BAHAN-BAHAN :-
- 3-4 ulas bawang putih( ketukkan aja)
- 2 cwn tepung gandum
- 1 cwn air( bergantung pada doh)
- 1 cwn ikan bilis besar
- 2 batang sawi besar
- sedikit garam
- kicap cair
CARA-CARA :-
1. Gaulkan tepung gandum tadi bersama air( masukkan sedikit2) sehingga terbentuknya doh dan tidak melekat dijari.(air yang digunakan bergantung pada doh).Rehatkan seketika dlm 10-15minit gitula..
2. Ambil doh yang direhatkan tadi,buat bulat-bulat kecil.Masukkan dalam air.
6. Manakala sawi itu dipatahkan-patahkan ajer guna tangan or nak hiris pun boleh.
7. Panaskan minyak,kemudian masukkan bawang putih yang telah diketuk tadi.Tumiskan bawang putih itu sehingga wangi.
8. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah direndam dalam air tadi.Kacau bersama bawang putih tadi sehingga ikan bilis itu nampak garing.
9. Selepas itu,masukkan air(ikut suka)klu suka kuah blh taruk lebih lg.Ni agak2 dalam 2 cwn air.
10. Garam secukup rasa.Tunggu sehingga kuah mendidih.
11.Last sekali boleh la masukkan sawi dan mee gandum(yg leper+nipis..tu la mee gandum) tadi.Masak seketika pastu boleh makan.
Note : Boleh dimakan bersama kicap cair+skit cili api..Hot!