
Bahan-bahan :-
2 sdb minyak masak
5 sdb kicap
1 ulas bawang merah besar ( dimayang )
1 biji lada besar merah
Garam dan gula
Untuk Ikan :-
4 ekor ikan ( ape2 jenis ikan )
1 sdb serbuk kunyit
Sedikit garam
Cara-cara :-
1. Bersihkan ikan dahulu. Kemudian letakkan serbuk kunyit dan sedikit garam. Gaul sebati.
2. Perap sekejap. Baru la digoreng.
3. Apabila dah masak ketepikan.
4. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah dan masak sampai layu sedikit.
5. Masukkan kicap,garam dan gula secukup rasa. Masak la sampai sebati ( Jgn lama2 sgt nanti kicap tu hangus and x sedap makan..) Kire kena cpt2 la masak.
6. Selepas itu boleh la masukkan ikan yg telah digoreng dan kacau la ikan itu sampai sebati dgn kicap tadi. Last sekali masukkan lada besar merah.
7. Boleh la dihidangkan dengan nasi putih.
No comments:
Post a Comment