Showing posts with label Cucur/Jemput2. Show all posts
Showing posts with label Cucur/Jemput2. Show all posts

Sunday, March 28, 2010

Cucur Ikan Bilis

Cucur sedap...Lagi sedap dimakan dengan pencicah dan tabur sedikit kacang..Nyum2...Lagipun resipi yang paling senang and simple and cepat siap..Sesuai la pada sapa2 yang bujang or bukan bujang huhuhu...

Bahan-bahan :-
2 cwn tepung gandum
11/2 cwn air
2 batang daun bawang( dihiris)
Sedikit garam
Sedikit cili merah&hijau ( dihiris)
Segenggam ikan bilis

Cara-cara :-
  1. Gaulkan tepung ,air,daun bawang,garam,cili merah&hijau dan ikan bilis hingga sebati.
  2. Perapkan seketika dalam 4-5 minit.
  3. Jemputkan adunan dan goreng dalam minyak yang panas.
Note : Hidangkan dengan pencicah dan tabur sedikit kacang tanah yang telah dikisar.

Wednesday, March 10, 2010

Jemput-jemput Kurma

Ni 1st time uat...mmg btl2 kaww...laaa...huhu..Xsangka la sedap gilerr...Tapi satu je... Kena kurangkan manis..Macam manis sgt je..huhu..Pe2 pun..mmg besh..kejap je licin..Thanks kat mama kastam tioman @MR

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 2 1/2 cawan tepong gandum
  • 250 gm kurma
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 1/2 sudu kecil soda bicabanate
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 cawan air
  • Minyak masak secukupnya untuk mengoreng

Cara-cara

  1. Kurma dihiris halus secara memanjang.
  2. Satukan semua bahan. Semasa mengaul, tekan2kan senduk pada hirisan kurma supaya ianya agak sebati dengan adunan tepong.
  3. Tak perlu terlalu hancur. Biar sebahagian hirisan kurma masih nampak.
  4. Panaskan minyak didalam kuali. Bolihlah digoreng seperti membuat jemput-jemput biasa.
  5. Makanlah bila dah agak suam-suam gitu..dah sejuk pun masih lagi lembut.


Friday, August 28, 2009

Tuesday, June 9, 2009

Jemput Manis

Nyum2..lama x makan jemput manis ni..Dlu2 masa kecik2 mama slu uat huhu..Wendu la zaman kecik2 lu..Mmg besh laa..Lagipun senang je..Sapa2 pun blh buat ini jemput uh~ sedap dimakan time panas2..mmg besh lol..

Bahan-bahan :-
2 cawan tepung gandum
3 sdb gula
sedikit garam
+- 11/2 cawan air
Minyak

Cara-cara :-
1. Masukkan tepung gandum ke dalam satu mangkuk.
2. Kemudian masukkan gula dan sedikit garam dan air. Kacau la sehingga sebati.
3. Panaskan minyak dan goreng la sampai kekuningan.
4. Siap untuk dimakan.

Saturday, April 25, 2009

Bakwan Jagung (cucur jagung)

1st time uat cucur ni..xtau nak abiskan camne jagung..jln2 kat myresipi then terjumpa lak resipi ni..Apa lagi..da la projek nyer hehe..Jagung banyak sgt..sampai dah nak tua dah..pakcik bagi aritu..So,bermula la projek nak abiskan jagung ni..uat la cucur ni..Sedap uh~ cicah ngan pencicah..Tapi dia da rasa manis skit..next time kena kurangkan gula..Neway, tq kat azareena@myresipi.com

Bahan-bahan:-
2 cawan isi jagung
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1-2 ulas bawang putih + 1/2 bawang besar (potong halus2)
sedikit ikan bilis (resipi asal tak de ikan bilis)
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Air secukupnya (~ 1 cawan lebih sikit)
Minyak utk menggoreng

Cara-cara:-
  1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak & goreng bawang, ikan bilis sebentar. (resipi asal tak perlu goreng, tapi saya rasa lagi sedap kalau bawang/ikan bilis digoreng dulu)
  2. Masukkan jagung, tepung, telur, garam & gula kedalam mangkuk. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati. (Consistency batter ni mcm buat cucur/cekodok biasa)
  3. Masukkan bawang/ikan bilis goreng ke dalam bancuhan & kacau hingga sebati.
  4. Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas, boleh lah goreng bancuhan tepung. Guna api sederhana, goreng hingga kekuningan.
  5. Setelah di angkat, toskan atas kitchen paper towel. Siap utk dihidang, boleh dicicah dengan sos cili/tomato, mayonis. Makan macam tu je pun sedap. Selamat mencuba!
  6. Note: Kalau tak nak goreng, boleh juga di masak mcm pancake. Cairkan sedikit bancuhan, masak guna non-stick pan mcm masak pancake. Tapi rasa nye version yg goreng lagi sedap. ;-)
Note : Resipi asal dia pakai jagung dalam tin..Tapi sy guna jagung yang betulnyer..yg fresh tu...

Friday, April 24, 2009

Jemput Bawang

Jemput bawang ni senang je..mmg sesuai la untuk sapa2 yang kejar masa. Cara penyediaan nyerpun ringkas je..Mmg mudah laa..Boleh dimakan untuk sarapan atau minum petang. mmg yummy lol..huhu...

Bahan-bahan :-
2 cawan tepung gandum
4 ulas bawang merah
4 biji cili padi
1/2 sdt garam
1 cawan lebih Air
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:-
1. Campurkan air dengan garam.
2. Masukkan tepung gandum,bawang merah dan cili padi. Kacau sampai sebati.
3. Setelah semuanya sebati, goreng la sampai kekuningan.
4. Boleh dihidang dengan sos cili atau pencicah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...