Monday, September 28, 2009

Lucious Almond Chocolate

Ni kes tertgk satu resipi kat tenet..Tapi tak tau resipi tau nama cookies je..hehe..Takpe la..try2 sendiri jela..and ubah skit nama nyer..bukan hazelnut chocolate huhu..Dah jadi almond dah..kes Banyak sgt almond ni..tak tau nk uat pe dah..Pastu dtg la idea sendiri... letak almond kat dalam cookies ni and salut coklat n nestum. Ni lebih kurang almond london juga..tapi beza letak nestum and coklat half je...

Bahan-bahan :-
230 gm tepung gandum
1 biji kuning telur
1/2 sdt esen vanilla
1 kotak cooking chocolate
100 gm nestum
125 gm mentega
60 gm gula icing
1 paket badam ( dipanggang/dibakar)
Sedikit badam yang dikisar halus

Cara-cara :-
  1. Mentega dan gula dipukul separa kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau sebati.
  3. Last sekali masukkan tepung gandum tadi sehingga boleh diuli/menjadi doh.
  4. Buat bentuk bujur dan letakkan badam ditengah dan salutkan diluarnya dengan nestum.
  5. Bakar pada suhu 180c selama 12 minit.
  6. Setelah sejuk masakkan coklat dan celupkan separuh biskut tadi.
  7. Kemudian masukkan dalam paper cups.

Tart Blueberry

New version of tart hehe...Mama ckp sedap...aper lagi..rmi request..so aper lagi..biz jln laa..1st time jual tau utk raya ni..Xpenah uat b4 this hehe..Erm..why not im try in the new field.. Jual cookies...rasa nyer tahun depan dah x mau dah lol...Penat sey..pening pun da...Siap demam lagi tu...hehehehe...Lagi assistant sume..halfway je tlg..adehh..Mama suggest je...trus trima..Modal da org support kan..Konon2 nak biz nih...huahuahua...Takmo dah next year..Nak relax dah.. ^_*
Resipi asal ni dari tart nenas baya @ resipi.net. Tapi i dah edit skit...so jadi la tart blueberry:P

Bahan-bahan :-
1 cawan butter ( 226 gm ) at room temp ) bukan butter cair atau lembik
1 biji kuning telur
1 sdt esen vanilla
20 g gula
50 gm tepung jagung
20 gm susu tepung ( blh tukar ke coffemate powder jgk )
280 gm tepung gandum
1 sdt pewarna purple
Blueberry filling

Masak Jem+ sedikit tepung jagung sehingga pekat sedikit.

Cara-cara :-
  1. Sebatikan telur,butter,gula dan esen vanilla dan pewarna puple ( boleh guna spatula saja)
  2. Masukkan tepung satu persatu, mula tepung jagung dan susu tepung. Gaul sebati.
  3. Masukkan tepung gandum. Gaul sebati.
  4. Lepas itu masukkan dalam acuan tart gulong tekan keluar, letak jem dan gulong.
  5. Bakar 350F 17 - 19 minit.

Note : Jika adunan nie masih melekit dekat tangan kena masuk skit skit tepung rasanya tak banyak dalam 10 gram aja. Jika adunan kering pula kena masukkan butter tak banyak skit aja jika kering pun. Adunan mesti dapat seperti gambar dibawah. Baya sentiasa tutup adunan nie dengan tuala atau tissue paper atau cling sepaya adunan nie tak kering. Cuba tekan dengan adunan jika ia keluar elok dan tak putus putus adunan tu elok, seeloknya dicuba terus . Tekan sekeping lepas tu letak jem try gulung kalau tak merekah maknanya adunan tu dah ok.

Milky Marble Cake

Milky marble cake ni dah lama uat..dah lupe date nyer..x set kat camera huhu..Amacam kak hana??okay x marble kite tu??hehe...cam x marble je..jadi belang2 ek...hehehe..x pass kan cikgu??huihui...kena uat lagi ni...Kak..nak copy n paste ni...( dah minta kebenaran ni..) :P

KEK MARBLE SUSU
Sumber : Chef Norzailina Nordin

Bahan-bahan
  • 250gm butter, Rinn guna majerin
  • 230gm gula caster, Rinn kurangkan kepada 200gm
  • 2 camca teh ovalette
  • 4 biji telur
  • 270gm superfine flour
  • 1 camca teh baking powder
  • 60gm susu pekat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1 camca teh chocolate emulco
Cara-cara
  1. Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
  2. Putar majerin, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memutar adunan.
  4. Kaupbalikkan tepung menggunakan spatula.
  5. Masukkan susu pekat dan putar sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiar begitu sahaja,satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar.
  7. Alas loyang bulat 22cm dengan kertas minyak.
  8. Sudukan sesenduk adunan tanpa koko ke tengah loyang. Dikuti dengan adunan koko, silih berganti antara dua adunan sehingga habis.
  9. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min - 50min atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi tester.

Pandan Layer Cake


Pandan layer cake ni mmg besh..Lulus dah tau uat sponge cake..Ni kes..slu failed..pastu aritu da p kedai bakery..Mama tgk and suh kite p masuk class uat sponge cake..Kes slu merungut x lulus hahaha...Lastly..p blaja laa...tapi dia ajar Yam cake..Takpe..basic nyer sama..using sponge mix cake jugak..yang besh..Dah pass tau! hepi x leh nk ckp hehe..Pe lagi..eksperimen lol...huihui.. Tapi ni pakai resipi Lilydvalley @myresipi.com

Bahan-bahan ( 8 in )
  • Cake:
  • -250 gm sponge cake mix
  • -4 biji telur
  • -50 ml air
  • -50 gm corn oil
  • -1 teaspoon ovallate
  • -2 tablespoon pandan juice - blh guna pandan emulco/paste
  • Pandan fudge:
  • -400ml coconut milk
  • -300ml plain water
  • -3 tsp agar2 powder
  • -50 ml pandan juice
  • 6 tbspn hoen kee bean flour ( green color)
  • -180gm sugar
  • Desiccated coconut (for topping)

Cara-cara

  1. SpongeCake:- Mix all ingredients into the mixer bowl and cream in high speed for 6-8 mins.
  2. -Pour mixture into an 8" pan and bake in preheated oven at 180C for 50mins.
  3. Sponge_cake
    When the cake is completely cool, slice the cake into 3 layers.
  4. Dissolve green bean flour into the pandan juice, make sure it is not lumpy.
  5. Add coconut milk, water,sugar and agar-agar powder into a pot. Heat with a low fire. Keep stirring while heating.
  6. When milk is just about to boil, pour in the green bean flour mixture. Stir well and keep whisking until mixture a bit thick. Off the stove.
  7. Allow this fudge to cool down slightly and thicken.
  8. Layer1
    Spread some fudge onto the first layer of cake.
  9. Layer3
    Top with the second layer of cake. Repeat until you have 3 layers of cake and two layers of fudge. Coat the whole cake with the remaining pandan fudge.
  10. Dessicated
    Sprinkle desiccated coconut on top and around sides of cake and chilled in the fridge before serving.
Note : I x sapu custard tu cam lily nyer..I pakai version i blaja..Letak sedikit air dalam loyang. i mean basahkan loyang tu..and tinggalkan sedikit air. Kemudian baru letakkan custard tu skit2.. letak kek..pastu..letak custard lagi..( penuhkan bahagian tepi dlu..baru part tengah) Ini supaya tak da lubang2 nanti tepi nyer tu..Buat la sehingga lapisan ke tiga dan letakan sedikit air pula kat tepi2 custard tu..Sejukkan dalam esbox dan terbalikkan nyer..Nanti ia akan senang terkeluar..sebab tadi dah letak air kan dlm loyang. Ini utk memudahkan kek ni keluar dari loyang actually.

Kek Marble Coklat Raspberry

Ini kek..actly resipi asal kek marble coklat kranberi..dah xda kranberi..byk raspberry kering kt umh..hentam jela..Tapi sedap jugak..Ni request dari adik..dia duk tgk Rasa magazine ni...maklum la bulan2 pose..tau2 jela..mcm2 ngidam.Pe lagi..uat jela utk dia..Lagipun mmg senang je resipi nyer..Sume org leh uat..

Bahan-bahan :-
75 gm mentega
100 gm gula halus
2 biji telur ( dipukul sedikit )
*125 gm tepung gandum ( diayak)
*11/2 sdt serbuk penaik ( diayak)
1/2 sdt esen vanilla
5 sdb susu segar
1 sdb serbuk koko
50 gm kranberi kering ( direndam dalam air panas )

Cara-cara :-
  1. Sedikan acuan bersaiz 6' dan griskan dengan mentega.
  2. Putarkan mentega dan gula sehingga gebu.
  3. Kemudian masukkan telur dan juga esen vanilla. Putar sehingga sebati.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.Gaulkan sehingga menjadi satu adunan.
  5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian digaulkan dengan koko dan susu secukupnya dan satu bahagian lagi dimasukkan kranberi kering yang telah dicincang.
  6. Sudukan bahagian koko di tengah dan kemudian sudukan pula bahagian kranberi mengelilingi bahagian koko.
  7. Akhir sekali, sudukan lebihan adunan koko mengelilingi aduanan kranberi tadi. Ratakan adunan.
  8. Bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak.

Ayam Goreng Berempah

Ini resipi dapat dari magazine aper tah...Tapi 1st trial mmg besh daaaa...hehe..I dah edit skit la resipi ni..ikut citaasa laa...x sangka abis licin tau..Kaya klu uat bisnes ni..Kat umah pun dah cukup utk uat biz hehehe...Tapi umah nyer double charge laa huihuihui..( bankrup abis org dlm umh ni..lalalalala...) ^_^ hehehe...

Bahan-bahan :-
1 kg ayam bersihkan & potong ikut citarasa
*2 ulas bawang putih
*1 inchi halia
*3 batang serai
*1/2 inchi kunyit hidup
*1 sdb serbuk kunyit
10 helai daun kari
4 sdb jintan manis
4sdb jintan putih
1-2 biji telur
1 paket rempah kari daging
2-3 sdb tepung ubi
1 sdb gula perang
Sedikit garam

Cara-cara:-
  1. Kisar semua bahan2 yang bertanda * .
  2. Tumbuk jintan manis dan jintan putih sehingga lumat dan tumbuk sedikit daun kari ( jgn sampai hancur ok)
  3. Perapkan ayam dengan semua bahan yang dikisar dan ditumbuk tadi. Lagi lama perap lagi sedap.
  4. Kemudian gorengkan ayam tadi dengan minyak sederhana sehingga kekuningan.
  5. Angkat dan hidangkan.

Acar Timun

Nyum2...besh makan begitu saje~~ Lagi besh makan ngn nasi minyak ke..nasi tomato ke..nasi hujan panas ke..n yang sewaktu dengannya:D

Bahan-bahan :-
*3 batang timun ( potong panjang2)
*1 biji kobis ( diracik halus )
*4-5 ulas bawang merah ( dimayang )
*2 biji lada besar merah ( potong panjang2 gituw)
*1 biji carrot ( potong panjang2)
Sedikit cuka makan
Garam dan gula

Cara-cara :-
  1. Satukan semua bahan2 yang bertanda * ke dalam mangkuk.
  2. Letakkan sedikit cuka,garam dan gula secukup rasa.
  3. Gaulkan sehingga semuanya sebati.
  4. Boleh dihidangkan.
Note : I x letak carrot sbb abis stok..uat ape yg da dlm esbox je ni..nak sedap lagi..letak laa..^_^

Ayam Masak Pedas

Haiyaaa...ini pic x lawa hehe..failed trus nih...x cun langsung..sbb masa tu dah nak buka pose hehe...Kena cepat2 snap laa...Kan dah masuk pewut sume org..xleh snap daaa...Neway..letak jela..lama x letak new recipies here..huhhh..Sesungguhnyer mmg x lawa hehe..Janji sedappp~~ gege~!Mama+me uat huhu...

Bahan-bahan:-
1/2 ekor ayam
2 sdb serbuk kunyit
Garam
3 ulas bawang besar merah ( blend )
1 sdb sos tomato
2 sdb sos cili
7-9 sdb cili boh/cili kering ( blend )
2 biji buah tomato
2 biji lada merah ( potong serong2 )
1 biji bawang besar ( dimayang )
Minyak

Cara-cara :-
  1. Bersihkan ayam kemudian perap dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing/masak.
  3. Ambil sedikit minyak menggoreng ayam tadi. Tumiskan bawang merah sehingga nampak kering dan garing ( jgn sampai hangus tau..)
  4. Masukkan cili boh/cili kering.Tumis sehingga naik minyak.
  5. Masukkan sos tomato n sos cili dan kacau sebati.
  6. Last masukkan ayam,tomato,lada merah dan bawang besar. Gaulkan sehingga sebati.
  7. Boleh la dihidangkan dengan nasi minyak,nasi hujan panas,nasi putih n so on..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...