Adeh..lama x update..resipi ingat2 lupe hehe..xpe..at least ader igt jgk ni...Demam2 ni...br rajin nak masuk sini huhu...
Bahan-bahan :-
1/2 ekor ayam ( amik je part mana..ikut suke)
1 cwn buttermilk ( susu+ 1sdk asam limau nipis)
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
2 sdb serbuk cili ( nk spicy lg..leh ltk byk lagi)
*Jintan manis
*Jintan kasar
Sedikit garam
Minyak
Cara-cara :-
- Bahan yg bertanda * tu agak2 je..sbb i pun men agak2 je:P Pastu blend tp jgn hancur sgt.
- Perapkan ayam itu dengan buttermilk selama semalam. Lagi lama lagi sedap.
- Campurkan tepung gandum,tepung jagung,serbuk cili,jintan manis,jintan kasar dan sedikit garam. Letakkan di dalam plastik.
- Letakkan ayam tadi satu persatu ke dalam plastik td. Goyang kan plastik tadi sehingga ayam itu tersalut habis dengan tepung. Keluarkan dan perap seketika.
- Sebelum hendak menggoreng. Salutkan ayam itu sekali lagi dengan tepung tadi. ( kes nak kasi ranggup lagi..)
- Goreng la ayam tadi sehingga kekuningan. Semasa menggoreng itu tekan2 ayam itu.. ( lupe petua dpt mana) hehe....tapi camtu la..klu nak tau ayam itu masak ke tak...Kalau cam bunyi air byk kuar lg tu..its mean ayam itu x masak lagi. Kalau masa tekan itu bunyi dah kurang..ayam tu dah masak la..
No comments:
Post a Comment