampak cam sedap je..So..bikin je la..nak kasi dia makan..Yela dia nak makan nasi kan;D Not bad uh~ Sedap jugak..nasi goreng kampung ni..Ubah selera ke kampung lak hehe..Aku just tried it just a bit coz i on diet uh~ gegege~~ :D Tapi aku dah ubah skit la ikut apa yang ada kat umah hehe..

Bahan-bahan :-
  • 2 cawan nasi sejuk( hancurkan)
  • 1 biji telur ayam ( pukul sedikit)
  • Sayur sawi ( optionals)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk :-
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 4 biji cili padi
  • sedikit belacan

Cara-cara :-
  1. Panaskan minyak dah tumiskan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
  2. Masukkan sayuran( optional) masak sehingga sedikit layu.
  3. Masukkan telur dah biarkan hancur sedikit.
  4. Masukkan nasi dan garam dan kacau la sehingga masak.
  5. Hidangkan dengan daun bawang,cili padi dan bawang goreng (optional)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...