Showing posts with label Kuih-Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-Muih. Show all posts

Sunday, March 28, 2010

Tau Sa Piah

Selalu uat ini tau su piah..nyum2...Dulu slu beli kat kedai je..skrg dah leh bikin sendiri..huhu..Tak la susah sangat..So easy~~ Ni yang ke baper kali uat pun dah xtau..Sebab dah lebih sekali dah uat kan...Tima kasih sama Skyblue atas resipi ini..

Bahan-bahan ( 15 biji )

  • Doh A:
  • 120g tepung gandum, diayak
  • 60g shortening
  • Doh B:
  • 120g tepung gandum, diayak
  • 30g gula icing
  • 30g shortening
  • 60ml air
  • Inti:
  • 3/4 cawan kacang hijau yang tidak berkulit (rendam selama 2-3 jam, dikukus bersama sedikit air dan dikisar halus)
  • 3 sb minyak masak
  • 1 sb bawang kecil yg telah dicincang
  • 1/2 cawan gula halus (boleh ditambah atau dikurangkan)
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk kulit oren yg telah dicincang
  • Lain:
  • 1 biji telur (untuk sapu)
  • Biji bijan secukupnya (optional)

Cara-cara

  1. Untuk Inti: Masukkan gula, garam dan kacang yg telah dikisar ke dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga sebati dan diketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng bawang kecil sehingga harum dan warna keperangan. Keluarkan bawang dan diketepikan. Masukkan kulit oren dan campuran kacang ke dalam kuali. Gorengkan kacang sambil kacau sehingga kacang itu jadi agak kering (boleh buat bebola).
  3. Matikan api. Masukkan bawang kecil tadi dan gaulkan sehingga rata. Setelah inti dah sejuk, bahagikan inti kepada 15 bebola yg sama saiz.
  4. Untuk Doh: Doh A dan doh B disediakan berasingan TAPI degan cara yg sama. Satukan bahan2 untuk doh, gaulkan sehingga rata dan canaikan sehingga mendapat doh yg agak lembut. Tutup doh degan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan selama 30 minit. Bahagikan setiap doh kepada 15 bebola yg sama saiz. (15 biji doh A dan 15 biji doh B)
  5. Ambil sebiji doh B, leperkan dan letak sebiji doh A ditengah2. Balut doh A degan doh B untuk satukan doh A dan B.
  6. Canaikan doh tadi kepada saiz 15 x 3 cm (approx.), lepas itu gulungkan doh dari bahagian yg pendek. Ulang langkah ini sekali lagi.
  7. Canaikan doh kepada bentuk bulat (10 cm diameter), letak sebiji inti kacang ditengah2 dan balutkan. Ulang langkah 5 - 7 sehingga habis.
  8. Sapukan setiap tau sa piah degan telur, taburkan sedikit biji bijan diatas.
  9. Panaskan oven kepada 180degC. Bakar tau sa piah selama 20 minit atau sehingga warna kuning keemasan.

Wednesday, March 10, 2010

Roti Jala II

Roti jala ni...versi len skit..sedap..n x muak..sbb letak susu cair kat dalam nyer..So mmg rasa lain laa...sedap dr yg biasa..My mum's cakap x muak..sedapp...lembut lagi gituww..Thanks kat kak yatiezaini share resipi ni..

Bahan-bahan :-
  • 1kg tepung gandum
  • 1 tin susu cair
  • 4 tin air (guna tin susu)
  • 4 biji telur
  • sedikit esen vanila, pewarna kuning dan garam
  • sedikit minyak masak utk melenser dan acuan roti jala

Cara-cara

  1. Satukan bahan 1 - 5 dan kacau hingga tidak bergentel
  2. Masukkn adunan tadi kedalam blender .. dan blend sekejap sehingga habis semua adunan dan kemudian di tapis
  3. Panaskan kuali leper non stick & sapukan sedikit minyak masak. Masukkn adunan kedlam acuan roti jala & jalakan di atas kuali..
  4. biarkan sekejap sehingga roti jala itu masak.. bolehlah diangkat & dilipat mengikut citarasa masing2.

Note : Roti jala ni..maybe kan dpt lam 80keping kalau ikut resipi..Tapi depend jgk pada size kite uat tu..klu besar size nyer..skit la dpt..Klu nak banyak...buat la kecik2 skit :P

Masalodeh Ranggup

Rupe vadee me...hehe..Mmg sedap...lama x makan..Kalau beli kedai xda la sesedap ni..Maybe diaorg krgkan bahan kot..Ni sendiri bikin len la rasa..air tangan sendiri hehehe..ahaks!tapi leh tahan jugak la susah nak uat huhu...nak bentukkan tu..xmembulat sgt ia...huhu...Tapi mmg ranggup laa...krukk..krakk..krukk..krakkk..(bunyi camtu kot..)hehe cam mkn kerepek je...But mmg ranggup laa...xcayer buat laaa...cam resipi Isya Irfan ni..

Pulut Pagi

Pulut pagi utk breakfast tat day...Sedap..huhu..kalaubeli kat kedai..satu tu..dah RM0.50 dah kalau tambah kacang lak..dah RM1 dah...kalau sendiri bikin...dpt byk dari tu..and leh save budget huhu..Kalau xnak beli laa...

Bahan-bahan :-
1/2 kg pulut ( rendam semalam@satu hari)
3@4 keping manisan
Sedikit gula
Sedikit kapur makan
Kelapa parut

Cara-cara :-
  1. Rendamkan pulut itu dengan letakkan sedikit kapur(agak2 la..secubit gitu).
  2. Masakkan manisan tadi sehingga cair.
  3. Pulut yg direndam tadi kukuskan separuh masak dulu.
  4. Angkat dah gaulkan dengan manisan tadi dan sedikit gula.
  5. Selepas itu kukuskan balik pulut itu sehingga masak.
  6. Sementara menunggu pulut itu masak.Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam.
  7. Ambil sedikit pulut yg sudah masak itu dan letakkan kelapa parut tadi ke atasnya.
  8. Siap utk dimakan.
Note : i pakai ramekin utk bentukkan pulut tu jd camtu..letakkan sedikit kelapa parut ke dlm ramekin..lepas tu baru letakkan pulut dan tekan2 skit dgn sudu..pastu blh la terbalikkan..

Saturday, October 31, 2009

Cream Puff II

Cream puff yang besh...and x muak uh~ bagus2 ...suke lol..sbb mmg x muak..xletak telur pun kat inti nye tu..Juz pakai custard powder je tau..Mmg sedap lol..and yang besh nyer..adik siap order untuk bawa skulah.Katanyer da sesi jualan gituw~ So..uat la untuk dia..Laku tau hehe..Siap order lagi ni..adik cakap..Sedap diaorg cakap.. Neway thanks la kat skyboy @Myresipi.com tu..for sharing this resipi ya~

Cucur Ikan Bilis

Thursday, July 30, 2009

Donut Kentang

Donut lembut dan gebu..sorry donut x bulat sgt huhu..pakai tangan je..xda acuan nyer..Thanks kat tuan punyer resipi kat MR...sorry lupe..nti refer balik..MR x leh msk skrg ni;(

Sorry..baru update resipi ni...Haa..tq to daunpandan sudi shared resipi ni...My mum's suke..dia ckp sedapp~~

Almond Donut Stick

Mmg sedap..uat cicah air hehe..actually..kena salut coklat..Da salut x sempat snap pic huhu..Ni resipi kak yani@MR disbbkan MR x leh buka..i agak2 je nama resipi ni hehe..ampun kak yani..Pasni baru btlkan ok..

Wednesday, July 15, 2009

Pengat Pisang

Ni pengat pisang paling besh aku makan hehe..Blaja dari mama laa..hehe..Ni kes pisang kebatu laa..byk sgt..Mama aku ckp la tu nama nya..Tapi x tau la pe org lain panggil nyer..Mmg besh laa...Kwn abg aku kasi..Dah byk sgt pisang tu..macam2 uat..resipi len x sempat snap pic laa..ni je yg sempat snap..sbb resipi len..like touch n go..we touch cook n ngap2 hehe..Pisang dah terlalu masak ranum..so uat laa pengat pisang..nak uat sira kan hancur laakkk..

Bahan-bahan :-
5 biji pisang
4 cawan air
1 cawan santan
3 keping manisan
2-3 helai daun pandan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :-
  1. Letakkan air,santan,manisan,daun pandan dan pisang ke dalam periuk.
  2. Masak sehingga sehingga semua nyer hancur( manisan bukan pisang tau.. ) dan sebati.
  3. Tunggu sehingga mendidih sekejap dan boleh tutup api.
  4. Siap untuk dihidangkan.
Note : Sedap dimakan sejuk2 gitu..letak lam esbox jap..pastu baru kuarkan utk makan..nyum2..

Friday, June 26, 2009

Puding Sagu

Nyum..nyum..puding sagu untuk buka puasa semalam..Dap..dap..hehe..amacam??comei x??colourful lagi tu..Jgn jeles..hehe...Bila nampak comei xcamtu..and ceria lagi la..rasa geram nak makan hehe..Tapi mmg sedap la..dimakan sejuk2 gitu..letak lam freezer jap..pastu ngap la..:D

Bahan-bahan:-
1 cawan sagu
3 cawan air
sedikit garam
********************
2 cawan santan pekat
3 cawan air
1/2 inchi halia(dimayang)
3 ulas bawang merah (dimayang)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:-
  1. Basuhkan sagu dan toskan airnya.
  2. Masak air yang bercampur dengan garam sehingga mendidih.
  3. Apabila air mendidih masukkan sagu dan kacau sehingga jernih
  4. Kemudian basuhkan pula sagu tadi dengan air sejuk dan toskan.
  5. Letak lah ke dalam acuan dan sejukkan dalam freezer.
  6. Panaskan santan sebentar.
  7. Masukkan air ,halia,bawang dan garam dan gula secukup rasa.
  8. Lepas itu masukkan sagu tadi ke dalam kuah santan ini.
  9. Boleh la dihidangkan..
Note : Kalau nak rasa lebih sedap lagi..sejukkan dlu sagu dengan kuahyer..Baru la ngap..ngap...

Cakoi

Besh nyerrr...this time my cakoi jadi wooo...hehe..suke..suke...Pakai resipi mamafami..Thanks kat mamasbb share this resipi..Lulus dah cakoi ni hehe..mmg sedap laa..Nti kena try resipi skyblue yang dah byk kali tried x penah2 lulus hehe...Tu cakoi yg cam chinese nyer..Sedap..slu makan masa kat college dlu..Nasib baik la cakoi mamafami pun nak sama ngn skyblue nyer dah.. dapat la jugak rasa cakoi hasil tangan sendiri:D

Popia Ideal

Popia lagi hehe..Uat untuk buka puasa actually...Mmg sedap...resipi sama je ngan hari tu punyer..Tapi yang ni x hangus la sgt hehe..sempat diselamatkan dengan cepat huihui...Nak resipi click je cni Popia Ideal ni kes malas nak salin balik resipi hehe...

Tuesday, June 23, 2009

Roti Jala

Lastly dapat juga ngap2 roti jala hehe..Aritu lagi kempunan nak makan roti jala..sbb penyakit M da tangguh la dulu hehe..Maklum la tgh berpuasa ni hehe..Ngidam macam2 laa..Bila berbuka bukan makan banyak pun kan..huhu..At least dpt jugak ilang kempunan kat roti jala ni:D tadi berbuka berkuih kan roti jala ni laa..Makan ngn gulai kerutub hati ayam mama uat..Nyum2... Nak cicah ngan kari pun boleh je...Ngan kuah manis pun boleh...:P Makansaje pun boleh gege~~!

Bahan-bahan :-
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 1/2 cawan air
Secubit garam

Cara-cara :-
  1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Buat lubang bulat ditengahnya.
  2. Kemudian masukkan telur dan air sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati.
  3. Tapiskan tepung tadi supaya tidak berbiji-biji dan letakkan pewarna kuning dan garam.
  4. Panaskan kuali dan lenserkan kuali dengan sedikit minyak.
  5. Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan khas untuk buat roti jala dan jalakan la..
  6. Buatla semua ini sehingga semua adunan digunakan.
  7. Setelah masak angkat dan lipat la ikut suke hati:P nak uat tiga segi ke..cam popia ke..ikut suke..janji boleh makan:D

Note : Boleh la dihidangkan dengan kuah kari,gulai darat ke..kerutub,kuah manis ke..aper2 kuah yang anda suke:P

Puri

Resipi puri ni dapat kat internet..Lupa la web mana..Nanti ingat balik baru tulis ok..huhu..Resipi ni pun men ingat kat otak..So kena tulis sendiri la cara2 nya...And thanks so much pada tuan punye resipi yang i lupe web mana ni..Puri ni slu dah uat b4 this...bulan2 pose sebelum ni slu je buat..Puri yang ni x muat and besh..sbb x pakai majerin...Mmg simple je resipi...Sume org dlm umah ni suke lagi2 my mum's hehe..Slu suruh i uat tuu:P

Bahan-bahan :-
1 cawan tepung gandum
10 sdb air
1 sdt susu tepung/susu segar
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :-
  1. Masukkan tepung gandum ke dalam satu mangkuk.
  2. Kemudian letak la air dah susu. Uli la sampai semuanya sebati dan menjadi doh.
  3. Rehatkan sebentar. Kemudian buat bahagi ke pada beberapa bahagian ( i mean buat bulat2) Ini ikut suke..Kalau nak puri tu size besar..Uat la bulat besar2 skit..Kalau nak size kecik sedikit..Buat la bulat kecik skit.
  4. Kemudian canaikan la doh yang telah dibulat2kan tadi ( i dapat lbh krg 15 bahagian bulat yang kecil) Jangan terlalu nipis nanti puri tu x kembang elok.
  5. Lepas itu boleh la digoreng sebiji demi sebiji sehingga kekuningan.

Note : Sedap dimakan dengan kuah kari,gulai darat,kerutub and ikut suke:P Makan saje pun sedap juga.

Popia Ideal

Ni popia resipi turun temurun lagi huhu..Mama ckp dulu2 slu tolong nenek uat jual..Mmg sedap laa...sbb still tradisional version la gitu..Yela skrg ramai pakai kulit popia yang dah siap..Yang ni pakai homemade kulit popia lak..Sedap dimakan time panas2...Fuhhhh~~ sedap laaa..cicah ngn kuah nyer lak...Ngancam abis laa..hehe..Slu gak bawa bekal pegi skulah masa kecik2 dlu laa..

Bahan-bahan :-

Kulit :-
3 cawan tepung gandum
+-3 cawan air
1 biji telur
Sedikit garam

Inti :-
6 ekor ikan selayang
5 ulas bawang putih (dimayang )
4 ulas bawang besar merah ( potong dadu)
1/2 kg tauge
4 sdb minyak
3 biji cili padi ( potong serong2)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :-

Kulit :-
  1. Mula-mula buat dulu kulit. Bancuhkan kesemua bahan2 tadi sehingga sebati.
  2. Kemudian tapiskan ia supaya tidak berketul2 dan ketepikan.
  3. Sapukan minyak pada kuali dan tuangkan adunan tadi dan golek2 kan seperti membuat lempeng/kuih ketayap itu.
  4. Apabila sudah menjadi macam lempeng itu. Boleh la masukkan inti dan gulung.
  5. Panaskan minyak dan goreng la sehingga masak.

Inti :-
  1. Bakar ikan sehingga masak/separuh masak pun boleh.
  2. Kemudian asingkan ikan dengan tulang dan tumbuk isi ikan sehingga lumat. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih tadi sehingga naik bau.
  4. Lepas tu boleh la masukkan isi ikan tadi dan goreng la sekejap.
  5. Masukkan bawang merah. Kacau sehingga bawang nampak sedikit layu. Boleh la masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah semuanya sebati masukkan pula tauge dan cili tadi. Rasai la sekali lagi. Kalau kurang rasa lagi tambah la garam dan gula ( pandai2 adjust la ek..)
Note : Boleh juga nak letak perasa ajinomoto kalau suke. I x letak sebab famili i kurang makan tok aji ni huhu...optional la..

Wednesday, June 10, 2009

Tembosa

Ni resipi mama aku..aku dpt dr buku masak dia yg dah lama tu...dah reput2 dah tepinyer tu hehe..Kire resipi lama la ni...Skali tgk cam karipapnyer resipi..dah lama nak try uat..tapi x berkesempatan nak uat..Xpela..janji skrg ni dah uat...Gud lol;P Tapi sedap lol.huhu..bulat gitu..and bab kelim nyer..dah lulus mama ckp..tp kena improve lg la...x halus sangat lg:D

Bahan-bahan :-
Doh :-
185 gm tepung gandum
60 g majerin
Garam
Air sejuk

Inti :-
*2 ketul dada ayam
*1 ulas bawang besar
*1 biji ubi kentang
1 sdb serbuk kari
2 sdb minyak penumis
Sedikit garam
Sedikit santan

Cara-cara :-
Doh :-
1. Gaul tepung dan majerin. Kemudian masukkan air dan uli la sehingga menjadi doh.
2. Terap bulat setelah dicanai dan masukkan inti dan lapis dua.
3. Tepinya dikelim supaya bulat.
4. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.

Inti :-
1. Potong dadu bahan2 yang bertanda * itu.
2.Masukkan air ke dlm serbuk kari supaya basah.
3. Panaskan minyak dan tumis kari tadi.
4. Masukkan ayam dan sedikit air.
5. Kemudian masukkan ubi kentang dan santan.
6. Apabila lembut boleh la angkat. Intinya mestla kering.

Sunday, May 17, 2009

Kuih Sagu

Dah lama ngidam nak makan kuih ni tau..Susah la nak dapat skrg kuih ni..Last2 carik resipi kat tenet..Dah jumpa salin je...Perap dlu 3 4 hari hehe..Hari ni baru berkesempatan uat. Mmg sedap laa..lembut gitu..Menjadi suke laaa..Dlu penah jugak uat..Hancur laa..xda biji2 dah..akibat nyer..i trus kacau dalam periuk..Ni lak versi kukus..Mmg sagu tu..duk diam2 laa..da lagi bulat2 nyer tu hehe..Suke la..cam kat kedai nyer huhu..I prefer kukus laa..Nanti leh dapat kuih sagu yang elok..and thanks kat tuan punyer resipikat resipi.net i..lupe sapa nyer resipi..Tapi yang igt dapat kat sana la..;D

Bahan-bahan :-
2 cawan sagu - rendam 10 minit dan toskan
1 cawan gula
3 cawan air
1 cawan kelapa parut
sedikit garam untuk diletak dalam kelapa parut

Cara-cara :-
1. Masak air dengan gula hingga mendidih dan tutup api.
2. Masukkan pewarna dengan sagu kacau sebentar.
3. Masukkan dalam acuan lompang dan kukus lebih kurang 10 minit.

Saturday, April 25, 2009

Kuih Bakar

Kuih bakar xsilap dah 3rd times dah uat ni..tapi kali ni kurang jadi skit..sbb x ckup santan gege~~! santan cair skit..jadi kurang lemak la skit rasanyer..Pe2 pun tetap sedap uh~! Resipi ni amik @myresipi.com tq joayee...huhu..:D

Bahan-bahan:-
1 cup gula
1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
2 cup tepung gandum
2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
2 tbs butter
3 biji telur
1/2 tsp garam
colour hijau
bijan

Cara-cara:-
  1. campurkan semua bahan. blend samapi sebati.
  2. masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
  3. panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing
Note : Kes xda bijan sy taburkan badam huhu..Sedap jugak~!and look nice...

Pak Tongko

Pak tongko..pak tongko hehe...thanks sofinar@myresipi.com coz sharing this resipi..nyum2..uat untuk minum petang..pastu cicah ngan air...pekena ngn air kopi besh jgk..tp umh xda kopi aritu..uat cicah je ngn air milo susu huhuhuhu..sedap jugak~~! Ranggup diluar dan lembut didalam..pastu even dah sejuk pun still camtu gak...tapi da rasa manis skit huihui...

Bahan-bahan:-
300g tepung gandum
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar mentega
1 biji telur
2 sudu teh yis
50-75 ml air
secubit garam

Kuah :-
3 genggam kacang tanah- goreng tanpa minyak, buang kulit dan blander
4 tangkai cili kering - digoreng dan blender bersama kacang
garam, gula dan asam jawa
3/4 cawan air panas - ikut suka, jika tak mau pekat boleh tambah air begitulah sebaliknya

Cara-cara:-
  1. pak tongko - campur semua bahan kecuali air dan gaul dengan tangan sekejap.
  2. masukkan air dan uli hingga licin, perap 30 hingga 45 minit
  3. Paktongko1
    canai pak tongko lebih kurang 1cm tebak dan potong dengan pisau mengikut bentuk kesukaan anda
  4. panaskan minyak, dan goreng seperti menggoreng kuih donat.
  5. kuah- campur semua bahan dan kacau hingga sebati
  6. Jika tak suka kuah ini bolehla di makan begitu saja ataupun cicah kari atau lain2 pencicah
Note : Nak tunjuk rupe pak tongko ku ni..hehe...

Thursday, April 16, 2009

Kuih Lapis

Wahhhh...jadi wooo...ni 2nd time aku uat kuih lapis ni.Mmg kali ni pass nyer hehe..Yela aritu failed uh~ sedey bangat..lembik jadi nyer..Huhu..xpe kali ni dah betul2 jadi dah..Boleh uat jual lg hahaha..Sume org puji sedap..x lemak sgt..sedang2..mmg yummy laa~~! Pe2 pun thanks kat tuan punyer resipi tulip77 @ myresipi.com huhu...

Bahan-bahan :-
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
4 cawan air

Cara-cara :-
1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
7. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...