
Bahan-bahan :-
1/2 ekor ayam
3 ulas bawang merah besar ( blend )
4 sdb besar cili boh/cili giling
1 sdb gula
+-1/2 cawan minyak
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
1 ulas bawang merah besar ( dimayang )
1 biji tomato ( potong 6 )
Untuk ayam goreng :-
2 ulas bawang putih
3 sdb serbuk kunyit
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:-
1. Cuci ayam itu sehingga bersih.
2. Selepas itu, letak la bawang putih tadi,serbuk kunyit dan garam dan perap sekejap.
3. Panaskan minyak dan masukkan ayam. Gorengla sampai kekuningan or garing.
4. Angkat dan toskan minyak nyer.
5. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah sehingga kekuningan.
6. Masukkan pula cili boh dan masukkan garam dan gula secukup rasa.Kacau sekejap dan tunggu la sehingga naik minyak.
7. Setelah naik minyak masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau la sampai sebati.
8. Sambil2 kacau itu masukkan la sos tomato,bawang merah yang dimayang dan tomato.
9. Masak seketika dan boleh la dihidangkan.
No comments:
Post a Comment